omniture

Forum Ekonomi Astana 2016: Realiti Ekonomi Baharu

Astana Economic Forum
2016-05-26 12:47 331

ASTANA, Kazakhstan, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Forum Ekonomi Astana 2016 bakal berlangsung di Astana, Kazakhstan pada 25-26 Mei ini. Tema AEF kali ini iaitu "Realiti ekonomi baharu: pempelbagaian, inovasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan" amat berkait rapat dengan perubahan yang berlaku di dunia yang ditentukan oleh pembangunan realiti ekonomi baharu serta beberapa cabaran yang terdapat dalam dunia politik, ekonomi dan juga sistem kewangan.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7847451-astana-economic-forum-new-economic-reality/

Tahun ini, AEF dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi Negara Kazakhstan, "Institut Penyelidikan Ekonomi" JSC dan "Inisiatif Ekonomi Kumpulan Wang Kazakhstan" CF.

Forum ini akan mengadakan 20 acara yang fokus terhadap empat sub-tema utama: ekonomi global, pempelbagaian ekonomi, inovasi dan teknologi serta ekonomi berasaskan pengetahuan.

AEF 2016 menjangkakan kehadiran seramai 3,000 perwakilan, termasuk ahli-ahli politik terkenal, pakar-pakar ekonomi antarabangsa, para pemenang Hadiah Nobel, ketua-ketua organisasi bertaraf antarabangsa dan wakil-wakil media yang berpengaruh.

Persidangan Serantau Tabung Kewangan Antarabangsa dipengerusikan oleh Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde, yang pertama kali berkunjung ke Kazakhstan, berlangsung pada 24 Mei.

AEF 2016 dimulakan dengan sesi "Tenaga Masa Depan: Trend dan Teknologi Global" yang memberi peluang kepada peserta untuk membincangkan senario pembangunan tenaga global menjelang tahun 2050; sesi "Berakhirnya Globalisasi Hiper" dianjurkan oleh Jawatankuasa Reinventing Bretton Woods; dan "Sidang Kemuncak Pelaburan Kazakhstan" anjuran bersama majalah antabangsa The Economist.

Forum Penswastaan Kazakhstan anjuran bersama penerbit antarabangsa The Financial Times akan diadakan pada 26 Mei. Sebagai sebuah acara baharu dalam agenda AEF, sesi ini akan mengenal pasti peluang pelaburan baharu dalam sektor-sektor ekonomi utama di Kazakhstan. Sesi "Sidang Kemuncak Kumpulan Pemikir Serantau" dan "Negara-negara Jalan Sutera yang Agung" akan turut diadakan pada 26 Mei.

Majlis penutup Forum tersebut akan menyajikan Sesi Plenari yang buat pertama kalinya diadakan di Dewan Konsert Tengah Kazakhstan. Sesi plenari akan dirasmikan oleh Presiden Kazakhstan, N.A.Nazarbayev dan bakal dihadiri oleh pakar-pakar terkemuka, ahli-ahli politik, ketua-ketua institusi kewangan terbesar dan organisasi antarabangsa, selain para pemenang Hadiah Nobel. Antaranya ialah Jack Ma, pengasas AliBaba Group; Suma Chakrabarti, Presiden EBRD; Jeffrey Sachs, Pengarah Institut Bumi di Columbia University dan salah seorang pakar ekonomi paling berpengaruh di dunia menurut The Economist; Daron Acemoglu, Profesor Ekonomi di MIT, penulis terkenal; dan Roberto Azevedo, Ketua Pengarah WTO.

Rakan kerjasama AEF terdiri daripada: UN, OECD, World Bank, IMF, EBRD, ADB, Sekretariat Forum Boao Asia dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan umum atau maklumat lanjut tentang AEF, sila emelkan kepada pr-media@forum-astana.org atau layari http://forum-astana.org

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371357 
Video - http://www.multivu.com/players/uk/7847451-astana-economic-forum-new-economic-reality/

Source: Astana Economic Forum
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news