omniture

NOMADD, Syarikat Baharu Berasaskan KAUST Mengakhiri Pusingan Pelaburan Berjumlah $1 Juta menerusi Dana Inovasi KAUST

KAUST
2016-06-04 03:36 353

THUWAL, Arab Saudi, 4 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Syarikat baharu berasaskan KAUST, NOMADD (Alat Pembersihan Mekanikal yang Automatik TANPA Air) baru-baru ini telah menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri A daripada Dana Inovasi KAUST (Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah) berjumlah USD 1,000,000. NOMADD ialah sistem pembersihan panel suria padang pasir yang pintar dan mementingkan ekologi, dibangunkan di KAUST oleh Georg Eitelhuber, iaitu pengasas dan ketua pegawai teknologi terkini NOMADD.

NOMADD memperoleh pembiayaan awal dan perlindungan IP daripada KAUST dan bantuan kewangan terbaharu ini akan membolehkannya untuk terus mengukuhkan pengaruhnya di Arab Saudia, selain menggajikan kakitangan utama dan menjalankan aktiviti pengujian bersama bakal pelanggan.

"Teknologi pengurangan debu NOMADD akan membantu menjadikan tenaga suria lebih berdaya maju di rantau GCC, salah satu pasaran global utama bagi tenaga suria dalam tempoh beberapa dekad akan datang. Kami mengucapkan terima kasih atas undi percaya yang diberikan dan berharap dapat mengkomersialkannya tidak lama lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif NOMADD, Jos van der Hyden.

"Menerusi pelbagai pilihan programnya yang strategik, kemudahan dan kakitangan terbaik, selain peluang pembiayaan untuk syarikat baharu, ekosistem inovasi KAUST membantu syarikat baharu mempertingkat teknologi mereka yang mampu mengubah industri," tambah Mark Crowell, naib presiden bahagian Pembangunan Inovasi dan Ekonomi KAUST. "Kami berbesar hati kerana dapat mengadakan pusingan pembiayaan ini untuk NOMADD dan seterusnya dapat menyediakan keseluruhan dana modal teroka di Arab Saudi."

"Pelaburan ini adalah yang pertama dalam siri pelaburan berasaskan teknologi yang memperlihatkan komitmen berterusan kami untuk membangunkan dan membantu kelompok syarikat-syarikat baharu tempatan yang baru bermula," kata Nicola Bettio, pengurus Dana Inovasi KAUST. "Kami ingin menjadi rakan kerjasama dalam tempoh jangka panjang bersama syarikat baharu yang menerima pelaburan daripada kami: kami bukan sekadar memperoleh pegangan saham minoriti, bahkan kami turut menyokong usaha pembangunan syarikat-syarikat ini melalui panduan strategik serta sokongan operasi yang berterusan."

Latar Belakang Dana Inovasi KAUST  

Pembangunan Inovasi & Ekonomi KAUST membantu memaksimumkan sumbangan KAUST terhadap usaha mempelbagaikan ekonomi Kerajaan Arab Saudi dan transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Salah satu aktiviti utamanya iaitu Dana Inovasi KAUST, membantu memberi sokongan kepada syarikat-syarikat baharu yang berasaskan teknologi daripada peringkat awal serta melabur dalam syarikat-syarikat teknologi antarabangsa yang berprofil tinggi yang bersedia menubuhkan operasi mereka di Arab Saudi serta memanfaatkan hasil penyelidikan KAUST.

Latar Belakang KAUST   

Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (KAUST) ialah sebuah universiti penyelidikan peringkat siswazah bertaraf antarabangsa yang berada di Arab Saudi. KAUST memajukan sains dan teknologi melalui usaha penyelidikan, pendidikan dan inovasi antara pelbagai bidang. http://www.kaust.edu.sa

Source: KAUST
Keywords: Alternative Energies Green Technology Utilities Financing agreements