omniture

SACEM dan SOCAN Tandatangani Perjanjian Rentas Atlantik Terulung

SACEM
2016-06-06 08:27 261

LONDON, 6 Jun 2016 /PRNewswire/ --

  • SACEM memperoleh mandat antarabangsa daripada persatuan hak muzik, SOCAN untuk mengurus hak kepentingan di Eropah
  • SACEM akan mewakili jualan pelesenan dan pemprosesan Eropah bagi pertubuhan hak muzik di Amerika Utara
  • SOCAN ialah MRO Amerika Utara pertama memberi mandat kepada persatuan kolektif Eropah

Sacem, persatuan hak kepentingan penulis Perancis dan SOCAN, Persatuan Komposer, Penulis & Penerbit Lagu Kanada, hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian yang memberi kepercayaan kepada Sacem untuk mengendalikan dan menghimpunkan Pemprosesan Isyarat Digital (DSP) pelbagai kawasan di Eropah berkenaan hak membuat persembahan bagi lebih 135,000 ahli yang terdiri daripada pencipta dan penerbit lagu Persatuan Kanada.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160602/375009 )

Perjanjian ini merupakan perjanjian yang pertama, memandangkan Sacem bakal menjadi persatuan pertama di Eropah yang diberi kepercayaan untuk mewakili hak kepentingan digital bagi pertubuhan hak muzik Amerika Utara berkaitan lesen pan-Eropah, menambahkan skala perwakilan yang dibuat oleh Sacem yang terdiri daripada 157,000 pencipta dan penerbita lagu atau melalui mandat sedia ada seperti UMPI atau Wixen Publishing. Perjanjian ini akan memberi faedah serta merta buat ahli-ahli SOCAN kerana ia dapat menyediakan satu pusat pengumpulan yang unik, selain menjamin ketelusan, kepantasan dan kecekapan pengurusan hak mereka.

Sacem ialah ahli pengasas Armonia, hab pelesenan muzik dalam talian Eropah yang pertama dan mandat oleh SOCAN/Sacem akan dikendalikan melalui platform Armonia. Menerusi rangka kerja ini, SOCAN akan menyertai komuniti Armonia dan memberi faedah serta merta, bermula dengan kemudahan untuk berunding menerusi satu suara bersama pihak penyedia perkhidmatan digital dan perkhidmatan pemprosesan yang menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pengayaan data secara automatik, yang membantu memberikan pengenalan hasil ciptaan yang lebih tepat dan instrumen BI.  

Jean-Noël Tronc, Ketua Pegawai Eksekutif Sacem mengulas: "Kami amat gembira dengan keputusan SOCAN, yang memperlihatkan komitmen kami untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan digital sebagai sumber pendapatan dalam talian yang adil dan juga telus buat penulis lagu, komposer serta penerbit lagu. Perjanjian antara Sacem/SOCAN akan menambah baik komuniti Armonia, yang buat pertama kali berkembang di luar Eropah."

Eric Baptiste, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAN mengulas: "Perjanjian ini menandakan lebih 135,000 ahli SOCAN akan menerima manfaat yang besar hasil usaha pengesanan royalti yang terus dipertingkat dalam pasaran muzik Eropah yang kian berkembang. Hasil daripada jalinan kerjasama ini, kami berharap dapat memberi pulangan yang lebih baik buat para penulis lagu, komposer dan penerbit lagu di Kanada, serta membolehkan kami mengambil bahagian dengan lebih serius dalam pasaran global baharu ini."

Latar Belakang Sacem 

http://www.sacem.fr/en  

Persatuan Penulis, Komposer dan Penerbit Lagu (Sacem) bermatlamat untuk mewakili dan mempertahankan hak kepentingan ahli-ahlinya dalam mempromosikan ciptaan lagu menerusi sebarang bentuk. Matlamat utamanya adalah untuk mengumpul royalti dan mengagihkannya kepada para penulis, komposer dan penerbit lagu yang hasil ciptaannya tersebar atau diterbitkan semula.

Pada tahun 2015, Sacem mengagihkan royalti kepada 293,000 penulis, komposer dan penerbit lagu di seluruh dunia menerusi lebih 2 juta hasil ciptaan.

Latar Belakang SOCAN  

http://www.socan.ca

SOCAN ialah sebuah pertubuhan berasaskan ahli yang mewakili hak membuat persembahan warga Kanada yang terdiri daripada lebih empat juta pencipta dan penerbit lagu dari Kanada dan seluruh dunia

Hubungi
SACEM
Sandra Valerii
Mob : +337-84-37-65-75
sandra.valerii@sacem.fr

Anna Younger
Instinctif Partners
Tel : +44(0)207-457-2020

SOCAN
Andrew Berthoff
+1-416-442-3836
berthoffa@socan.ca  

Sumber: SACEM

Source: SACEM
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Licensing/marketing agreements