omniture

Kajian Vodafone: 75 Peratus Syarikat Global Memanfaatkan Dasar Bekerja Secara Fleksibel

53 peratus syarikat Singapura melaporkan peningkatan keuntungan setelah melaksanakan bekerja secara fleksibel
Vodafone Global Enterprise
2016-06-01 21:40 339

SINGAPURA, 1 Jun, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Vodafone menyiarkan keputusan kaji selidiknya, Flexible: friend or foe? (Fleksibel: sahabat atau musuh?) yang mendapati 75 peratus syarikat di seluruh dunia memperkenalkan dasar bekerja secara fleksibel bagi membolehkan kakitangan mereka untuk mengubah waktu bekerja dan menggunakan teknologi terkini untuk bekerja secara jarak jauh. Kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 8,000 golongan profesional perniagaan di tiga buah benua juga menunjukkan 53 peratus daripada syarikat di Singapura yang memperkenalkan dasar bekerja secara fleksibel mendapati peningkatan dari segi keuntungan sejak dilaksanakan.

Kaji selidik Flexible: friend or foe? mengumpul maklum balas daripada syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana, organisasi-organisasi dalam sektor awam dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) di 10 buah negara. Responden menyatakan – dengan ketara – bahawa mereka berpendapat prestasi dapat ditingkatkan hasil daripada bekerja secara fleksibel:

  • 61 peratus responden di seluruh dunia menyatakan keuntungan syarikat mereka meningkat;
  • 83 peratus responden melaporkan peningkatan produktiviti; dan
  • 58 peratus responden percaya dasar bekerja secara fleksibel memberi kesan positif terhadap reputasi organisasi mereka.

Penerimagunaan yang pesat terhadap perkhidmatan data mudah alih berkelajuan tinggi, jalur lebar talian tetap dan perkhidmatan awan semakin memainkan peranan penting dalam revolusi di tempat bekerja ini: 61 peratus responden kini menggunakan perkhidmatan jalur lebar di rumah bagi mengakses aplikasi untuk bekerja manakala 24 peratus menggunakan sambungan data mudah alih melalui telefon pintar, tablet atau komputer riba mereka menggunakan dongle jalur lebar.

Lebih tiga perempat daripada syarikat Singapura menawarkan kemudahan bekerja yang fleksibel walaupun masih terdapat halangannya

76 peratus organisasi yang memberi maklum balas di Singapura menyatakan mereka telah melaksanakan dasar bekerja secara fleksibel, setanding dengan purata global sebanyak 75 peratus. Faedah yang diperoleh termasuk:

  • 53 peratus syarikat Singapura mendapati peningkatan keuntungan setelah melaksanakan dasar bekerja yang fleksibel.
  • 77 peratus syarikat Singapura yang melaksanakan dasar bekerja yang fleksibel mendapati peningkatan produktiviti pekerja.
  • Prestasi bekerja secara berpasukan telah meningkat sebanyak 54 peratus bagi organisasi Singapura yang melaksanakan dasar bekerja yang fleksibel
  • 54 peratus pekerja Singapura memanfaatkan dasar bekerja yang fleksibel bagi meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan/kehidupan.
  • Semangat kakitangan mencatat peningkatan dalam 75 peratus organisasi.

Kaji selidik Vodafone juga meninjau mengapa 20 peratus responden di seluruh dunia menyatakan organisasi mereka belum lagi melaksanakan dasar bekerja secara fleksibel. Khususnya di Singapura:

  • 27 peratus syarikat-syarikat Singapura yang belum melaksanakan dasar bekerja secara fleksibel kerana bimbang prestasi bekerja secara berpasukan dalam kalangan pekerja akan menurun.
  • 57 peratus pekerja Singapura berpendapat mereka tidak mempunyai dasar bekerja secara fleksibel yang boleh diguna pakai di tempat kerja mereka.
  • 38 peratus pekerja Singapura tidak menggunakan rangkaian sosial perusahaan, iaitu instrumen yang memainkan peranan utama ketika bekerja secara fleksibel.

Presiden Vodafone Global Enterprise Asia Pasifik Ben Elms berkata: "Hasil kajian Vodafone menunjukkan perubahan penting dan pesat dalam tempat kerja yang moden. Majikan Singapura memaklumkan kami bahawa bekerja secara fleksibel dapat meningkatkan keuntungan, manakala kakitangan mereka menyatakan bahawa mereka menjadi lebih produktif. Elemen utama bagi semua kajian ini ialah teknologi baharu yang membentuk semula setiap sektor, bermula dengan rangkaian data mudah alih berkelajuan tinggi dan jalur lebar talian tetap kepada jalinan kerjasama terkini bagi perkhidmatan awan. Kita benar-benar berada dalam era yang menunjukkan pekerjaan ialah tentang perkara yang anda lakukan, bukan tentang tempat yang anda tuju."

Notes untuk editor
Kaji selidik Flexible: friend or foe? dijalankan oleh Morar (sebelum ini dikenali sebagai Redshift Research) bagi pihak Vodafone antara bulan September dan Oktober 2015. Negara/rantau yang dikaji termasuk Jerman, Hong Kong, India, Itali, Belanda, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, UK dan AS. Sejumlah 8,000 majikan dan kakitangan ditemu bual secara dalam talian di 10 buah negara/rantau.

Muat turun panduan bekerja secara fleksibel kami di www.vodafone.com/WorkFlexi

Latar Belakang Vodafone Group
Vodafone ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk suara, pesanan, data dan komunikasi talian tetap. Vodafone memiliki operasi mudah alih di 26 buah negara, menjalin kerjasama dengan rangkaian mudah alih di lebih 57 buah negara dan juga memiliki operasi jalur lebar talian tetap dalam 17 pasaran. Setakat 31 Disember 2015, Vodafone memperoleh 461 juta pelanggan mudah alih dan 13 juta pelanggan jalur lebar talian tetap. Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.vodafone.com.

Sebarang maklumat lanjut

Vodafone Group

Bahagian Perhubungan Media
www.vodafone.com/media/contact

Text100 Singapura untuk Vodafone

Charlotte Tan
+65 6603 9000
singaporevodafone@text100.com

Source: Vodafone Global Enterprise
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research