SINGAPURA, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Jenama wain Australia yang terkemuka, Wolf Blass hari ini mengumumkan kerjasama pemasaran selama bertahun-tahun dengan Kelab Bola Sepak Manchester City, dan ini menjadikan Wolf Blass sebagai Rakan Rasmi Wain Kelab Bola Sepak Manchester City untuk Asia, Timur Tengah dan Afrika (MEA) dan Mexico.
Bagi melihat hebahan multimedia penuh, sila klik di sini: http://en.prnasia.com/mnr/treasurywine_201605.shtml
Kerjasama ini akan membolehkan Wolf Blass terus mengembangkan lagi sayap dalam penajaan sukan jenama ini di rantau ini berikutan pemeteraian perjanjian terbaharu yang dibuat dengan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan di China, serta organisasi-organisasi besbol profesional di Jepun dan juga Korea.
Menerusi perjanjian berbilang platform ini, Wolf Blass akan dapat berhubung dengan peminat dalam pasaran utama melalui kempen pengguna yang menarik, termasuk promosi di gedung, barangan jenama bersama, barangan percuma, pengaktifan digital dan media sosial, selain acara-acara untuk pengguna.
Robert Foye, Presiden dan Pengarah Urusan Asia dan MEA dan Latin Amerika, di Treasury Wine Estates, pemilik wain Wolf Blass berkata: "Wolf Blass telah lama menjalin kerjasama dengan sukan-sukan kompetitif serta amat bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan. Dengan itu, kami amat teruja kerana akan terlibat dalam sukan nombor satu di dunia, dan salah satu kelab bola sepak paling popular dan berjaya di dunia."
"Melalui jalinan kerjasama dengan Manchester City FC, Wolf Blass akan menghidupkan kempen jenama global, 'Here's To The Chase', yang meraikan keberanian memburu kemenangan. Kami berharap dapat turut serta bersama Manchester City dalam usaha mereka untuk memenangi lebih banyak trofi, dan meraikan kejayaan mereka yang terus meningkat, bersama wain Wolf Blass ikonik kami."
Chris Hatcher, Ketua Pembuat Wain Wolf Blass, berkata: "Sebagai salah satu pembuat wain yang memenangi banyak anugerah dalam sejarah Australia, Wolf Blass sentiasa berusaha untuk mencapai kemuncak sebenar pembuatan wain, sama seperti Manchester City sentiasa berusaha untuk menonjolkan permainan bola sepak yang paling menarik di dunia."
Damian Willoughby, Naib Presiden Kerjasama, APAC di City Football Marketing berkata: "Wolf Blass ialah perintis dalam industri mereka yang memberi komitmen kepada kualiti, karakter dan ketekalan seperti kami. Kerjasama baharu ini menawarkan kami peluang yang menarik untuk berhubung dengan peminat dan pengguna. Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan Wolf Blass memandangkan kedua-dua pihak terus berusaha berkembang melalui cara yang baharu dan imaginatif."
Sebagai Rakan Rasmi Wain Manchester City, Wolf Blass akan mendapat akses kepada salah satu kumpulan peminat bola sepak di dunia yang paling bersemangat dan begitu aktif terlibat. Mempunyai lebih 240 juta peminat di Asia, Timur Tengah dan Afrika, serta berjuta-juta pengikut menerusi platform media sosial Kelab yang semakin berkembang, Manchester City menyediakan sebuah platform yang luar biasa buat pengguna baharu serta pengguna sedia ada untuk berhubung dengan wain Wolf Blass serta berkongsi semangat mereka dalam memburu kejayaan.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mcfc.co.uk
Sebarang pertanyaan berkaitan media, sila hubungi:
Gwendolyn Cheong
Treasury Wine Estates
Gwendolyn.Cheong@tweglobal.com
+65-8233-9383
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201605/treasurywine/treasurywine.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160526/8521603195-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160526/8521603195-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160526/8521603195-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160526/8521603195-d