omniture

Pembesar Suara Bluetooth MIFA Kini Merupakan Dwi Pembesar Suara Bluetooth Fungsi Stereo Terkecil Di Dunia

MIFA
2016-06-08 02:15 546

SHENZHEN, China, 8 Jun 2016 /PRNewswire/ --- MIFA, pembangun dan pengeluar terkemuka bagi produk audio kegunaan luar tanpa wayar, mengumumkan pelancaran rasmi Pembesar Suara Bluetooth Stereo M1. Produk terkini daripada MIFA ini kini menjadi dwi pembesar suara dengan fungsi Bluetooth terkecil di dunia.

MIFA M1 SIX COLORS
MIFA M1 SIX COLORS

Produk yang dikeluarkan ini dapat membantu penggemar muzik menikmati lagu dalam suasana bermuzik yang selesa, walau di mana mereka berada. Anda boleh mendengar muzik sambil bergerak, sama ada lagu daripada komposer Johann Sebastian Bach atau penyanyi Justin Bieber

Pocket Max Boom

Bum Maksimum Bersaiz Poket 

Pembesar Suara Bluetooth Stereo M1 bergaya dengan saiz kecil iaitu seberat 225 gram sahaja. Dengan ini, pembesar suara ini bersifat mudah alih dan anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja bersama anda: ke kelas, taman, mahupun pejabat. Walaupun bersaiz kecil, ia dapat memberikan bunyi rock stereo kepada pendengar dengan kualiti yang boleh dibanggakan oleh mana-mana penggemar muzik. Ini terhasil menerusi dua pemacu pembesar suara dan satu radiator yang pasif pada bahagian dalamnya.

Reka bentuknya adalah ringkas, namun bersifat klasik manakala mutu buatannya adalah begitu sempurna. Anda berpeluang membuat beberapa pilihan warna yang disediakan, termasuk hitam, biru, kuning, putih, merah jambu dan juga hijau.

Pembesar suara ini mempunyai fungsi Bluetooth 4.0 atau kad mikro SD dan ini membolehkan dua pembesar suara ini dihubungkan dengan mana-mana peranti elektronik. Dengan bateri polimer 950mAh boleh cas semula yang terbina dalam, pengguna boleh menikmati muzik sehingga enam jam lamanya menerusi tahap kelantangan biasa. Maka, anda tidak perlu bimbang tentang kehabisan kuasa bateri.

Bukan Sekadar Untuk Muzik 

MIFA memastikan Pembesar Suara Bluetooth Stereo M1 mampu menyediakan fungsi selain untuk memainkan muzik sahaja. Sama ada anda seorang ahli profesional atau pelajar, dua pembesar suara ini dilengkapi pelbagai ciri untuk dimanfaatkan sejurus anda mendapatkannya.

Fungsi pembesar suara telefonnya membolehkan pengguna menikmati perbualan telefon yang jelas secara tanpa wayar dan bebas pegang melalui gesaan suara yang hebat. Peranti ini mempunyai mikrofon berdefinisi tinggi dan fungsi membatalkan hingar yang membolehkan anda menjawab atau menamatkan panggilan tanpa menggunakan tangan anda.

Anda perlu bangun awal pagi? Jangan bimbang. Anda boleh menggunakan pembesar suara Bluetooth ini sebagai jam loceng dan apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi tersebut.

Sekolah, Tugasan atau Aktiviti Luar 

Jika anda ingin meningkatkan kualiti bunyi muzik anda atau perbualan melalui telefon, maka Pembesar Suara Bluetooth Stereo M1 ialah peranti yang anda cari.

Peranti buatan MIFA ini adalah hadiah sempurna untuk sebarang majlis. Dengan musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi, apa kata hadiahkan pelajar sekolah menengah atau kolej dengan peranti yang hebat ini? Mereka boleh bersama-sama mendengar lagu dengan rakan sekelas mereka.

Irama jiwa sentiasa boleh didengari dengan Pembesar Suara Bluetooth Stereo M1.

Sebarang maklumat lanjut sila layari http://www.mifa.net/ 

Latar Belakang MIFA:

MIFA menumpukan usaha dan sumbernya terhadap pembesar suara Bluetooth luar lapangan selama lapan tahun. Kakitangan syarikat yang terdiri daripada jurutera dan pembangun berasal daripada pelbagai jenama terkenal seperti Sony dan Phillips. Purata usia tenaga kerja syarikat ini ialah 28 tahun, dengan itu pembangun berusia muda tahu apa yang diinginkan oleh pengguna daripada golongan muda terhadap kelengkapan audio mereka. MIFA berusaha memenuhi kehendak pendengar muzik yang setia serta kumpulan amatur dalam bidang muzik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160606/0861605514

Source: MIFA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services