omniture

Decatur Menangi Projek Pendaftaran Kenderaan dan Nombor Plat di Nepal

Decatur
2016-06-04 02:23 142

LONDON, 4 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Jabatan Pengurusan Pengangkutan (DOTM) Nepal berjaya memenangi projek bernilai 44 juta Dolas AS, bagi 'Bekalan dan Penyerahan Plat Kenderaan Cetakan Timbul Tinggi Keselamatan termasuk Pemeribadian, Pendaftaran dan Infrastruktur IT' kepada Decatur, peneraju dunia bagi pengeluaran dan pelaksanaan Penyelesaian Pengurusan Identiti. Pelbagai vendor antarabangsa yang terkemuka turut terlibat dalam proses membida pada Januari. Namun begitu, Decatur dipilih sebagai penyelesaian yang paling patuh dan inovatif. Majlis menandatangani perjanjian kontrak diadakan pada 1 Jun 2016 di ibu pejabat DOTM di Minbhawan, Kathmandu.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160602/374833 )

Projek tersebut akan memudahkan proses pendaftaran kenderaan dan maklumat pemilik, mewujudkan pangkalan data negara, dan menyediakan nombor plat yang tinggi keselamatan selain tag RFID. Nombor plat dan tag RFID dapat membantu pihak polis membanteras jenayah dan memelihara undang-undang serta perintah. Decatur akan turut menyediakan penyelesaian yang menyeluruh termasuk pengurusan projek, sokongan serta latihan.

"Setelah berjaya melaksanakan penyelesaian pengenalan kenderaan kami di negara-negara serata Eropah, Asia dan Afrika, kami gembira kerana dapat berkhidmat untuk warga Nepal," kata En. Goffin, Presiden Decatur. Decatur merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam membangunkan penyelesaian yang inovatif bagi membantu menangani cabaran yang sentiasa berubah menerusi sektor pengurusan identiti. Teknologi milik mereka dipatenkan oleh Pejabat Paten AS.

En. Shrestha, Ketua Pengarah DOTM berkata, "Kami amat teruja kerana dapat menyediakan penyelesaian yang cukup canggih untuk negara kami. Kami berbesar hati kerana jalinan kerjasama dengan Decatur dapat membantu menetapkan trend yang penting dalam menuju wawasan e-kerajaan Nepal. Kami berharap dapat memanfaatkan sistem pengurusan pengenalan yang terkini oleh Decatur yang bertujuan untuk membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan buat rakyat negara kami."

Latar Belakang Decatur 

Decatur ialah sebuah syarikat IT global yang mengkhusus dalam produk serta perkhidmatan pengurusan identiti melibatkan penyelesaian siap guna untuk ID Kebangsaan, E-Pasport, Sistem E-Undi, Sistem Pendaftaran Kenderaan Elektronik, Lesen Memandu, Kawalan Sempadan dan Imigresen, serta Sistem Pemadanan Biometrik.

Projek-projek yang turut dimenangi oleh Decatur termasuk 'Sistem dan Pendaftaran Kebenaran Marijuana untuk Tujuan Perubatan' untuk Jabatan Kesihatan di Negeri Washington, AS; 'Pendaftaran Lesen Memandu, Penyerahan, Fungsi Berkaitan dan Pengurusan Pemeriksaan' untuk Republik Tajikistan serta 'Penyelesaian Automatik untuk Pengeluaran dan Pengedaran Plat Lesen', untuk Republik Moldova. Selain itu, Decatur kini melaksanakan penyelesaiannya di negara-negara lain termasuk Bangladesh, Kenya dan Myanmar.

http://www.decatureu.com

office@decatureu.com

info@decatureu.com

Source: Decatur
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Transportation Contracts