SHANGHAI, 8 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China (Inter Lubric China) akan menyambut ulang tahun kali ke-17nya ketika acara ini dilangsungkan di Kompleks Pameran Import dan Eksport Guangzhou China bermula pada 20-22 September 2016.
Ditaja oleh SINOPEC Lubricant Company, PetroChina Lubricant Company serta CCPIT Shanghai, dan dianjurkan oleh Intex Shanghai, Inter Lubric China diadakan setiap tahun di Beijing, Guangzhou, Shanghai sejak 16 tahun lalu, dan berjaya menarik lebih 2,000 pempamer serta lebih 70,000 pengunjung profesional yang terdiri daripada pengeluar, peniaga, pengedar serta pengguna akhir. Inter Lubric China diiktiraf sebagai pameran paling berwibawa, berskala besar, bertaraf antarabangsa dan profesional dalam industri pelincir.
Setakat ini, SINOPEC, PetroChina, ExxonMobil Chemical, ENEOS, ENI, ENEOS, PRINCE, EMERY, NACO, OTL, JAMA, SEANON, HANDIOIL, API, KLK, BASF, SASOL, HANDI, NACO, EUBO, ITALMATCH, TIANHE, PCAS, TRCC, Rhein Chemie dan banyak lagi syarikat terkenal yang lain telah mengesahkan penyertaan mereka.
Produk-produk yang akan dipamerkan termasuk produk pelincir automotif dan produk penyelenggaraan bahan kimia automotif, minyak pelincir dan gris untuk industri, pelincir dan cecair untuk logam, bahan antikarat, bahan tambahan pelincir dan minyak asas, sistem dan jentera pelincir, pembungkusan, peralatan pengisian dan pencampuran untuk penghasilan pelincir, pengujian, kawalan kualiti, teknologi penilaian kitar semula dan peralatan untuk produk pelincir, sumber manusia berkaitan pelincir, perundingan, media dan banyak lagi.
Inter Lubric China juga menawarkan pelbagai program sampingan yang berkualiti berkaitan trend industri, teknologi dan pemasaran. Sejak 16 tahun lalu, terdapat lebih 80 seminar dan persidangan diadakan sepanjang pameran itu. Inter Lubric China 2016 akan turut membawakan lebih banyak acara utama, termasuk:
Hubungi Kami :
Cik Apple Gu
TEL: +86-21-6295-2132
FAKS: +86-21-6278-0038
EMEL: guyuan@intex-sh.com
Laman Sesawang: www.interlubric.com