omniture

Doktor Belanda Lancarkan Aplikasi Revolusioner untuk Menginovasi dan Membuat Kebaikan

MDLinking.com B.V.
2016-05-24 23:36 517

AMSTERDAM, 24 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pakar bedah Belanda telah melancarkan aplikasi perubatan yang inovatif bagi membantu para doktor berkongsi teknik terbaik mereka di seluruh dunia dan merawat pesakit di pelosok global. Golongan profesional perubatan dari Eropah, Afrika, Asia dan AS mula mendaftar bagi mengakses aplikasi tersebut, yang menggabungkan fungsi strim secara langsung berserta khidmat pesanan ringkas dan rangkaian dalam persekitaran yang benar-benar selamat.

Pendidikan 

"Bayangkan seorang doktor yang terlibat dengan Medicines sans Frontieres yang berada dalam zon peperangan bekerjasama dengan seorang pakar bedah Harvard bagi merawat mangsa bom melalui strim secara langsung. Inilah perkhidmatan yang dibawakan oleh MDLinking," kata pakar bedah vaskular, Hans Flu. Doktor Flu menubuhkan syarikat tersebut bersama pakar bedah onkologi dan mantan felow penyelidik Harvard dalam bidang pembedahan, Gijs van Acker, serta dengan bantuan ahli-ahli lembaga penasihat perubatan antarabangsa yang besar. Melalui perbualan langsung berserta fungsi enkripsi dua kali ganda antara doktor, aplikasi tersebut turut memberi akses kepada pustaka pendidikan interaktif yang terpilih, dengan strim secara langsung, kursus latihan, sejumlah besar koleksi penyelidikan dan pendapat daripada orang dalam, realiti maya dan juga produksi realiti yang dipertingkat.

Perkongsian ilmu pengetahuan 

Teknologi kini mengubah cara berkomunikasi di seluruh dunia, namun keperluan khusus para doktor, seperti kerahsiaan tertentu, belum dapat dipenuhi dengan baik setakat ini. Kajian* menunjukkan doktor dan jururawat menggunakan khidmat pesanan ringkas yang sedia ada untuk pelbagai tujuan, walaupun terdapat kebimbangan dari segi privasi.

"Kami yakin kami dapat menambah baik bidang penjagaan kesihatan global dengan menghubungkan para doktor dan golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia agar mereka dapat berkongsi ilmu pengetahuan bidang perubatan mereka menerusi dunia dalam talian yang selamat," kata Flu.

MDLinking telah pun berbincang dengan pelbagai organisasi, termasuk fakulti perubatan di seluruh dunia serta badan amal penjagaan kesihatan seperti Partners in Health, Aga Khan Development Network dan Doctors Without Borders tentang perkongsian ilmu pengetahuan perubatan secara kolektif bersama lima bilion individu di negara-negara berpendapatan rendah yang kurang mendapat pendedahan tentang penjagaan kesihatan.

Pelabur  

"Kombinasi antara ketersambungan, komunikasi dan pendidikan pada skala global dalam bidang perubatan adalah suatu yang menjadikan MDLinking unik dan menjadi peluang pelaburan yang amat menguntungkan," kata pelabur tahap awal Alec Behrens, yang merupakan salah seorang pengasas Booking.com. Syarikat tersebut berjaya menguumpul €2.5 juta menerusi pembiayaan awal daripada beberapa pelabur tidak formal dan bakal mengumpul jumlah tambahan sebanyak €15 juta menerusi pusingan pembiayaan siri A.

Sekuriti

Golongan profesional penjagaan kesihatan yang ingin menggunakan aplikasi tersebut perlu melalui proses semakan kelayakan yang mencabar sebelum dibenarkan memasuki sistem tersebut. Aplikasi MDLinking mendapat perakuan sepenuhnya daripada Deloitte Assuring Medical Apps, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan Belanda serta pemantau privasi Belanda CBP. (Maklumat lanjut tentang sekuriti kami: https://mdlinking.com/security)

*http://innovations.bmj.com/content/early/2015/10/08/bmjinnov-2015-000062.full

----------------------------------------------------------

Maklumat lanjut 

Sebarang maklumat lanjut atau untuk membuat temu bual peribadi bersama doktor Hans Flu, pelabur tahap awal Alec Behrens atau doktor yang telah pun menggunakan platform serta aplikasi tersebut, anda boleh menghubungi talian +31-20-2610830 atau emelkan kepada kami melalui press@mdlinking.com

Bagi mendapatkan gambar, sila layari laman https://mdlinking.com/press kami.

Jika anda berminat dengan bahan e-pembelajaran Point-of-View yang kami hasilkan sendiri, sila semak https://mdlinking.com/right-colectomy atau https://mdlinking.com/hydrocele bagi mendapatkan contoh. Jika anda berminat dengan bahan e-pembelajaran yang kami hasilkan sendiri atau Realiti Maya/ 360, sila semak https://youtu.be/1virLinrhyk bagi mendapatkan contoh.

SUMBER  MDLinking.com B.V.

Source: MDLinking.com B.V.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet New products/services