omniture

RiMO Supply Bangunkan Litar Lumba Go-Kart Pertama di Laut Atas Kapal Terbaharu Norwegian Cruise Line

RiMO Supply GmbH
2016-05-20 18:30 404

SUNDERN, Jerman, 20 Mei 2016 /PRNewswire/ --

Penumpang kapal persiaran tidak lama lagi bakal menyaksikan satu tarikan luar biasa yang disediakan di atas kapal Norwegian Cruise Line terbaharu, Norwegian Joy yang akan menampilkan litar Go-Kart bertaraf premium yang serba lengkap, dibangunkan oleh RiMO Supply, sebuah syarikat RiMO Germany Group dan peneraju dunia bagi kereta go-kart dan trek sewaan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160518/369336 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160518/369337 )

Norwegian Joy kini sedang dibina di Meyer Werft di Papenburg, Jerman yang dapat memuatkan 3,900 penumpang. Litar lumba kapal itu akan ditempatkan di bahagian dek atas kapal, iaitu dek 18 dan 19, selain dilengkapi dengan 20 kereta go-kart, pelantar tinjau, lorong pit berbumbung, bengkel, ruang simpanan, sistem mencatat masa, lampu limpah dan litar berukuran sepanjang 230 meter. Projek berprestij ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah kejayaan syarikat. Bersama-sama syarikat pembinaan keluli B. Levermann GmbH, yang berada di Neuenrade, sebuah rakan kongsi yang kompeten dari rantau ini turut terlibat dalam pembinaan.

Kereta lumba go-kart RiMO Supply yang menggunakan kuasa elektrik ini memanfaatkan teknologi generasi terkini bagi memastikan fungsi yang optimum dalam keadaan unik yang terdedah kepada sinar UV yang terik dan air masin di atas kapal persiaran. Kesemua kereta lumba go-kart dibangunkan menurut piawaian antarabangsa yang tinggi manakala fungsi litar adalah setanding dengan mana-mana kemudahan perlumbaan kereta go-kart di darat yang bertaraf dunia, selain pemandangan yang mengagumkan pada ketinggian 60 meter.

Peningkatan populariti dan kepentingan teknologi elektronik boleh dilihat dalam sektor pembuatan kereta go-kart, memandangkan lebih banyak syarikat memilih untuk memanfaatkan teknologi yang mesra alam dan rendah penyelenggaraan ini. Pakar-pakar RiMO yakin kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bakal digunakan dalam sukan go-kart pada masa depan.

"Kami berbangga kerana dapat menyumbangkan pengalaman kami selama bertahun-tahun untuk projek yang luar biasa ini," kata Peter Bertram, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif RiMO Germany Group.

"Bunyi enjin kawalan elektronik selain ketiadaan ekzos pastinya dapat memenuhi harapan penumpang kapal persiaran bagi menaiki kereta go-kart secara santai, namun unik dan berbeza. Penumpang kapal persiaran pada semua peringkat usia pasti teruja kerana berpeluang menikmati satu-satunya pengalaman memandu yang menghiburkan, yang hanya disediakan oleh Norwegian Joy."

Dengan pelabuhan tetap di Shanghai & Tianjin (Beijing), Norwegian Joy dicipta oleh pasukan di Norwegian Cruise Line bagi menyediakan Pengalaman Pelayaran Terbaik khusus untuk pengembara Cina, yang turut menyediakan kemudahan atas kapal yang dapat memenuhi kehendak percutian penumpang Cina yang unik.

Maklumat perhubungan media:

RiMO Supply GmbH
Stephan Graulich
Tel: +49-(0)2933-978230
E-Mel: sgraulich@rimo-supply.com

Sumber: RiMO Supply GmbH

Source: RiMO Supply GmbH
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Travel Contracts New products/services