omniture

Lanson Place Lantik Albert Hong sebagai Pengurus Besar Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences di Shanghai

Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-06-03 14:23 584

HONG KONG, 3 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan En. Albert Hong sebagai Pengurus Besar Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences di Shanghai.

En. Albert Hong, Pengurus Besar Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences, Shanghai
En. Albert Hong, Pengurus Besar Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences, Shanghai

Sebelum menyertai Lanson Place, En. Albert Hong merupakan Pengarah bahagian Jualan & Pemasaran di Park Hyatt Shanghai. Albert memanfaatkan pengalaman luas dalam bidang hospitaliti selama 18 tahun apabila berkhidmat dengan Lanson Place, termasuk bersama sejumlah besar syarikat hotel mewah antarabangsa seperti Hyatt International, Starwood Hotels & Resorts Worldwide, dan The Regent di Hong Kong serta tanah besar China; antara hotel yang pernah menggunakan khidmat beliau, yang mana lebih 8 tahun beliau memegang jawatan kanan bahagian jualan & pemasaran.

Selain kepakaran teknikal dan kemahiran kepimpinan Albert yang mantap, sepanjang 10 tahun bertugas dengan Hyatt, Albert memperoleh kefahaman yang tinggi tentang suasana perniagaan di China dan menjalin hubungan kerja yang penuh hormat bersama pemilik perniagaan tempatan, tenaga kerja serta rakan niaga.

En. Albert Hong ialah seorang warganegara China dan dilahirkan di Hong Kong. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, mengkhusus dalam bidang Pemasaran Strategik di University of Hull, United Kingdom dan juga berkelulusan Diploma dalam Pengurusan Hotel daripada Institut Hotelier "Cesar Ritz", Switzerland.

Albert fasih berbahasa Kantonis, Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Jerman asas. Pada masa lapang, beliau gemar membaca serta melancong dan beliau amat gemar untuk menikmati wain serta menjamu selera semasa melancong.

Latar Belakang Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences

Dengan lokasinya di tengah-tengah Daerah Huangpu, Shanghai, Lanson Place Jinlin Tiandi Serviced Residences terletak berhadapan dengan kawasan menjamu selera dan hiburan Xintiandi yang bergaya serta bersejarah, selain kawasan tasik yang menenangkan. 5 minit berjalan kaki menelusuri jalannya terletak Jalan Huaihai, sebuah lebuh hias dengan gedung membeli belah, restoran dan kedai-kedai yang bergemerlapan. Hartanah tersebut menyediakan 106 buah pangsapuri dengan tiga buah bilik tidur dengan susun atur yang menarik, perabot kontemporari, serta bilik mandi dan dapur yang serba lengkap. Hartanah tersebut juga menyediakan kolam renang air panas di dalam bangunan, gimnasium yang lengkap, Ruang Rehat untuk Penginap, Pustaka DVD, Pusat Perniagaan yang menyediakan komputer dan tempat letak kereta berbumbung berserta pengawasan CCTV.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), iaitu sebuah syarikat senaraian awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini mengurus sebelas hartanah (Wing Tai memiliki entiti dalam tiga hartanah tersebut) menerusi jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri berservis mewah di Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan juga Singapura, selain hotel-hotel butik di Hong Kong.

Umumnya, hartanah Lanson Place terletak berdekatan dengan kawasan pusat perniagaan serta kawasan membeli belah dan juga hiburan yang mewah. Lanson Place bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang memberi perhatian dan dikhususkan kepada pelanggan dengan ciri-ciri kemudahan hotel mewah berserta keselesaan dan juga privasi kediaman peribadi.

Syarikat ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus meninjau peluang pelaburan dan pengurusan khususnya di bandar-bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160601/8521603552

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:0369
Keywords: Hotels and Resorts Travel Personnel announcements