omniture

WWE Live(TM) Kembali Ke Filipina

WWE
2016-05-25 09:00 499

MANILA, Filipina dan STAMFORD, Conn., 25 Mei 2016 /PRNewswire/ – WWE kembali ke Filipina menerusi WWE LIVE MANILA® pada hari Jumaat, 9 September di Mall of Asia Arena.

Para peminat boleh menyaksikan sendiri WWE World Heavyweight Champion Roman Reigns di WWE Live Manila pada 9 September 2016.(C) 2016 WWE, Inc. Hakcipta terpelihara.
Para peminat boleh menyaksikan sendiri WWE World Heavyweight Champion Roman Reigns di WWE Live Manila pada 9 September 2016.(C) 2016 WWE, Inc. Hakcipta terpelihara.

Tiket bagi menonton WWE LIVE MANILA® akan mula dijual pada Jumaat minggu hadapan, 3 Jun jam 9 pagi PHT dan boleh dibeli secara dalam talian di at www.smtickets.com; dengan menghubungi talian penting pelanggan SM Tickets melalui +632 470 2222; atau dengan membeli tiket di mana-mana outlet SM Tickets.

Peminat yang menonton WWE LIVE MANILA akan berpeluang untuk melihat Bintang kegemaran mereka termasuk WWE World Heavyweight Champion™ Roman Reigns™, WWE Tag Team Champions™ The New Day™; WWE Women's Champion™ Charlotte™; Kane™; AJ Styles™; Kevin Owens™; Sasha Banks™; Tyler Breeze™; Neville™; Bo Dallas™ dan Zack Ryder™*.

"WWE amat gembira dapat kembali ke Filipina, dan memberi peluang kepada peminat yang teruja dengan WWE untuk melihat Bintang kegemaran mereka menerusi acara yang bertenaga dan penuh kemeriahan, buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun," kata Gerrit Meier, Presiden WWE, Antarabangsa. "WWE Live Manila akan menyediakan aksi tanpa henti yang sama dan juga keriangan bersama keluarga yang dinanti dan digemari oleh peminat menerusi program TV kami melalui FOX Philippines dan WWE Network."

"Dainty Group Asia & Wilbros Live amat gembira dapat membawakan WWE Live kembali ke Manila," kata Paul Dainty, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Dainty Group. "Acara yang berlangsung satu malam sahaja ini ialah acara wajib bagi keluarga yang inginkan keterujaan yang sebenar."

Program WWE termasuk Raw®SmackDown®Main Event™, NXT™, WWE Superstars™, Vintage™, BottomLine™, AfterBurn™, WWE Experience™ dan This Week™, disiarkan pada setiap minggu melalui FOX Philippines. WWE Network menawarkan program khas termasuk semua acara siaran langsung WWE bayar-per-tonton, tanpa caj tambahan berserta siri asal yang menggemparkan, rancangan realiti, dokumentari, perlawanan klasik, liputan acara khas secara eksklusif dan pustaka video atas permintaan yang mantap dengan lebih 5,000 jam durasi video disediakan untuk pelanggan.

*

Barisan bintang tertakluk kepada perubahan.

Untuk maklumat lanjut WWE dan tanda dagangannya, serta penafian kepada kenyataan jangkaan dalam siaran ini, sila layari https://wwecorp.box.com/s/3ib1kkbu5ie2em50dbko0650mnwl5n1e

Hubungi:

Shirene Menon 
shirene_menon@yahoo.com.sg 
+65 9680 3731

Dan Humphreys
dan.humphreys@wwecorp.com 
+44 (0) 7860 847 622

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160524/8521603290

Source: WWE
Related Stocks:
NYSE:WWE
Keywords: Sporting Events Sports