omniture

Pertandingan Rekaan Inovasi Hijau Piala XCMG Fokus Terhadap Teknologi Pembersihan Alam Sekitar

XCMG
2016-06-10 01:51 439

XUZHOU, China, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pertandingan reka bentuk inovasi hijau XCMG (Piala XCMG), yang dilancarkan oleh pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan yang terkemuka, XCMG, diadakan secara rasmi pada 8 Jun serentak dengan pelancaran laman sesawangnya yang berbahasa Inggeris: www.en.xcmg-cloud.com/

Para pelajar dan bakat-bakat yang kreatif dari serata dunia dialu-alukan untuk memohon dan menghantar rekaan mereka bagi menyertai pertandingan ini dalam bidang rekaan peralatan pembersihan untuk alam sekitar, seperti peralatan dan penyelesaian untuk pembersihan jalan raya, rawatan sisa pepejal dan kawalan terhadap alam sekitar.

Salah satu daripada 14 projek kebajikan awam terkemuka yang disusun rapi di peringkat global, Piala XCMG akan memberi tumpuan terhadap teknologi hijau dan alam sekitar selain mencari bakat-bakat baharu agar dapat terus memajukan serta menaik taraf industri ini.

Mengulas tentang inisiatif baharu itu, Liu Xianfang daripada Institut Penyelidikan XCMG berkata, "Piala XCMG mencari peluang untuk menghasilkan semula model penyumberan ramai untuk teknologi yang menggalakkan kaedah pemikiran balikan dan menyumbang saran idea-idea baharu bagi memungkinkan pencapaian yang dilihat mustahil. Kami ingin menjemput para peserta luar negara untuk membantu kami ke arah mencapai matlamat pembangunan masa depan melalui teknik pembuatan yang paling maju dan inovatif."

Tema bagi pertandingan ini iaitu 'mengubah dunia menerusi perkhidmatan awan' turut mencerminkan projek usaha sama XCMG baru-baru ini, iaitu XCMG-Cloud, dengan kerjasama Alibaba Cloud. XCMG-Cloud ialah hab data dan maklumat industri yang tiada tandingan, yang akan mengehos serta berkongsi sejumlah besar data untuk revolusi Industri 4.0, internet baharu, teknologi pengkomputeran awan dan juga industri pembuatan bagi tujuan menyediakan peluang-peluang baharu.

"Bagi menggalakkan orang ramai untuk berfikir dengan lebih kreatif, Piala XCMG akan mengguna pakai model dalam talian yang serba baharu bagi menganjurkan pertandingan sebenar melalui perkhidmatan awan," tambah Liu. "Tidak wujud sebarang batasan apabila menyelesaikan masalah industri dengan fikiran yang terbuka serta secara berpasukan, dan pertandingan ini menjadi asas untuk XCMG membangunkan platform awan yang serba baharu."

Pendaftaran secara dalam talian bagi menyertai pertandingan Piala XCMG ini berakhir pada 15 Ogos dan para pereka boleh menghantar hasil kerja mereka antara 15 Julai dan 15 Ogos. Panel juri yang pakar akan menilai semua penyertaan dan memilih peserta yang layak bagi memasuki pusingan akhir pertandingan tersebut, yang bakal diadakan di ibu pejabat XCMG bermula pada 13-15 Oktober.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kelima dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 170 buah negara dan rantau di seluruh dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation