omniture

Stefanie Graf Dipilih Sebagai Duta Kejohanan WTA Elite Trophy Zhuhai 2016

Huafa Group
2016-05-20 14:34 473

ZHUHAI, China, 20 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Stefanie Graf, mantan Pemain No. 1 Dunia WTA dan penyandang gelaran juara Grand Slam sebanyak 22 kali, bakal menjadi Duta Kejohanan WTA Elite Trophy Zhuhai 2016.

Diperkenalkan pada tahun 2015, WTA Elite Trophy Zhuhai menampilkan 11 daripada pemain perseorangan terbaik bersama 1 pemain 'wild card' dan 4 pasukan bergu terbaik, berserta 2 pasukan 'wild card'. Berlangsung pada 1-6 November di Pusat Tenis Antarabangsa Hengqin, acara tersebut, dengan penyampaian 700 mata kepada pemenang, akan menampilkan beberapa pemain terbaik di dunia.

"Saya amat berbesar hati kerana dapat menjadi duta WTA Elite Trophy Zhuhai bagi tahun 2016," kata Graf. "Saya telah mendapat banyak berita daripada pemain dan wartawan berkenaan acara 2015 itu dan saya tidak sabar-sabar untuk berkunjung ke sana dan menjadi sebahagian daripada acara tersebut pada tahun ini."

Graf dianggap sebagai seorang pemain tenis terhebat sepanjang zaman. Menerusi kerjaya beliau. Beliau pernah memenangi 107 gelaran pemain perseorangan WTA, termasuk 22 gelaran pemain perseorangan Grand Slam. Beliau merupakan pemain No. 1 WTA dengan rekod selama 377 minggu, yang merupakan rekod tertinggi yang dicatatkan oleh mana-mana pemain sejak WTA mula memperkenalkan sistem penarafan. Pada tahun 1988, beliau menjadi pemain pertama yang meraih gelaran Golden Slam dengan memenangi kesemua empat gelaran pemain perseorangan Grand Slam serta pingat emas Sukan Olimpik. Selain itu, beliau merupakan satu-satunya pemain tenis yang pernah memenangi setiap kejohanan Grand Slam, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali.

Steve Simon, Ketua Pegawai Eksekutif WTA berkata, "Stefanie ialah salah seorang pemain terhebat dalam WTA dan sangat ramai pemain menjadikan beliau sebagai contoh ikutan. Persetujuan yang diberikan oleh Stefanie menunjukkan satu lagi bukti kukuh terhadap status Zhuhai yang berprestij."

"Kami amat gembira kerana Stefanie bersetuju untuk menjadi Duta Global WTA Elite Trophy Zhuhai bagi tahun 2016," kata Pengarah Kejohanan, Peter Johnston.

"Beliau merupakan seorang juara yang hebat dan kami berharap dapat menyambut kedatangan beliau ke bandar Zhuhai yang amat cantik serta Pusat Tenis Antarabangsa Hengqin kami yang mengagumkan," kata Mezle Chung, Timbalan Pengurus Besar Zhuhai Huafa Group Co., Ltd., penganjur WTA Elite Trophy Zhuhai.

Diuruskan oleh Huafa Group yang terkenal bersama APG, WTA Elite Trophy Zhuhai ialah satu kejohanan yang menggabungkan bintang-bintang terkenal dan para pemain yang sedang meningkat naik. Acara tahun 2015 menampilkan 3 mantan pemain No. 1 Dunia WTA iaitu Venus Williams, Caroline Wozniacki, dan Jelena Jankovic berserta pemain-pemain generasi baharu iaitu Karolina Pliskova dan juga Madison Keys.

Source: Huafa Group
Keywords: Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements