omniture

Untuk 5 Tahun Berturut-turut FT Meletakkan IMD di Kedudukan Pertama Dunia untuk Program Terbuka

IMD International
2016-05-23 15:00 326

LAUSANNE, Switzerland, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Fakulti perniagaan IMD sekali lagi dinobatkan oleh Financial Times sebagai antara yang terbaik di dunia.

Penarafan 2016 meletakkan IMD sebagai yang terbaik untuk kategori program terbuka, kedudukan yang disandang IMD sejak 2012.

Selain berada di kedudukan pertama untuk program terbuka, IMD turut meningkat naik dalam kategori besar yang lain.  Pada tahun ini, IMD meningkat ke kedudukan kedua dalam penarafan gabungan program terbuka dan yang disuai khusus, meletakkannya pada kedudukan 3 teratas dalam pendidikan eksekutif untuk 5 tahun kebelakangan.  IMD menyertai senarai 5 terbaik di dunia dalam program tersuai khusus dengan berada pada kedudukan keempat, meningkat naik dua anak tangga berbanding tahun lepas.

Sejak sedekad yang lalu, IMD telah berada pada kedudukan fakulti perniagaan terbaik dalam penarafan Financial Times.

"Kami berjaya lagi.  Kami amat berbangga menjadi yang terbaik untuk program terbuka selama lima tahun berturut-turut dan meningkat dalam kategori utama yang lain," kata Presiden IMD Dominique Turpin. "Fakulti dan staf kami begitu berdedikasi dan kami memberi tumpuan kepada memberikan impak sebenar kepada peserta dan pelanggan.  Ia memang berbaloi," tambahnya lagi.

Di bawah pimpinan Turpin, IMD sudah meluaskan kehadirannya dalam membangunkan pemimpin dunia.  Dalam 5 tahun kebelakangan, IMD sudah pun membuka Pusat Pembelajaran Eksekutif di Singapura, membentuk Global Center of Digital Business Transformation (Pusat Transformasi Perniagaan Digital Dunia) dengan kerjasama Cisco, dan melancarkan program dalam talian Global Leadership in the Cloud (Kepimpinan Global di Awan)

Dapatkan maklumat lanjut halaman kedudukan dalam penarafan IMD

Latar Belakang IMD 

IMD merupakan fakulti perniagaan yang berada di kedudukan teratas, diiktiraf sebagai pakar dalam membangunkan pemimpin dunia menerusi pendidikan eksekutif  berimpak tinggi.  IMD berpejabat di Switzerland dan Singapura.

HUBUNGAN MEDIA: Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352 matthew.mortellaro@imd.org

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Awards