omniture

JA Solar Sediakan 44% Modul untuk Fasa Pertama Projek Demonstrasi PV "Front Runner" China

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2016-05-31 22:56 414

BEIJING, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk kuasa solar berprestasi tinggi yang terbesar di dunia, mengumumkan ia akan menyediakan modul 420MV untuk projek demonstrasi teknologi PV nasional yang canggih di Datong, wilayah Shanxi. Fasa pertama projek "Front Runner" itu mempunyai jumlah kapasiti terpasang sebanyak 950MW. JA Solar akan menyediakan 44% modul bagi fasa pertama ini.

Pentadbiran Tenaga Nasional mewujudkan program "Front Runner" bagi menggalakkan pembangunan teknologi PV solar yang canggih oleh pihak pembekal tempatan. Projek demonstrasi Datong ialah projek pertama dalam beberapa senarai projek "Front Runner" berskala GW yang dirancang. Pelaburan yang dibuat pada fasa pertama kemudahan itu dianggar bernilai 10 bilion yuan (kira-kira US$1.6 bilion) dan akan melibatkan 13 stesen kuasa PV. Setelah siap, kemudahan tersebut dijangka dapat menjana 1.5 bilion kWh kuasa dalam grid setahun, yang dapat menyumbang hasil cukai sebanyak 260 juta yuan dan mengurangkan 480,000 tan pembakaran arang batu yang biasa dibuat pada setiap tahun.

Hasil daripada teknologi asasnya yang canggih, pada Julai 2015, JA Solar dipilih oleh kerajaan perbandaran Datong sebagai pelabur bagi salah satu projek demonstrasi itu, bagi menyediakan produk untuk projek 50MW "Peneraju + Teknologi Baharu + Demonstrasi Model Baharu". JA Solar juga menghasilkan modul 370MW untuk enam buah syarikat yang juga merupakan pelabur bagi projek demonstrasi yang tersebut: China Three Gorges Corporation, China Huadian Corporation, China Power Investment Corporation, China Guangdong Nuclear Power Group, Beijing Energy Investment Holding dan Sungrow Power Supply.

Bagi menyertai projek "Front Runner" tersebut, pembekal produk perlu memenuhi tahap piawaian yang tinggi dari segi prestasi dan kualiti seperti yang ditetapkan oleh Pentadbiran Tenaga Nasional. Kadar kecekapan penukaran modul polihabluran dan monohabluran masing-masing perlu melebihi 16.5% dan 17%. Kadar pelemahan produk PV biasa bagi tahun pertama setelah menerima pentauliahan, masing-masing perlu kurang daripada 2.5% dan 3%, manakala kadar yang sama bagi tahun-tahun berikutnya perlu kurang daripada 0.7% setahun. Kadar pelemahan keseluruhan terhadap kitar hayat modul tersebut adalah tidak melebihi 20%.

JA Solar memperlihatkan tahap kepimpinan teknologi global dengan menyerahkan empat produk yang berjaya memenuhi atau melangkaui piawaian "Front Runner": modul Cypress monohabluran yang konvensional, modul Cypress polihabluran yang konvensional, modul Percium monohabluran yang berkecekapan tinggi dan modul Riecium polihabluran yang berkecekapan tinggi. Selain itu, pada awal tahun 2016, modul dua lapisan kaca Riecium polihabluran yang berkecekapan tinggi daripada JA Solar turut menerima sijil pengesahan daripada Pusat Pensijilan Kualiti China, yang mengesahkan tahap pematuhan modul tersebut menurut piawaian teknologi dan kualiti "Front Runner" China.

Permintaan pelanggan terhadap produk berkecekapan tinggi semakin meningkat. Kecekapan kadar penukaran yang tinggi mendorong kadar kapasiti pemasangan yang tinggi bagi setiap unit kawasan, dan ini menghasilkan lebih banyak penjanaan kuasa elektrik, mengurangkan kos tanah bagi setiap watt, mengurangkan kos pengangkutan dan pemasangan serta menjamin pendapatan projek yang lebih baik. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah, dalam masa setahun, JA Solar berhasrat untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan produk "Front Runner" kepada 1.8GW bagi produk monohabluran dan 2.3GW bagi produk polihabluran.

En. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Program 'Front Runner' itu bakal membantu industri peralatan PV Cina meraih pelbagai matlamat yang ingin dicapai. Program tersebut turut menggalakkan inovasi berteknologi yang berterusan, menambah baik proses pengeluaran, penggunaan yang baharu dan penting, selain kualiti dan pengujian pada tahap piawaian yang tinggi. JA Solar berbangga dapat membekalkan hampir separuh daripada modul untuk projek demonstrasi pertama di Datong ini. Kami berhasrat untuk meneruskan usaha ke arah inovasi berteknologi yang akan menyumbang kepada proses perkembangan yang baik untuk sektor PV dan pengeluaran Cina."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts