omniture

Senator Manny Pacquiao Memperoleh Kepentingan dalam GTOKEN

Juara Peninju Dunia Pertama dan Satu-satunya bagi lapan kategori berat yang berbeza dan Senator Filipina yang dilantik baru-baru ini menyokong GTOKEN dalam industri pengiklanan penerbitan permainan mudah alih
GTOKEN
2016-06-10 03:39 606

SINGAPURA, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- GTOKEN, penerbit permainan mudah alih dan platform pengiklanan melalui khidmat penyumberan ramai yang pertama di dunia, mengumumkan Juara Peninju Dunia yang pertama dan satu-satunya bagi lapan kategori berat yang berbeza, dan selaku Senator Filipina, Manny Pacquiao, telah memperoleh kepentingan yang signifikan dalam syarikat ini.

Dari kiri ke kanan: Archie Teo, Eldee Tang, Kenneth Mark Yong, Senator Manny Pacquiao, Ivan Lee dan Arnold Vegafria
Dari kiri ke kanan: Archie Teo, Eldee Tang, Kenneth Mark Yong, Senator Manny Pacquiao, Ivan Lee dan Arnold Vegafria

Dengan memiliki lebih satu juta pengguna setakat ini di seluruh Asia Tenggara, Taiwan dan China, GTOKEN semakin berkembang pesat di seluruh Asia dan kini bernilai kira-kira US$60 juta.

"Sejak dilancarkan di Singapura pada Disember 2014, GTOKEN telah menjalin hubungan dan menerima sokongan yang mantap daripada komuniti permainan mudah alih yang berkembang pesat di rantau ini," kata Kenneth Mark Yong, Ketua Pegawai Eksekutif GTOKEN.

"Kami amat berbesar hati kerana mendapat keyakinan dan kesanggupan Senator Manny Pacquiao untuk melabur dalam wawasan kami bagi membangunkan komuniti khidmat penyumberan ramai yang paling pantas berkembang untuk para pemain, pembangun serta penerbit."

"Sebagai juara dunia dalam bidang sukan profesional dan seorang pejuang sepanjang hayat saya, saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya di peringkat global," kata Senator Manny Pacquiao. "Saya yakin GTOKEN mempunyai semangat juang yang istimewa untuk menjadi salah satu penggiat global terhebat dalam industri permainan mudah alih serta sektor pengiklanan dan saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini."

Pelabur pertama GTOKEN termasuk En. Ivan Lee, ialah seorang usahawan bersiri yang syarikat F&B terdahulunya diambil alih dengan nilai kira-kira SGD$100 juta. En. Ivan juga merupakan pengasas Raging Bull, dana pelaburan swasta yang fokus terhadap teknologi. Seorang lagi pelabur awal, En. Eldee Tang, memainkan peranan penting dalam kejayaan persetujuan ini.

Sebarang pertanyaan mengenai media, sila hubungi:

Rasheed Abu Bakar
The Hoffman Agency
rabubakar@hoffman.com
+65 6361 0250

Latar Belakang GTOKEN

GTOKEN ialah penerbit permainan mudah alih, syarikat pengiklanan mudah alih dan juga komuniti khidmat penyumberan ramai yang paling pantas berkembang. GTOKEN mewujudkan platform permainan dalam talian mereka sendiri, mata wang dan komuniti permainan mudah alih terbuka yang bertujuan untuk memacu trafik serta perolehan melalui pemerkasaan.

Latar Belakang Senator Manny Pacquiao  

Emmanuel "Manny" Dapidran Pacquiao, seorang ahli politik Filipina dan merupakan juara peninju dunia profesional. Beliau ialah salah seorang peninju terhebat sepanjang zaman memandangkan beliau merupakan juara dunia yang pertama dan satu-satunya untuk lapan kategori, selain berjaya meraih sepuluh kejuaraan dunia. Beliau juga merupakan peninju pertama yang memenangi kejohanan lineal dalam lima kategori berat yang berbeza.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160606/8521603656

Source: GTOKEN
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Financing agreements