omniture

Kematian Akibat CVD Meningkat Sehingga Satu per Tiga Dalam Tempoh Kurang 10 Tahun

World Heart Federation
2016-06-03 07:01 300

BANDAR RAYA MEXICO, 3 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Satu kenyataan saintifik yang berbunyi, " The Heart of 25 by 25: achieving the goal of reducing global and regional premature deaths from cardiovascular diseases and stroke (Jantung 25 pada 25: ke arah mencapai matlamat untuk mengurangkan kadar kematian pramasa di seluruh dunia dan serantau akibat penyakit kardiovaskular dan strok)", memberi amaran bahawa kematian pramasa akibat penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan penyebab nombor satu bagi kematian yang berlaku di seluruh dunia dengan kos global hampir mencapai US $863bn, selain mampu meningkat sehingga 30% bagi golongan wanita dan 34% bagi golongan lelaki pada dekad akan datang sekiranya faktor-faktor risiko tidak "ditangani secara agresif" oleh pengamal kesihatan dan juga pembuat dasar di seluruh dunia.

Kenyataan bersama yang dibuat oleh Persatuan Jantung Amerika dan Persekutuan Jantung Sedunia itu mengkaji data dari seluruh dunia berkaitan kematian awal akibat CVD bagi golongan yang berusia antara 30-70 tahun. Didapati bahawa CVD merupakan penyebab bagi hampir 6 juta kematian pramasa yang berlaku setiap tahun, dan angka ini boleh meningkat kepada hampir 8 juta menjelang tahun 2025. Di peringkat serantau:

  • Amerika Latin dan Caribbean - peningkatan sebanyak 22 % bagi golongan wanita dan 24% bagi golongan lelaki
  • Asia Selatan - peningkatan sebanyak 43% bagi golongan wanita dan 56% bagi golongan lelaki
  • Afrika Sub-Sahara - peningkatan sebanyak 48% bagi golongan wanita dan 52% bagi golongan lelaki
  • Eropah Tengah dan Timur serta Asia Tengah - peningkatan sebanyak 26% bagi golongan wanita dan 16% bagi golongan lelaki
  • Timur Tengah dan Afrika Utara - peningkatan sebanyak 32% bagi golongan wanita dan 35% bagi golongan lelaki.*

Walau bagaimanapun, kajian mendapati kadar kematian pramasa akibat CVD di seluruh dunia boleh diperlahankan, bahkan mampu dielakkan di beberapa rantau sekiranya sasaran faktor risiko WHO '25 pada 25' terhadap tekanan darah, tabiat merokok, obesiti dan diabetes dapat dicapai.

Bagi membantu pemimpin dalam bidang kesihatan menggubal amalan dengan tujuan untuk mencapai sasaran ini dan melindungi kelompok ini daripada kematian awal akibat penyakit kardiovaskular, kajian tersebut menyediakan beberapa saranan, termasuk undang-undang bebas asap rokok, mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap produk tembakau dan menyediakan peraturan pengiklanan yang lebih ketat, mengurangkan jumlah sodium dalam makanan yang diproses, mengadakan lebih banyak kempen kesedaran awam dan menyediakan dana untuk terapi ubat-ubatan serta kaunseling buat individu yang pernah mengalami serangan jantung atau strok atau berhadapan dengan risiko yang tinggi terhadap kedua-dua penyakit ini.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Circulation AHA menjelang Kongres Kardiologi dan Kesihatan Kardiovaskular Sedunia anjuran Persekutuan Jantung Sedunia yang diadakan dua kali setahun di Bandar Raya Mexico, pada 4-7 Jun.

Profesor David Wood, Bakal Presiden Persekutuan Jantung Sedunia dan pengarang bersama kajian tersebut berkata: "Kesimpulan daripada kajian ini adalah jelas: bagi mengelakkan orang ramai mengalami kematian awal akibat penyakit kardiovaskular, kita memerlukan keazaman politik dan komitmen yang teguh daripada pemimpin bidang kesihatan bagi melaksanakan strategi yang progresif secara serta merta."

Source: World Heart Federation
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit Survey, Polls & Research