omniture

Forum BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN Antarabangsa Kali Keempat Himpunkan Pemain Muda Bola Sepak daripada Tiga Benua

International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center
2016-06-01 18:07 343

MOSCOW, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Milan menganjurkan Forum Kanak-kanak Antarabangsa kali Keempat sebagai sebahagian daripada BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, iaitu projek sosial besar-besaran oleh Gazprom yang bertujuan untuk membangunkan kemajuan bola sepak golongan belia dan memupuk toleransi serta rasa hormat terhadap budaya dan juga bangsa yang berbeza. Tahun ini, Forum tersebut berjaya menghimpunkan para pemain muda bola sepak dari Afrika, Asia, Eropah dan juga Amerika Selatan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160531/373671 )

Para peserta Forum berpeluang bertemu dengan Franz Beckenbauer, Duta Global projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, pemain tengah FC Schalke 04 Maximilian Meyer dan Leon Goretzka serta Michel Salgado, Duta UEFA sempena Forum tersebut.

Acara kemuncak Forum tersebut diserikan dengan penyampaian anugerah Piala Sembilan Nilai (Nine Values Cup). Hadiah unik ini disampaikan setiap tahun kepada kelab bola sepak profesional atas pencapaian cemerlang terhadap tanggungjawab sosial. Tahun ini, Piala tersebut dianugerahkan kepada FC Bayern Munich. Peserta projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN memuji kelab bola sepak tersebut atas sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak kurang upaya, inisiatif penjagaan kesihatan yang menyasarkan kanak-kanak di negara-negara berlainan dan bantuan yang disediakan untuk mereka yang memerlukan.

Forum tersebut diakhiri dengan perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Jalanan Antarabangsa untuk kanak-kanak. Slovenian FC Maribor membawa pulang hadiah tempat pertama.

Lebih 200 wartawan daripada syarikat media terkemuka di dunia membuat liputan tentang Forum tersebut, tidak kurang juga wartawan muda daripada negara-negara yang mengambil bahagian yang bertugas dengan Pusat Media Kanak-kanak Antarabangsa.

"Sebanyak tiga puluh dua buah negara turut serta dalam projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN ini. Antaranya ialah Syria dan Turki, Armenia serta Azerbaijan. Jumlah peserta dilihat semakin bertambah setiap tahun. Ini menandakan kanak-kanak mementingkan keamanan dan persahabatan berbanding semua aspek lain, tanpa mengira perbezaan budaya dan tradisi. Bukan sahaja kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dapat belajar untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain, bahkan mereka juga menjadi penjuang nilai-nilai kemanusiaan utama. Projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN membantu mencapai matlamat ini. Saya yakin kita bersama-sama dapat mewujudkan dunia yang lebih baik," kata Alexey Miller, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Gazprom.

"Sejak beberapa tahun, saya berbesar hati dapat memberi sokongan sebagai duta global untuk program BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan utama, yang penting untuk menjamin kesejahteraan mana-mana masyarakat. Inilah sebabnya, kini saya amat gembira apabila mengetahui anugerah tersebut, yang menonjolkan program F4F, matlamat dan sasarannya, diberikan kepada Bayern Munich. Piala Sembilan Nilai itu disampaikan hasil penilaian yang dibuat oleh khalayak yang berfikiran paling terbuka, iaitu kanak-kanak. Ini menjadikan Piala ini sebagai anugerah yang amat bernilai untuk mana-mana kelab," kata Franz Beckenbauer.

Sumber: International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center

Source: International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme press center
Keywords: Sporting Events Sports Awards Children-related news