omniture

Bostik Mengembangkan Kapasiti Pembuatan di Malaysia

Bostik
2016-05-30 16:25 244

PARIS, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ --

Usaha mengembangkan kilang di Seremban dapat meningkatkan kapasiti bagi memenuhi peningkatan permintaan pasaran pembinaan di Bahagian Tengah Malaysia, Utara Malaysia dan Sabah.

Bostik, segmen perniagaan pelekat khas daripada Arkema, telah mengembangkan kapasiti pembuatan produk berperekatnya, yang berasaskan teknologi Pengikat Polimer Terubah Suai (PMB) yang bertaraf dunia, di kilangnya yang terletak di Seremban, Malaysia. Sebagai pakar bahan pelekat peneraju di peringkat global untuk pasaran dalam sektor pembinaan, pengguna dan industri, Bostik mampu memenuhi peningkatan permintaan pasaran pembinaan di Bahagian Tengah Malaysia, Utara Malaysia dan Sabah.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371291 )

Menerusi usaha pengembangan kapasiti kilangnya yang signifikan di Seremban, Bostik telah memperluas perkhidmatan pembuatannya di Malaysia, bagi membolehkannya menyediakan perkhidmatan berkaitan pembinaan dengan lebih baik untuk pelanggannya di Bahagian Tengah Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Utara Malaysia dan juga Sabah.

Kilang yang ditambah kapasitinya ini akan mengeluarkan produk pembinaan berperekat termasuk pelekat jubin seramik, bahan turap seramik, sebatian meratakan lantai dan juga produk kemasan dinding. Hasil pengeluaran dibuat berasaskan teknologi Pengikat Polimer Terubah Suai (PMB) Bostik bertaraf dunia yang kekal sebagai tumpuan utama dalam usaha inovasinya secara berterusan, dan juga aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan.

Usaha pengembangan ini yang dibuat dua tahun selepas Bostik membuka kilang pembuatan Malaysia yang kedua di Johor Bahru,  bagi tujuan menyediakan perkhidmatan untuk pasaran Selatan Malaysia dan Singapura, merupakan langkah penting dalam pelan pembangunan Bostik di Malaysia.

Pelaburan ini memperlihatkan strategi Bostik dalam mengembangkan sayapnya di kawasan yang mencapai pertumbuhan tinggi dan menghasilkan produk yang inovatif agar dapat memenuhi permintaan pasaran. "Kami berbesar hati dan teruja untuk meneruskan kemajuan global Bostik dan, menerusi usaha pengembangan kapasiti ini, kami dapat mengukuhkan operasi kami di Malaysia," jelas Jeffrey Merkt, Naib Presiden Kanan Bostik di Asia. "Ini membolehkan kami bertindak balas dengan segera terhadap sebarang perubahan yang berlaku dari segi permintaan pasaran dan terus berusaha membekalkan produk berkualiti tinggi untuk sektor pembinaan."

Kilang ini dibuka secara rasmi menerusi sebuah majlis khas yang diadakan pada bulan lalu.

Latar Belakang Bostik, sebuah syarikat Arkema

Bostik ialah pakar bahan pelekat utama di peringkat global untuk pasaran dalam sektor pembinaan, pengguna dan industri. Selama lebih seabad, Bostik telah menghasilkan penyelesaian pelekat inovatif yang bersifat lebih pintar dan lebih adaptif untuk setiap faktor kuasa yang mempengaruhi kehidupan seharian. Bermula dengan penciptaan kepada pelupusan, di kediaman dan pejabat, pelekat pintar daripada Bostik boleh didapati di mana-mana. Menerusi jualan tahunan yang mencecah €1.6 bilion, syarikat tersebut menggajikan 4,800 kakitangan dan berada di lebih 50 buah negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.bostik.com.

Latar Belakang Arkema 

Sebagai pereka bahan dan penyelesaian yang inovatif, Arkema mereka bentuk bahan dan mencipta kegunaan baharu bagi tujuan mempertingkat prestasi pelanggan. Portfolio perniagaan kami yang seimbang merangkumi bahan-bahan berprestasi tinggi, pengkhususan industri dan penyelesaian salutan. Jenama kami yang terkenal di seluruh dunia diiktiraf sebagai antara peneraju dalam pasaran yang kami ceburi. Dengan laporan jualan tahunan mencecah €7.7 bilion pada tahun 2015, kami menggajikan kira-kira 19,000 kakitangan di seluruh dunia dan beroperasi hampir di 50 buah negara. Kami komited untuk terlibat secara aktif dengan semua pihak berkepentingan kami. Pusat-pusat penyelidikan kami di Amerika Utara, Perancis dan juga Asia fokus dalam memajukan produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan dan rekaan yang ringan, kediaman cekap tenaga dan juga penebatan. Bagi mendapatkan maklumat terkini, sila layari http://www.arkema.com

Source: Bostik
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machinery Corporate Expansion