XUZHOU, China, 4 Jun 2016 /PRNewswire/ -- XCMG mengumumkan pada 7 Mei lalu yang ia akan menjalin kerjasama dengan Aliyun, iaitu penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan Alibaba Group Holding Limited, bagi membangunkan XCMG-Cloud, sebuah platform awan perindustrian yang amat inklusif, berasaskan data serta sistem maklumat lengkap XCMG menerusi revolusi Industri 4.0. XCMG-Cloud akan digunakan untuk berkongsi data yang besar dan menyokong usaha penumpuan global yang seterusnya.
"Cara pemikiran berasaskan internet dapat mengatasi perbezaan antara individu, syarikat, industri dan negara, selain menyelaras lebih banyak sumber untuk tujuan mewujudkan 'ekosistem' yang dapat memanfaatkan semua pihak dalam menelusuri usaha pembangunan yang mampan," kata Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG. "XCMG bertanggungjawab untuk mengambil langkah pertama."
XCMG melancarkan projek-projek penting pada tahun 2009 untuk menaik taraf sistem maklumat syarikat, menghubungkan antara penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan rantaian bekalan serta menghimpunkan 150 terabait data besar industri.
Sistem ini kini diguna pakai dalam pelbagai segmen seperti pengeluaran pintar, diagnosis jarak jauh serta perkhidmatan selepas jualan dan bakal menjadi asas yang kukuh untuk menyokong pembangunan peringkat awal platform awan XCMG-Cloud yang asas.
Seterusnya, XCMG akan membina sebuah pusat perkhidmatan perkongsian bersama Aliyun, termasuk divisyen untuk pengguna, algoritma, perdagangan, penilaian dan logistik bagi mencapai pembangunan dan pengurusan yang modular. Kesemua syarikat dalam rantaian industri akan dapat memanfaatkan aplikasi terbuka yang dibawakan oleh XCMG-Cloud termasuk awan, e-dagang, rantaian bekalan pintar, kilang pintar serta khidmat sosial.
"Pengkomputeran awan memiliki potensi pasaran yang lebih besar di China," ulas Jin Jie, pengurus besar, Aliyun cawangan Nanjing. "Perusahaan mengambil masa untuk memahami dan menerima pakai teknologi baharu, namun XCMG berkongsi idea dan matlamat kami untuk membangunkan platform Predix China."
Dengan XCMG-Cloud, XCMG menyediakan model baharu untuk pembangunan masa depan industri pengeluaran yang menggabungkan teknologi internet dan syarikat yang berasaskan platform, merevolusikan produk sedia ada dan model pasaran yang amat bergantung kepada teknologi teras.
"Dengan mewujudkan platform pengkomputeran awan yang tiada tandingan untuk aplikasi industri Cina serta membangunkan 'ekosistem' awan pertama yang inovatif, XCMG akan menerajui proses peralihan ini dan menaik taraf perusahaan pengeluaran di China," ujar Wang.
Latar Belakang XCMG
XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kelima dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 170 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.