omniture

Fragrance Du Bois Penyokong Utama Pertunjukan Fesyen Timur Tengah 2016 di Kuala Lumpur

Fragrance Du Bois
2016-05-25 18:20 679

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- Jenama minyak wangi khas dan mewah, Fragrance Du Bois amat berbangga kerana menjadi salah satu penyokong utama Pertunjukan Fesyen Timur Tengah (MEFS) 2016 yang berlangsung baru-baru ini, dan berbesar hati untuk menjadi penaja Platinum, berserta KPJ dan juga Orogold. Pertunjukan fesyen tersebut dianjurkan dengan jayanya oleh Jana Boutique untuk para hadirin yang terdiri daripada golongan wanita sahaja di Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel and Residences, pada 7 Mei 2016.

Jana Boutique dan beberapa pakaian elegen yang diperagakan sempena MEFS 2016
Jana Boutique dan beberapa pakaian elegen yang diperagakan sempena MEFS 2016

Acara sebelah malam sempena MEFS 2016 itu diserikan dengan suasana kewanitaan yang elegan serta memperagakan fesyen pakaian sedia untuk dipakai daripada Timur Tengah dan Timur Jauh yang penuh glamor. Selain pertunjukan fesyen di pentas peragaan, barangan aksesori yang amat menarik turut dipamerkan di bazar, yang terdiri daripada barangan kemas dan tudung, barangan kosmetik dan beg, selain minyak wangi dan juga barangan perhiasan rumah yang cantik.

Turut berada di pentas peragaan malam tadi ialah Jana Boutique dan enam pereka fesyen serta jenama yang memperagakan koleksi terkini mereka. Jana Boutique memukau para hadirin menerusi gaun malam yang elegan; Shairose Dhanani mempersembahkan koleksi pakaian malam Muslimah dan juga pakaian rasmi yang diperbuat daripada fabrik dengan hiasan yang sangat cantik dari Pakistan; Sawsan Fashion memperagakan rekaan Abaya dan Sheila yang unik serta kontemporari, diperbuat daripada kain sutera satin, dengan lukisan tangan hasil rekaan pelukis Yusser Ali Al-Qazwini; Mounique pula mempersembahkan pilihan pakaian yang unik dan kaftan berhias; manakala Funz Kaftan memperagakan kaftan penuh gaya yang dijahit sendiri menerusi pelbagai pilihan warna dan rekaan yang mempesonakan. Barangan perhiasan juga turut diperagakan di atas pentas peragaan, seperti rekaan barangan kemas berfesyen Suhara Jewel Art yang amat cantik, diinspirasikan daripada alam semula jadi dan diperbuat daripada batu berharga, selain jenama aksesori fesyen dan gaya hidup yang ceria serta ranggi, Axxezz, oleh Gina Frias, yang mempersembahkan hasil rekaan eksotik yang menggabungkan elemen Timur dan Barat.

Pameran penuh glamor Suhara Jewel Art di MEFS 2016
Pameran penuh glamor Suhara Jewel Art di MEFS 2016

Sebagai salah satu penyokong bagi pertunjukan fesyen yang bertenaga dan meriah ini, Fragrance Du Bois memberikan tambahan elemen kemewahan dan elegan untuk acara tersebut melalui pelbagai pilihan minyak wangi mempesonakan berasaskan minyak Oud di bazar. Bagi pihak Fragrance Du Bois, Johanna Tabuyo, Pengarah Operasi di Malaysia, sedia maklum tentang kepentingan menyokong acara-acara seperti MEFS 2016. "Acara yang khusus untuk golongan wanita seperti acara ini bukan sekadar mewujudkan sebuah platform yang memperkasakan wanita, bahkan turut membolehkan wanita daripada pelbagai budaya dan latar belakang menjalin hubungan berdasarkan minat yang sama, dalam hal ini, minat tersebut melibatkan kewanitaan, fesyen, kecantikan dan juga keusahawanan. Kami di Fragrance Du Bois percaya pada kepentingan mewujudkan kesedaran terhadap jenama menerusi acara-acara sebegini, kerana kami percaya dengan kuasa membeli golongan wanita, khususnya berkaitan fesyen dan jenama-jenama mewah."

Pereka fesyen Shairose Dhanani tersenyum manis di reruai Fragrance Du Bois
Pereka fesyen Shairose Dhanani tersenyum manis di reruai Fragrance Du Bois

 

Beberapa orang wanita bergaya di reruai Fragrance Du Bois di bazar MEFS 2016
Beberapa orang wanita bergaya di reruai Fragrance Du Bois di bazar MEFS 2016

  

Alami wangian hebat minyak Oud di reruai Fragrance Du Bois
Alami wangian hebat minyak Oud di reruai Fragrance Du Bois

Nota untuk Editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: zaahira@fragrancedubois.com
Pejabat: +60 122 035 344

Latar Belakang Fragrance Du Bois  

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, menjalin kerjasama erat dengan ladang-ladang mampan di Asia, bagi menghasilkan minyak wangi berasaskan minyak Oud yang menarik, baharu serta 100% organik untuk pasaran yang eksklusif di seluruh dunia. Bersumberkan bahan-bahan mentah yang terbaik daripada seluruh dunia, serta turut berusaha bersama pakar pembuat minyak wangi Perancis bagi menghasilkan pelbagai pilihan produk, selain menawarkan perkhidmatan minyak wangi tempahan khas, Fragrance Du Bois ialah suatu kemewahan peribadi yang berhati nurani. Melalui butik minyak wangi yang eksklusif di serata dunia, iaitu di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan juga Singapura, Fragrance Du Bois memberikan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan minyak wangi yang ditempah khas.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis, manakala bagi pasaran selain daripada Perancis, ia dikenali sebagai Fragrance Du Bois.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital ialah pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersial di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Tumpuannya adalah terhadap pelbagai projek-projek perladangan yang berbilang budaya bagi memenuhi permintaan domestik dan komersial di negara-negara tempat ia beroperasi. Jalinan kerjasama yang erat dan menyokong masyarakat setempat ialah prinsip utama yang mendasari perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan bantuan sosial serta budaya dan juga membuat pelaburan bagi menjauhkan masyarakat ini daripada aktiviti penebangan hutan dan pembalakan haram yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di beberapa rantau di Asia.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), kumpulan ini kini memiliki projek-projek perladangan dan pertanian di empat buah benua, yang beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu yang mampan dan diperakui ialah kaedah terbaik bagi mengelakkan aktiviti penebangan hutan, melindungi kepelbagaian bio serta membasmi kemiskinan di kawasan hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang berusaha mencapai kecemerlangan dan kini terlibat dalam usaha perlindungan alam sekitar, ini juga merupakan satu kaedah bagi memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160517/8521603143-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160517/8521603143-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160517/8521603143-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160517/8521603143-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160517/8521603143-e

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Women-related news