omniture

OrbusNeich Perluas Portfolio bagi Merawat Penyakit Periferi

Penginovasi COMBO[TM], sten dwiterapi pertama dunia, memperkenalkan kateter untuk intervensi anggota bawah dan fistula AV
OrbusNeich
2016-05-24 17:55 355

HONG KONG, 24 Mei 2016 /PRNewswire/ -- OrbusNeich, sebuah syarikat global yang mengkhusus dalam penyediaan penyelesaian vaskular yang mengubah kehidupan, memperluaskan portfolionya bagi menyediakan produk untuk merawat penyakit arteri periferi. Belon PTA JADE™ dan Scoreflex™ merupakan alat pertama yang diperkenalkan oleh syarikat bagi intervensi anggota bawah dan fistula arteriovena (AV).

Kira-kira 202 juta* individu di dunia menghidap penyakit arteri periferi, suatu keadaan serius yang boleh menyebabkan amputasi. Ini memperlihatkan populasi pesakit yang ramai serta kian bertambah dan menunjukkan terdapatnya keperluan mendesak terhadap alat endovaskular yang inovatif.

Bahagian Bawah Lutut (BTK)

Portfolio BTK OrbusNeich menyediakan belon tidak patuh JADE, menampilkan reka bentuk hibrid yang bertukar dengan pantas/menerusi wayar sebagai dorongan tambahan dan memastikan kemudahan penyediaan. Alat ini turut disediakan dengan peranti  PTA Scoreflex, belon dwiwayar yang direka untuk menumpukan daya angioplasti yang dapat mengoptimumkan lesi pada tekanan rendah. Kedua-dua alat ini boleh disesuaikan dengan 0.014" dan disediakan dalam ukuran panjang gunaan 150 cm.

Arteri Femoral Superfisial (SFA) 

Selain itu, OrbusNeich turut memperkenalkan belon PTA Scoreflex 0.018" bagi rawatan Arteri Femoral Superfisial, disediakan dalam ukuran  panjang gunaan 90 cm. Alat angioplasti yang menumpukan daya ini direka bagi membantu kestabilan belon pada diameter lebih besar yang diperlukan untuk merawat SFA.

Fistula arteriovena 

Selain penyelesaian intervensi untuk bahagian anggota bawah, OrbusNeich bakal menawarkan belon PTA Scoreflex dengan ukuran panjang gunaan 40 cm bagi merawat pesakit yang menjalani dialisis dalam tempoh jangka panjang dengan restenosis fistula AV. Teknologi angioplasti yang menumpukan daya ini amat sesuai untuk bahagian lesi kalis rawatan, yang boleh memanfaatkan kestabilan belon dan resolusi stenosis pada tekanan lebih rendah.

"Usaha memperluaskan tawaran kami dengan menyediakan produk periferi merupakan satu kemajuan OrbusNeich yang sudah dijangkakan," kata B Wayne Johnson, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, OrbusNeich. "Kami memiliki reputasi yang kukuh dalam mencipta belon untuk tujuan merawat lesi koronari yang amat rumit dan kini kami menyediakan teknologi ini untuk produk periferi khas kami bagi membantu pakar perubatan merawat tahap keseriusan keadaan pesakit yang menghidap penyakit endovaskular. Kami percaya produk kami ini mampu memberi impak sebenar kepada pesakit yang menghidap penyakit arteri perferi."

OrbusNeich ialah peneraju bagi rawatan penyakit arteri koronari menerusi produk Sten Dwiterapi COMBO yang inovatif, iaitu sten dwiterapi pertama yang dapat mempercepatkan penutupan bahagian endotelium dan mengawal proliferasi neointima melalui gabungan antara Teknologi Propenyembuhan dan elusi ubat sirolimus abluminal yang diperoleh daripada polimer bahan boleh resap oleh tubuh (bioresorbable) yang meresap sepenuhnya dalam tempoh 90 hari.

Latar Belakang OrbusNeich - Perintis teknologi yang mampu mengubah kehidupan

OrbusNeich ialah perintis bagi penyediaan penyelesaian vaskular yang mampu mengubah kehidupan dan menawarkan portfolio produk yang luas serta menjadi penentu tanda aras industri bagi intervensi vaskular. Produk-produk terkini melibatkan sten dwiterapi pertama dunia, iaitu Sten Dwiterapi COMBO dan sten propenyembuhan pertama dunia, Sten Genous™. Produk-produk lain termasuk sten dan belon yang dipasarkan menerusi jenama Azule™, Scoreflex™, Sapphire™ II, Sapphire™ II PRO dan Sapphire™ II NC. OrbusNeich beribu pejabat di Hong Kong dan beroperasi di Shenzhen, China; Fort Lauderdale, Florida, AS; Hoevelaken, Belanda; dan Tokyo, Jepun. OrbusNeich membekalkan peralatan perubatan kepada pakar perubatan di lebih 60 buah negara. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.OrbusNeich.com.

*http://www.medpagetoday.com, Penyakit Arteri Periferi, 08.02.2013

Source: OrbusNeich
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services