SINGAPURA, 1 Jun, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Vodafone menyiarkan keputusan kaji selidiknya, Flexible: friend or foe? (Fleksibel: sahabat atau musuh?) yang mendapati 75 peratus syarikat di seluruh dunia memperkenalkan dasar bekerja secara fleksibel bagi membolehkan kakitangan mereka untuk mengubah waktu bekerja dan menggunakan teknologi terkini untuk bekerja secara jarak jauh. Kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 8,000 golongan profesional perniagaan di tiga buah benua juga menunjukkan 53 peratus daripada syarikat di Singapura yang memperkenalkan dasar bekerja secara fleksibel mendapati peningkatan dari segi keuntungan sejak dilaksanakan.
Kaji selidik Flexible: friend or foe? mengumpul maklum balas daripada syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana, organisasi-organisasi dalam sektor awam dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) di 10 buah negara. Responden menyatakan – dengan ketara – bahawa mereka berpendapat prestasi dapat ditingkatkan hasil daripada bekerja secara fleksibel:
Penerimagunaan yang pesat terhadap perkhidmatan data mudah alih berkelajuan tinggi, jalur lebar talian tetap dan perkhidmatan awan semakin memainkan peranan penting dalam revolusi di tempat bekerja ini: 61 peratus responden kini menggunakan perkhidmatan jalur lebar di rumah bagi mengakses aplikasi untuk bekerja manakala 24 peratus menggunakan sambungan data mudah alih melalui telefon pintar, tablet atau komputer riba mereka menggunakan dongle jalur lebar.
Lebih tiga perempat daripada syarikat Singapura menawarkan kemudahan bekerja yang fleksibel walaupun masih terdapat halangannya
76 peratus organisasi yang memberi maklum balas di Singapura menyatakan mereka telah melaksanakan dasar bekerja secara fleksibel, setanding dengan purata global sebanyak 75 peratus. Faedah yang diperoleh termasuk:
Kaji selidik Vodafone juga meninjau mengapa 20 peratus responden di seluruh dunia menyatakan organisasi mereka belum lagi melaksanakan dasar bekerja secara fleksibel. Khususnya di Singapura:
Presiden Vodafone Global Enterprise Asia Pasifik Ben Elms berkata: "Hasil kajian Vodafone menunjukkan perubahan penting dan pesat dalam tempat kerja yang moden. Majikan Singapura memaklumkan kami bahawa bekerja secara fleksibel dapat meningkatkan keuntungan, manakala kakitangan mereka menyatakan bahawa mereka menjadi lebih produktif. Elemen utama bagi semua kajian ini ialah teknologi baharu yang membentuk semula setiap sektor, bermula dengan rangkaian data mudah alih berkelajuan tinggi dan jalur lebar talian tetap kepada jalinan kerjasama terkini bagi perkhidmatan awan. Kita benar-benar berada dalam era yang menunjukkan pekerjaan ialah tentang perkara yang anda lakukan, bukan tentang tempat yang anda tuju."
Notes untuk editor
Kaji selidik Flexible: friend or foe? dijalankan oleh Morar (sebelum ini dikenali sebagai Redshift Research) bagi pihak Vodafone antara bulan September dan Oktober 2015. Negara/rantau yang dikaji termasuk Jerman, Hong Kong, India, Itali, Belanda, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, UK dan AS. Sejumlah 8,000 majikan dan kakitangan ditemu bual secara dalam talian di 10 buah negara/rantau.
Muat turun panduan bekerja secara fleksibel kami di www.vodafone.com/WorkFlexi
Latar Belakang Vodafone Group
Vodafone ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk suara, pesanan, data dan komunikasi talian tetap. Vodafone memiliki operasi mudah alih di 26 buah negara, menjalin kerjasama dengan rangkaian mudah alih di lebih 57 buah negara dan juga memiliki operasi jalur lebar talian tetap dalam 17 pasaran. Setakat 31 Disember 2015, Vodafone memperoleh 461 juta pelanggan mudah alih dan 13 juta pelanggan jalur lebar talian tetap. Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.vodafone.com.
Sebarang maklumat lanjut
Vodafone Group
Bahagian Perhubungan Media
www.vodafone.com/media/contact
Text100 Singapura untuk Vodafone
Charlotte Tan
+65 6603 9000
singaporevodafone@text100.com