omniture

Traveloka Rekrut Siswazah Baru daripada Universiti-universiti Terbaik Asia Tenggara

Traveloka
2016-06-01 19:31 454

JAKARTA, Indonesia, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Traveloka, sebuah syarikat teknologi paling pantas berkembang di Indonesia yang menyediakan perkhidmatan tempahan penerbangan dan hotel secara dalam talian, menyeru semua siswazah yang baru menamatkan pengajian daripada universiti-universiti terbaik di Asia Tenggara untuk menyertai International Analytics Development Program. Melalui program ini, Traveloka bermatlamat untuk merekrut siswazah terbaik yang memperlihatkan prestasi akademik yang cemerlang serta kualiti kepimpinan, dan turut berada dalam kedudukan 10% terbaik dalam kelasnya seperti yang dilampirkan pada transkrip akademik mereka.

Tempoh mendaftar sudah dibuka dan bakal berakhir pada 24 Juni 2016. Untuk melayakkan diri menyertai program tersebut, calon-calon perlu memiliki kelulusan ijazah sarjana muda dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) atau bidang kajian kuantitatif daripada universiti-universiti terbaik dalam negara/luar negara. Siswazah yang baru menamatkan pengajian dan calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun dialu-alukan untuk memohon. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, mereka boleh terus menghantar CV kepada jobs@traveloka.com.

Calon-calon yang terpilih akan mengikuti program intensif selama 6 bulan bagi mempelajari kemahiran analitikal dengan lebih luas dan mendalam daripada para fasilitator Traveloka serta Google, yang akan diadakan di ibu pejabat Traveloka di Jakarta. Sepanjang program tersebut, calon-calon akan bergilir-gilir menjalankan pelbagai tugasan pemasaran prestasi. Calon-calon akan mengurus dan melaksanakan beberapa siri kempen pertumbuhan syarikat dan memberi sumbangan terhadap usaha meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

Dengan menyertai program itu, mereka akan terlibat dalam pelbagai tugasan yang mencabar seperti memproses dan menganalisis sejumlah besar nombor dan juga data, mengurus serta melaksanakan pelbagai kempen pemasaran menerusi beberapa saluran, selain menjana wawasan pemasaran yang berguna. Selepas menamatkan program tersebut, calon terbaik akan mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan secara dalam talian bagi negara asal mereka.

Program ini adalah lanjutan daripada program rintis yang dilancarkan oleh Traveloka pada tahun 2015, iaitu "Search Engine Marketing Development Program" yang berjaya menarik beratus-ratus calon yang layak daripada universiti-universiti terbaik Indonesia. Peserta yang berjaya menamatkan program ini akan diambil menjadi sebahagian daripada pasukan yang akan membantu meningkatkan kemajuan Traveloka yang memberangsangkan.

Head of Marketing, Dannis Muhammad, berkata, "Traveloka memiliki ramai kakitangan yang berbakat, terdiri daripada siswazah yang cemerlang daripada pelbagai universiti terbaik. Kami teruja untuk meneruskan dan memperluas program ini kerana kami percaya ia akan menjadi peluang yang baik untuk semua calon bagi mengasah kemahiran mereka melalui bimbingan dan mentor oleh Traveloka serta Google."

Sebarang maklumat lanjut tentang program tersebut, sila klik: https://www.linkedin.com/jobs2/cap/view/129771350

Latar Belakang Traveloka

Traveloka ialah sebuah syarikat teknologi paling pantas berkembang di Indonesia yang menyediakan perkhidmatan tempahan penerbangan dan hotel secara dalam talian. Syarikat yang berpangkalan di Jakarta itu ditubuhkan oleh beberapa pakar bidang teknologi maklumat Indonesia yang mempunyai pengalaman bekerja selama bertahun-tahun di syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat nasional pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures.

Traveloka boleh diakses melalui komputer meja, laman sesawang mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka menjalin kerjasama dengan lebih 50 buah syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa, memberikan perkhidmatan kepada lebih 100,000 laluan berbeza di seluruh Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka turut menyenaraikan lebih 70,000 buah hotel di seluruh Asia Tenggara, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Australia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman pengguna yang lancar, perkhidmatan pusat panggilan selama 24 jam, dan harga yang rendah dan telus sepanjang hari tanpa perlu membayar kos tempahan merupakan perkhidmatan utama yang disediakan oleh Traveloka buat pelanggan.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan tempahan penerbangan dan hotel, sila layari http://www.traveloka.com atau ikuti kami melalui Facebook (https://www.facebook.com/Traveloka), Instagram (https://instagram.com/traveloka), dan Twitter (https://twitter.com/traveloka). Aplikasi mudah alih Traveloka disediakan di Play Store dan juga iTunes App Store.

Maklumat perhubungan media:

Busyra Oryza
Communications Executive
busyra@traveloka.com
press@traveloka.com 
+62 21 2977 5885

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160531/8521603511LOGO

Source: Traveloka
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Travel Web Site Personnel announcements