omniture

Hublot Cipta Sejarah dengan Membawakan 2 Legenda Pelé dan Maradona sempena Perlawanan Sekali Seumur Hidup yang Bersejarah!

HUBLOT
2016-06-10 03:19 287

PARIS, 10 Jun 2016/PRNewswire/ --

Pada malam menjelangnya UEFA EURO 2016™, sejurus sebelum berlangsungnya perlawanan penting sempena Kejohanan Bola Sepak Eropah dengan Hublot selaku Jam Tangan Rasminya, pembuat jam tangan Switzerland ini membawakan dua pasukan baharu untuk berentap dalam satu perlawanan bersejarah. Barisan pemain bola sepak yang belum pernah dilihat sebelum ini, serta menjadi impian para peminat sukan bola sepak. Wujudnya saat-saat penting dalam arena sukan bola sepak yang kekal selamanya, dan Hublot bakal melakarkan saat itu.

"Kita semua mengimpikan satu pasukan bola sepak yang ideal, melihat para pemain kegemaran kita bermain bersama-sama dalam satu pasukan. Peluang melihat dua pesaing terhebat sepanjang zaman bersatu dalam satu pasukan sempena satu perlawanan bersejarah, mencetuskan kegirangan terhadap bola sepak yang sememangnya menyemarakkan semangat selama ini. Ia satu keistimewaan buat kita semua. Perlawanan ini merupakan salah satu daripada detik-detik "tidak rasmi" yang saya pilih sebagai "detik EURO" kesukaan saya. Ini merupakan satu perlawanan yang benar-benar memperlihatkan penglibatan Hublot serta hubungan yang terjalin sepanjang dekad yang lalu dalam arena sukan bola sepak, menerusi kerjasama dengan kelab bola sepak yang berprestij, jurulatih terkenal, pemain bola sepak yang terunggul serta liga terbaik." 

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

Hublot, jenama mewah pertama yang melabur dalam sukan bola sepak sejak tahun 2008, memilih "écrin" sebagai lokasi yang berprestij. Terletak hanya beberapa meter dari Louvre, di tengah-tengah kawasan Palais Royal dan bersebelahan "Colonnes de Buren", dua pasukan legenda ini akan memulakan perlawanan yang julung kali diadakan ini. Libatkan 2 pemain terbaik sepanjang zaman, 10 pemain legenda dan bintang sukan bola sepak, dan tubuhkan 2 pasukan bagi mengadakan perlawanan persahabatan yang klasik bagi membawakan bersama para pemain yang suatu ketika pernah berentap antara satu sama lain. Para pemain memasuki padang, diikuti dengan Pelé dan Maradona. Diiktiraf sebagai para pemain terbaik sepanjang zaman, dua jurulatih ini bersalaman sebelum memulakan perlawanan. Pada separuh masa pertama, satu sepakan penalti dibuat untuk Yayasan UEFA, "Yayasan UEFA untuk kanak-kanak".

Pasukan Pelé - Ferdinand, Hierro, Dida, Crespo dan Bebeto

Pasukan Maradona - Trezeguet, Peruzzi, Ferrara, Cannavaro dan Seedorf.

Bola Sepak, formula kejayaan Hublot.

Hubungi:
Annabelle Galley
+41-(0)-22-990-90-00
a.galley@hublot.ch

http://www.hublot.com

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375708 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375709 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375710 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375711 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375712 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160606/375717 )

Source: HUBLOT
Keywords: Fashion Jewelry Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements