omniture

GCL di China Mengadakan Pameran sempena Acara Tenaga Boleh Diperbaharui Asia 2016

Menteri Tenaga Thailand kunjungi reruai GCL semasa acara tersebut
GCL
2016-06-03 23:25 437

BANGKOK, 3 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Acara Tenaga Boleh Diperbaharui Asia 2016 selama empat hari secara rasminya bermula di Bangkok pada 1 Jun. Sempena hari pertama bagi acara ini, Menteri Tenaga Thailand, Jeneral Anantaporn Kanjanarat serta barisan delegasi beliau mengunjungi reruai GCL System Integration Technology Co. Ltd, dan terlibat dalam perbincangan bersama naib presiden GCL, En. Hu Huiming. Anantaporn memuji GCL atas usaha yang diperlihatkan dalam menyediakan tenaga bersih sejak beberapa dekad lalu, dan menyatakan kesediaan beliau untuk giat menyokong usaha kerjasama GCL dalam sektor tenaga bersih di Thailand.

Menteri Tenaga Thailand mengunjungi reruai GCL
Menteri Tenaga Thailand mengunjungi reruai GCL

 

GCL pamerkan modul Sapphire miliknya
GCL pamerkan modul Sapphire miliknya

En. Hu Huiming turut menyatakan hasrat syarikat yang tulus untuk memberi sumbangan kepada usaha pembangunan tenaga suria Thailand, dan seterusnya mendedahkan bahawa syarikat tersebut kini sedang menubuhkan pasukan tempatan di Thailand selain merancang untuk melabur dalam sektor pengeluaran negara tersebut. Selain itu, syarikat itu menegaskan keinginannya dalam menjalin kerjasama dengan pihak Thailand dalam usaha pembangunan dan penggunaan tenaga bersih.

GCL memperkenalkan produk utamanya, termasuk pakej modul dan sistem suria yang berkecekapan tinggi ke Thailand. Modul berkepadatan tinggi Sapphire yang dipatenkan GCL menampilkan ciri-ciri output kuasa melebihi 350W serta kecekapan modul sebanyak 17.3%. Teknologi Sapphire turut menyediakan output kuasa yang 11% lebih tinggi berbanding modul biasa yang memiliki sel yang sama, dan merapatkan jurang antara kecekapan modul dan kecekapan sel antara 2% hingga 0.3%.

Sejak ditubuhkan GCL berkembang maju di luar pasaran negaranya dan berjaya mencapai beberapa kejayaan dari segi kemajuan dan pengembangan. En. Hu berkata pada pameran tersebut, GCL menerima pengiktirafan yang tinggi menerusi teknologi, jenama dan produk yang dihasilkannya. Syarikat tersebut dijangka akan meningkatkan jualan secara signifikan bermula pada tahun 2015 menerusi usahanya mengembangkan saluran pengedarannya ke seluruh dunia, khususnya di AS, Asia Tenggara, Australia, Jepun, Afrika, Amerika Selatan dan juga pasaran-pasaran utama yang lain.

Latar Belakang GCL System Integration Technology Co. Ltd

GCL System Integration Technology Co. Ltd (Saham Shenzhen 002506) (GCL System) ialah sebahagian daripada GCL group (GOLDEN CONCORD Group), merupakan antara syarikat tenaga 500 Terbaik di dunia yang mengkhusus dalam pengeluaran kuasa bersih yang mampan. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu, kini menggaji 20,000 kakitangan. GCL membekalkan 35% daripada hasil kapasiti wafer dunia keseluruhan, dengan 30% daripada bahagian pasaran tersebut terdiri daripada silikon, selain memiliki aset global bernilai hampir USD$16 bilion.

Dengan lebih 5 GWPV kapasiti bekalan modul, GCL System komited untuk menjadi syarikat tenaga suria yang terkemuka di dunia. Syarikat ini turut menyediakan sistem tenaga pusat sehenti, termaju dan bersepadu. Menerusi operasi kapasiti rantaian Industri PV Vertikal yang bersepadu sepenuhnya, GCL System menyediakan asas perniagaannya menerusi pembangunan pakej penyelesaian suria yang terkini, merangkumi REKAAN-PRODUK- PERKHIDMATAN.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160601/0861605351-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160601/0861605351-b

Source: GCL
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news