LAS VEGAS, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Mengesahkan teknologi revolusionernya dalam menghasilkan berlian buatan manusia yang berkualiti dan menakjubkan, New Diamond Technology (NDT), yang berpangkalan di St. Petersburg, Rusia bakal mempamerkan empat batu berlian yang mencipta rekod dan diiktiraf di Hong Kong oleh International Gemological Institute (IGI) di JCK Las Vegas pada 3-6 Jun 2016, di reruai No. B41184 dalam zon "First Look".
Video:
Potongan Zamrud- 5.27 karat VS1 Biru Tua yang Mewah |
Berlian biru Potongan Zamrud buatan manusia terbesar di dunia |
Bentuk Hati - 5.26 karat VVS1 Biru Tua yang Mewah |
Berlian biru berbentuk Hati buatan manusia terbesar di dunia |
Berlian Potongan Mewah: Hati 5.05 karat VS2 D |
Berlian tanpa warna berbentuk Hati buatan manusia terbesar di dunia |
Berlian Potongan Bulat: Bulat 5.06 karat VS2 D |
Berlian tanpa warna Potongan Brilian Bulat buatan manusia terbesar di dunia |
"Kami teruja dengan peluang yang diberikan untuk mempersembahkan berlian kami yang istimewa ini di pesta barangan perhiasan yang paling terkemuka – JCK las Vegas," kata Presiden NDT Tamazi Khikhinashvili. "Di tempat yang sama tahun lalu, kami mempamerkan berlian putih 10.02 karat, yang merupakan detik bersejarah bagi seluruh industri berlian. Kami berharap ia bakal menjadi tradisi kami untuk memberikan kejutan demi kejutan yang menggembirakan kepada rakan seangkatan kami saban tahun."
"Pasaran berlian buatan manusia semakin berkembang. Kini anda dapat saksikan pemain utama industri di seluruh dunia memasuki pasaran ini, dan ia satu petunjuk yang jelas tentang kecenderungan positif terhadapnya." Khikhinashvili menambah, "Apa yang paling penting ialah perkembangan pasaran bukan sekadar berbentuk kuantitatif, bahkan kualitatif, dengan adanya pengaruh jenama dari antarabangsa dan seluruh negara. Pasaran ini sudah terbukti diterima ramai."
Dua bulan yang lalu, NDT mempamerkan, buat julung kalinya, berlian biru potongan zamrud buatan manusia yang terbesar di dunia di BaselWorld, Switzerland. Merupakan peneraju dalam warna, kejelasan dan saiz berlian buatan manusia – NDT bakal mempamerkan batu-batu daripada 1.00-4.00 karat berwarna D-F & Biru Mewah, kesemuanya diiktiraf IGI.
Marc Brauner, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama IGI Worldwide, mengesahkan kemajuan perkembangan teknologi yang terlaksana dengan pantas di NDT dalam dunia pembentukan berlian dalam makmal amat menakjubkan dalam semua aspek: saiz, kejelasan dan warna. Keempat-empat batu berlian itu merupakan bukti kukuh yang menjadi saksi NDT telah menjangkaui semua sempadan yang ada pada semua batu berlian yang pernah diserahkannya kepada IGI sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut tentang NDT, sila layari: http://ndtcompany.com
Untuk maklumat lanjut tentang IGI, sila layari: http://igiworldwide.com