BEIJING, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk kuasa solar berprestasi tinggi yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan ia akan menyediakan modul PV 420MW berkecekapan tinggi untuk fasa pertama projek demonstrasi PV "Front Runner" di Datong, wilayah Shanxi, termasuk modul Percium monohabluran 150MW yang berkecekapan tinggi.
Dilancarkan pada Oktober 2013, Percium ialah modul monohabluran berkecekapan tinggi yang dikeluarkan oleh JA Solar. Modul Percium merangkumi sel yang menggunakan teknologi Sel Pemacar dan Belakang Dipasifkan ("PERC"). Sel PERC daripada JA Solar telah memperlihatkan penambahbaikan yang berterusan sejak tiga tahun lalu. Pada Jun 2014, proses pengeluaran bagi sel Percium berkecekapan tinggi dimulakan, dan ini menjadikan JA Solar sebagai peneraju industri dalam memberikan kadar kecekapan penukaran melebihi 20% bagi sel jenis P yang dikeluarkan secara besar-besaran. Rangkaian produk Percium kini memiliki kadar kecekapan penukaran setinggi 21%; output kuasa bagi modul 60-sel melebihi 295W dan modul 72-sel melebihi 345W. Modul Percium menampilkan prestasi cahaya rendah yang lebih baik, pekali suhu yang lebih rendah, kadar pelemahan cahaya yang lebih rendah, dan rintangan PID yang lebih baik. Apabila dibandingkan, ia mampu menjana 2% lebih kuasa elektrik bagi setiap kadar "watt" berbanding modul monohabluran konvensional.
JA Solar, peneraju bagi industri PV dalam teknologi teras dan kualiti, terkenal di seluruh dunia menerusi produk yang berkeandalan tinggi, output kuasa yang tinggi dan kadar kecekapan penukaran yang juga tinggi. Selain modul Percium monohabluran, JA Solar turut mengeluarkan empat modul PV lain yang berjaya memenuhi atau melangkaui piawaian "Front Runner" China, termasuk modul Riecium polihabluran berkecekapan tinggi, modul Cypress monohabluran konvensional, modul Cypress polihabluran konvensional dan modul dua lapisan kaca.
"Modul JA Solar bukan sekadar memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar di China, bahkan turut menjadi semakin terkenal di negara-negara lain," kata En. Jian Xie, Presiden JA Solar. "Modul kami terhad, oleh itu produk yang tinggi kecekapan dilihat semakin menjadi pilihan pelanggan. Kami berhasrat untuk meneruskan rekod prestasi terbaik kami untuk inovasi teknikal, dengan matlamat untuk menambah baik kadar kecekapan dan meningkatkan proses pengeluaran. JA Solar berbangga kerana dapat memainkan peranan penting dalam transformasi dan peningkatan sektor PV dan pengeluaran di China."