omniture

Elitecore Mengumumkan Keluaran NetVertex PCRF v6.6 Bagi Perkhidmatan Berinovasi dan Pengewangan yang Lebih Pantas

Elitecore Technologies
2016-05-31 19:19 248

MUMBAI dan DUBAI, UAE, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Jabatan Perisian Telekomunikasi Sterlite Technologies, Elitecore mengumumkan satu keluaran versi terkini NetVertex PCRF v6.6. Platform ini memperhebat CSP melalui ketangkasan perkhidmatan, pengewangan dan pengoptimuman yang lebih pantas, dan sebagai pendorong utama untuk pihak operator bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160225/791663 )

Dhaval Vora, Naib Presiden Elitecore – Pengurusan Produk, Sterlite Technologies, berkata, "Keluaran terkini ini memudahkan CSP dengan kes-kes penggunaan yang inovatif seperti sokongan pelan kumpulan, perkongsian kuota, pelan kecemasan global, QoS dinamik, dan juga VoLTE. Menerusi platform dengan pelbagai pilihan fungsi, pelanggan kami kini dapat menyokong lebih 20% sesi dengan kapasiti perkakasan yang sama, seraya mengurangkan TCO."

Pembangun Polisi baharu ini menyediakan instrumen canggih bagi mengurus pelanggan, langganan & konfigurasi pakej dalam tempoh 50% lebih singkat berbanding versi sebelumnya, konfigurasi polisi yang lebih ringkas berserta menu juntai bawah yang mudah selain GUI yang responsif agar boleh dikonfigurasi dengan mudah oleh kakitangan bukan teknikal, dan menyokong sepenuhnya jaminan polisi pengurusan yang mantap.

Keluaran baharu ini juga menyediakan fungsi SPR yang dipertingkat dengan DDF yang membantu mengagihkan pelanggan menerusi pelbagai SPR (Respositori Profil Pelanggan). Fungsi DDF terus dipertingkat agar dapat menyokong peningkatan kebolehskalaan untuk struktur rangkaian tersebut dan membantu komunikasi antara PCRF dan mana-mana SPR.

Ciri-ciri utama tambahan NetVertex PCRF v6.6 termasuk:

  • Sokongan pelbagai sewaan dan Pemayaan
  • Perkhidmatan IMS dan VoLTE kini diasingkan daripada Polisi Pakej Data bagi menyokong perkhidmatan IMS baharu dengan mudah dalam struktur persekitaran 4G/LTE
  • 3GPP29.212r11 – Pematuhan Antara Muka Sd

Latar Belakang Sterlite Technologies: 

Sterlite Technologies Limited (STL) "Sterlite Tech" [BSE: 532374, NSE:STRTECH]) ialah syarikat yang membekalkan Produk, Perkhidmatan & Perisian Komunikasi Optik yang terkemuka di dunia dan merupakan satu-satunya syarikat dengan penyepaduan vertikal di India. Syarikat ini bermatlamat untuk mengubah kehidupan harian dengan menyediakan rangkaian yang lebih pintar. Menerusi kepakaran dalam mereka bentuk, membangunkan, membina dan mengurus rangkaian data jalur lebar, syarikat ini berjaya mengembangkan sayapnya ke peringkat global di 75 buah negara, termasuk unit pembuatan di India, China dan Brazil. Projek-projek yang dijalankan oleh syarikat ini termasuk rangkaian tanpa pencerobohan dan selamat untuk Pasukan Pertahanan, jalur lebar di kawasan luar bandar, Bandar Pintar, dan mewujudkan rangkaian Gentian untuk Kediaman (FTTH) yang berkelajuan tinggi. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.sterlitetechnologies.com.

Latar Belakang Elitecore

Jabatan Perisian Telekomunikasi Sterlite Technologies, Elitecore ialah pembekal produk dan perkhidmatan IT peringkat global. Elitecore memiliki lebih 150 pengaturan kedudukan rangkaian di seluruh dunia untuk 59 penyedia perkhidmatan di lebih 40 buah negara. Pelanggan Elitecore termasuklah 13 daripada 30 operator terbaik dunia. Sebarang maklumat yang lebih terperinci, layari http://www.elitecore.com.

Maklumat Perhubungan Media
LK Pathak
Naib Presiden -- Bahagian Pemasaran & Komunikasi Korporat
M: +91 9925012059
El.k.pathak@elitecore.com  

Source: Elitecore Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services