omniture

Cate Blanchett Hadiri Majlis Perjumpaan Sì Bagi Meraikan Minyak Wangi Baharu Sì le Parfum dan Sì Women's Circle

Giorgio Armani Parfums
2016-05-26 01:07 290

LONDON, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ --

#SaySì

Bagi meraikan pelancaran rangkaian minyak wangi Sì Le Parfum dan Sì Women's Circle, sebuah majlis koktel yang eksklusif berlangsung hari ini di Florence Hall, London, yang turut dihadiri oleh pelakon wanita yang merangkul Academy Award ®, Cate Blanchett, sebagai wajah jenama minyak wangi tersebut dan juga Roberta Armani.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/371937)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/371938)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/371939)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/371940)

Sebelah petangnya, wartawan dari serata dunia membuat liputan tentang minyak wangi feminin baharu Sì Le Parfum, yang bakal dilancarkan di kebanyakan negara menjelang September ini.

Giorgio Armani berkata: " ialah tanda penghargaan saya kepada kewanitaan moden - gabungan yang sangat menarik antara kelembutan, kekuatan dan semangat bebas."

Bagi meraikan edisi pertama inisiatif Sì Women's Circle, iaitu sebuah projek maya yang diusahakan oleh Giorgio Armani bagi tujuan memberikan hak bersuara kepada wanita masa kini, acara tersebut dihadiri oleh tiga daripada lima orang wanita yang pernah berkongsi kisah mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif ini. Wanita yang dipaparkan dalam lima video khusus untuk projek Sì Women's Circle mempunyai satu persamaan: kesemua wanita ini mempunyai keberanian untuk menyatakan ya atau 'sì' kepada diri mereka sendiri serta impian dan cita-cita mereka.

Sempena majlis koktel tersebut, Cate Blanchett memilih untuk mengenakan gaun tanpa lengan Giorgio Armani berwarna merah jambu lembut, manakala bagi sidang akhbar pada sebelah siangnya,  beliau mengenakan pakaian sut Giorgio Armani New Normal berwarna kelabu.

Bagi majlis koktel, Roberta Armani mengenakan jaket Giorgio Armani berwarna hitam dengan kemasan berwarna biru, seluar panjang sutera, dipadankan dengan baju bersulam.

Charlotte Ranson, seorang penari balet di Opéra de Paris dan juga sebahagian daripada inisiatif Sì Women's Circle, memilih untuk mengenakan gaun biru Giorgio Armani bagi majlis koktel, manakala bagi sidang akhbar pada sebelah siangnya pula, beliau mengenakan baju sutera Giorgio Armani New Normal dengan seluar panjang berpelipat.

Kee Yoon Kim, pelakon pentas di Paris dan juga sebahagian daripada inisiatif Sì Women's Circle, memilih untuk mengenakan seluar panjang Giorgio Armani, dipadankan dengan baju sutera bersulam untuk menghadiri majlis koktel, manakala bagi sidang akhbar pada sebelah siangnya pula, beliau mengenakan jaket dubel bres  Giorgio Armani New Normal berserta kemeja dan seluar panjang.

Cecile Schmollgruber, perintis bidang 3D di San Francisco dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Sì Women's Circle, memilih untuk mengenakan seluar hitam Giorgio Armani dan jaket putih dengan corak grafik kontras berwarna hitam untuk menghadiri majlis koktel, manakala bagi sidang akhbar pada sebelah siangnya pula, beliau mengenakan kemeja sutera berwarna putih Giorgio Armani New Normal, dipadankan dengan seluar panjang berwarna hitam.

http://www.armani.com

SUMBER  Giorgio Armani Parfums

Source: Giorgio Armani Parfums
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services