omniture

Batman v Superman: G2A Sekali Lagi Membuktikan Pemain Berhati Mulia!

G2A.com
2016-06-01 16:33 292

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM ialah pasaran yang meraih pelbagai anugerah yang menyediakan lebih 30 000 produk permainan digital. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan Realiti Maya, G2A bekerjasama dengan pengeluar perkakasan komputer terkemuka, MSI bagi menghasilkan aplikasi menggunakan teknologi Realiti Maya sempena mempromosi filem 'Batman v. Superman'. Aplikasi ini dikenali sebagai 'Gotham VR' yang membolehkan pemain menunggang motosikal Batman dan meninjau Gotham City.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160530/373275)

Sebagai pasaran permainan digital yang paling pantas berkembang di dunia, G2A komited untuk menyumbang dalam bentuk wang tunai dan bantuan untuk inisiatif kemasyarakatan. Kerjasama terkini G2A bersama MSI dan badan amal Gaming for Good memberi peluang yang unik buat peminat permainan digital menyokong Save the Children. MSI menyediakan item istimewa untuk acara lelongan amal yang dihoskan melalui laman sesawang Gaming for Good: PC dan modkas tempahan khas yang mendapat undian #1 oleh komuniti yang mempromosikan "Batman v Superman" (Batmobile2k16 oleh Babetech Custom PC, skala 1:7).

Bersama lebih 105 penderma dan 'bidaan tertinggi' sebanyak $2500, sebuah lagi acara amal yang hebat berakhir dengan jayanya dan sejumlah $4,704.90 didermakan kepada Save the Children, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang melindungi hak kanak-kanak, menyediakan bantuan serta menyokong kanak-kanak di negara-negara yang sedang membangun. Platform dalam talian, Gaming for Good mengumpul dana untuk pertubuhan-pertubuhan amal.

Sepanjang tahun 2014-2015, komuniti G2A berjaya mengumpul lebih $500 000 untuk pertubuhan 'Save the Children'. US Aid pula berjaya menggandakan jumlah ini menjadi $5 juta, juga untuk Save The Children.

Salah satu daripada pelbagai sumbangan G2A terhadap tujuan amal termasuk ekosistem pembayaran yang dibangunkan secara khusus, iaitu pemenang bagi anugerah 'Produk/Perkhidmatan Baharu yang Cemerlang', G2A Pay. Mengulas tentang Anugerah Kecemerlangan Global yang diraih baru-baru ini menerusi kategori Produk/Perkhidmatan Baharu yang Cemerlang, pengerusi barisan hakim berkata, sebahagiannya: "Pasaran permainan digital G2A.COM, bersama 10 juta pelanggan di seluruh dunia telah berjaya mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang mengagumkan."

Dawid Rozek, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran G2A menambah: "G2A Pay telah diguna pakai dalam laman sesawang Gaming for Good memandangkan G2A Pay dapat menyediakan pelbagai kaedah menderma bagi tujuan amal ini kepada para pemain di seluruh dunia." Baru-baru ini, menerusi hasil inovasi G2A Pay, G2A membolehkan Gaming for Good dan para pemain menyumbang secara kolektif sebanyak $390 000 bagi membantu mengatasi musim kemarau di Etopia untuk projek yang dikendalikan oleh pertubuhan Save the Children.

"Komuniti permainan digital yang berbakti kepada orang lain sentiasa membuatkan saya berasa gembira. Kami sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik untuk berhubung bersama masyarakat dan membangunkan projek Gaming for Good kami," kata Reese Leysen, wakil Gaming for Good.

Dawid berkata: "Ribuan terima kasih buat semua yang menyumbang!"

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology New products/services