omniture

CDNetworks Menunjukkan Sejauh Mana Perusahaan Dapat Menyampaikan Kandungan Web dan Aplikasi yang Pantas dan Selamat di China serta Asia di CommunicAsia2016

CDNetworks
2016-05-24 08:15 378

SINGAPURA, 24 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Menurut McKinsey, jualan runcit dalam talian tahunan China berjaya mengatasi jualan di Amerika Syarikat pada tahun 2013. Menjelang tahun 2018, jualan ini dijangka mencecah kira-kira $610 bilion, mengatasi jualan di Eropah dan juga Amerika Syarikat. [1]

Dengan jumlah pasaran dalam talian yang besar di China, mana-mana perusahaan tidak boleh mengabaikan pasaran ini. Namun begitu, usaha untuk menembusi pasaran Cina bukanlah suatu yang mudah. MNC yang cuba menembusi pasaran Cina mendapati amat mencabar untuk berhadapan dengan ketersambungan rangkaian China yang tidak lancar, pengguna Cina yang tersebar di kawasan yang luas serta peraturan Internet yang dikenakan di negara tersebut.

CDNetworks ialah satu-satunya penyedia rangkaian penghantaran kandungan yang memiliki infrastruktur yang berpangkalan di China bagi melengkapi pengaruh globalnya. Penyedia CDN global ini turut menjadi peneraju dalam menavigasi sebarang kerumitan pada Tembok Api Cina. Para pelanggannya terdiri daripada jenama-jenama terkenal dalam pasaran Cina seperti Tencent, Sina.com serta Baidu.

"CDNetworks memiliki pengalaman unik selama lebih lapan tahun serta mempunyai infrastruktur CDN yang hebat di China. Melalui penyelesaian CDN China kami dan lebih 20 PoP di Tanah Besar China, perusahaan boleh mengembangkan perniagaan mereka secara selamat dan meningkatkan perolehan dengan berhubung bersama komuniti pengguna Internet yang amat luas di negara tersebut," kata Pengurus Negara Singapura CDNetworks, Jerry Chung. Jerry dan pasukannya akan membuat pembentangan di CommunicAsia2016 (lihat Pembentangan CommunicAsia2016).

Rundingan Peribadi bersama CDNetworks

Sebarang perusahaan yang berminat untuk memanfaatkan kepakaran serta pengaruh global CDNetworks China bagi mengembangkan perniagaan dalam talian mereka boleh membuat temu janji dengan perunding CDNetworks melalui enquiry.sg@cdnetworks.com. Pasukan tersebut akan berada di CommunicAsia2016, Marina Bay Sands, Ruang Istirehat, Angsana 3E, Tingkat 3 bermula pada 31 Mei hingga 3 Jun.

Kertas Putih yang Disediakan Percuma oleh CDNetworks: Mengembangkan Perniagaan Web Anda kepada Pengguna Internet di China

Pihak yang berminat boleh memuat turun kertas putih di: http://www.cdnetworks.com.sg/resources-whitepapers/extending-your-web-business-to-internet-users-in-china.

Latar Belakang CDNetworks

CDNetworks ialah rangkaian penghantaran kandungan (CDN) global yang disepadukan sepenuhnya dengan perlindungan Sekuriti Awan DDoS dan tembok api aplikasi web. Matlamat kami adalah untuk mengubah Internet agar menjadi Rangkaian Penghantaran Aplikasi yang selamat, andal, boleh diskala dan berprestasi tinggi. CDNetworks mempercepatkan kelajuan lebih 40,000 laman sesawang dan perkhidmatan awan melalui rangkaian daripada lebih 200 PoP global menerusi pasaran yang mantap dan baharu termasuk China dan juga Rusia. Kami telah menyediakan perkhidmatan buat pelanggan perusahaan kami selama lebih 15 tahun merentasi pelbagai industri seperti permainan video, kewangan, e-dagang, teknologi tinggi, pembuatan dan juga media. Pejabat-pejabat CDNetworks berada di Singapura, A.S., UK, Korea Selatan, China dan Jepun. Sebarang maklumat lanjut, sila layari: http://www.cdnetworks.com.sg

Pembentangan oleh CDNetworks sempena CommunicAsia2016

Hari ke-3, 2 Jun 2016, Khamis

12.00tghari

Perbincangan Panel

Peluang Praktikal dan Cabaran dalam Infrastruktur Awan Saling Boleh Kendali dan Mudah Alih

2.30ptg

Pembentangan

Penyediaan Persekitaran Web yang Dipertingkat kepada Pelanggan

Ketahui bagaimana perusahaan dapat:

- memanfaatkan infrastruktur global bagi mempercepat proses penyampaian kandungan web

- melindungi laman sesawang daripada serangan

- menganalisis trafik web bagi memahami pelanggan

Hari ke-4, 3 Jun 2016, Jumaat

2.15ptg

Pembentangan Zon Xperience

Perkembangan Pesat Pasaran Baharu:  Mencabar namun Boleh Dicapai dengan CDNetworks

Hubungi

CDNetworks 
Rebecca Cheong, +65-6908-1192 
rebecca.cheong@cdnetworks.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160511/8521603033logo

Source: CDNetworks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Trade show news