omniture

YORK(R), pemenang Anugerah Jenama Dipercayai, memperkenalkan rangkaian produknya yang tiada tandingan bagi menyediakan perkhidmatan penyejukan kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan penggunaan tenaga yang rendah

Penyelesaian dan perkhidmatan bangunan daripada Johnson Controls dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan untuk kegunaan kediaman, perdagangan dan perindustrian
Johnson Controls
2016-05-25 16:42 647

PETALING JAYA, Malaysia, 25 Mei 2016 /PRNewswire/ -- YORK®, pemenang bagi Anugerah Jenama Dipercayai memperkenalkan portfolionya yang tiada tandingan, terdiri daripada produk-produk Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukan (HVACR) dengan tujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan perkhidmatan penyejukan dan belanjawan pelanggan di Malaysia dengan tahap kecekapan tenaga yang optimum. 

Menyamankan rakyat Malaysia sejak 1978, YORK(R) memenangi Anugerah Jenama yang Dipercayai oleh Reader's Digest.
Menyamankan rakyat Malaysia sejak 1978, YORK(R) memenangi Anugerah Jenama yang Dipercayai oleh Reader's Digest.

 

Johnson Controls
Johnson Controls

Rangkaian produk yang dipamerkan di REVAC 2016, salah satu acara HVACR yang terbesar di Asia Tenggara, termasuk:

  • Sistem Aliran Penyejuk Boleh Ubah (VRF berkapasiti 4 (3 kW) hingga 54 HP (40 kW) dan Pekali Prestasi [1] (COP) tinggi yang mencecah 4;
  • Penyejuk skru dengan air sejuk berkapasiti antara 97 tan (340 kW) hingga 433 tan (1,500 kW) dengan COP setinggi 6.37 manakala Nilai Beban Bahagian Bersepadu [2] (IPLV) adalah setinggi 9.56 untuk beberapa model;
  • YMC2 canggih berkapasiti setinggi 1,000 tan (3,500 kW), mampu mencapai IPLV lebih daripada 11.

[1]

COP ialah nisbah antara output penyejukan dan input kuasa elektrik pada beban penuh.

[2]

IPLV ialah nisbah antara output penyejukan dan input kuasa elektrik dengan pelbagai kapasiti operasi.

Johnson Controls berusaha mempertingkatkan keupayaan teknikal penyejuk canggihnya melalui YMC2. Produk penyejuk tersebut menggunakan teknologi pengangkatan magnet - teknologi ini pertama kali diguna pakai oleh syarikat dalam kapal selam nuklear misi kritikal - dalam sistem rangkaian pemacu bagi memastikan putaran tanpa geseran. Ini bukan sahaja dapat mendorong tahap kecekapan tenaga yang amat tinggi serta operasi yang amat senyap dengan tahap bunyi sebanyak 70 dBA, jumlah bahagian bergerak yang sedikit juga menjadikan produk tersebut tidak perlu kerap diservis, menjamin hayat motor yang lebih panjang serta keandalan yang dipertingkat.

Selain berperanan sebagai peneraju teknologi, YORK juga merupakan peneraju pasaran bagi sektor HVACR di Malaysia. Bermula dengan produk penyejuk dengan berat tan yang tinggi untuk aplikasi yang kompleks kepada produk cekap tenaga lima bintang yang mesra alam untuk kegunaan kediaman, YORK memiliki rekod prestasi yang kukuh di Malaysia.

"YORK memberi keyakinan dan juga mendapat kepercayaan di Malaysia. YORK mula bertapak di negara ini sejak tahun 1978 dan telah menyediakan perkhidmatan penyejukan untuk beberapa buah bangunan paling ikonik di Malaysia termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Pavilion dan Mid Valley City. Dengan ini, saya amat berbesar hati untuk mengumumkan pada hari ini bahawa kami telah diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Jenama Dipercayai oleh Reader's Digest selama 13 tahun berturut-turut," kata Douglas Toh, pengurus besar bahagian pengedaran produk, Building Efficiency Malaysia, Johnson Controls. Anugerah tersebut diberikan hasil kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan pengguna biasa tentang jenama yang penting untuk mereka.

Bagi membantu pelanggan memilih sistem yang dapat memberikan tahap kecekapan tenaga terbaik pada harga yang paling berpatutan, di samping dapat mengurangkan kos kitar hayat, pakar-pakar Johnson Controls membimbing pelanggan melalui analisis yang dijalankan secara teliti. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan produk-produk untuk terminal 'airside' dan sistem automasi bangunan Metasys® yang dapat disepadukan dengan lancar bersama produk-produk HVACR.

"Sinergi antara perkhidmatan dan produk yang disediakan dapat membawa kesan yang besar. Kami ingin memberikan nilai dan pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami melalui pusat rujukan yang mudah dan sehenti berkaitan penyelesaian dan perkhidmatan untuk bangunan. Dengan tempoh respons kurang daripada empat jam, piawaian perkhidmatan yang kami sediakan adalah antara yang tertinggi dalam industri ini," kata Ken Lim, pengurus besar, Building Efficiency Malaysia, Johnson Controls.

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls ialah peneraju global bagi pelbagai teknologi dan perindustrian yang menyediakan perkhidmatan buat pelanggan yang berada di lebih 150 buah negara. Seramai 150,000 kakitangan kami menghasilkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif asid-plumbum dan bateri canggih untuk kenderaan hibrid dan juga elektrik; serta komponen tempat duduk dan sistem untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak ditubuhkan pada tahun 1885, menerusi penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami dan dengan meningkatkan bahagian pasaran, kami komited dalam membawakan nilai buat para pemegang saham serta membantu kejayaan pelanggan kami. Pada tahun 2016, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #17 dalam senarai tahunan "100 Warga Korporat Terbaik". Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols melalui Twitter.

Latar Belakang Johnson Controls' Building Efficiency

Johnson Controls' Building Efficiency mempunyai portfolio yang tiada tandingan, terdiri daripada produk dan penyelesaian HVACR bagi mewujudkan bangunan yang lebih selesa, selamat dan cekap. Beroperasi di lebih 150 buah negara melalui rangkaian saluran pengedaran yang mantap, kepelbagaian tawaran yang disediakan oleh Building Efficiency membantu pemilik, pengendali, jurutera dan perunding bangunan memberi impak kepada seluruh kitar hayat bangunan. Kepimpinan pasarannya diiktiraf melalui jenama-jenama yang dipercayai seperti YORK®, Sabroe® dan Metasys®, selain keupayaan integrasi bangunan pintar serta penyelesaian pembiayaan tenaga. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_BEnews.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160525/8521603168
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Household Products HVAC Residential Real Estate New products/services