omniture

Segmen Kesihatan Pengguna bakal Mainkan Peranan Penting dalam Strategi Pertumbuhan Merck di Afrika

Merck
2016-06-10 04:57 421

DARMSTADT, Jerman, 10 Jun 2016/PRNewswire/ --

  • Segmen Kesihatan Pengguna menjadi peneraju bagi rancangan Merck untuk berkembang pesat di benua Afrika dalam tempoh lima tahun akan datang
  • Tahun 2016 bakal menjadi tahun pelaburan di beberapa negara Afrika terpilih oleh segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Merck, dengan fokus terhadap jenama strategik globalnya,  Seven Seas, Nasivin serta Neurobion

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini menggariskan peranan yang bakal dimainkan oleh segmen perniagaan Kesihatan Pengguna menerusi strategi pertumbuhan baharu di Afrika. Merck yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Afrika sejak tahun 1897, mengumumkan objektifnya yang berdaya tinggi iaitu untuk menggandakan jualannya di Afrika agar mencecah kira-kira € 500 juta menjelang tahun 2020, semasa kunjungan oleh Lembaga Eksekutifnya ke sepuluh buah negara Afrika pada November 2015. Sebagai sebahagian daripada strategi ini, tahun 2016 akan menjadi tahun membuat pelaburan di beberapa buah negara Afrika oleh segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Merck. Antara lain, syarikat tersebut turut merancang untuk memberi tumpuan terhadap jenama-jenama strategiknya yang terkenal di seluruh dunia seperti Seven Seas®, Nasivin® and Neurobion® di benua tersebut. Dengan memberi tumpuan terhadap inovasi dan akses kepada kemudahan kesihatan, segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Merck dijangka akan memainkan peranan penting dalam komitmen Merck untuk membantu membentuk keluarga, komuniti dan ekonomi yang sihat di Afrika.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160202/328976LOGO
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160607/376485 )

Uta Kemmerich-Keil, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Merck, mengulas: "Sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan menjadi peneraju dalam strategi pertumbuhan Merck di Afrika, dan segmen perniagaan Kesihatan Pengguna amat komited dalam mewujudkan kesedaran kesihatan di benua ini dan memberi respons kepada keperluan pengguna yang pantas berkembang namun belum dipenuhi dalam kalangan penduduk Afrika."

Kempen Beyond Zero di Kenya

 Di Kenya, jenama yang dipercayai dan inovatif daripada segmen Kesihatan Pengguna, Seven Seas telah pun memainkan peranan penting dalam menyokong kempen Beyond Zero 2016, satu inisiatif yang diterajui oleh Wanita Pertama Kenya, Yang Terutama Margaret Kenyatta untuk menangani masalah malnutrisi dengan aktif. Di negara yang 35% daripada kanak-kanaknya mengalami tumbesaran yang terbantut, Seven Seas, makanan tambahan berasaskan minyak ikan yang kaya dengan zat Omega-3, bergiat aktif bagi menangani isu kekurangan zat makanan. Sebagai sebahagian daripada sokongan negara terhadap kempen Beyond Zero 2016 ini, Seven Seas berkongsi lebih 80 tahun pengetahuannya dalam mendapatkan sumber daripada kekayaan laut bagi membantu kanak-kanak Afrika dalam mengambil vitamin yang disyorkan dan Omega-3 bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal mereka serta perkembangan mental.

Uta Kemmerich-Keil menambah: "Kami menerajui usaha untuk menggalakkan penjagaan kesihatan peribadi serta mendapatkan pemakanan yang baik agar dapat melahirkan generasi yang lebih kuat di Kenya, menerusi pelancaran kempen komunikasi, "Bersatu Melahirkan Generasi yang Lebih Kuat". Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan individu agar membesar menjadi individu, komuniti dan masyarakat yang lebih kuat, secara keseluruhannya, dengan meningkatkan kesedaran awam terhadap masalah kekurangan zat makanan. Pada masa depan, portfolio bagi produk farmaseutikal dengan preskripsi percuma dari kaunter akan  memainkan peranan yang penting dalam membantu menangani keperluan masyarakat Afrika. Jenama Nasivin dan Neurobion daripada kami akan turut menyumbang bersama Seven Seas bagi membantu membentuk keluarga, masyarakat dan ekonomi yang sihat di Afrika."

Pertumbuhan kukuh segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Global 

Segmen perniagaan Kesihatan Pengguna Merck yang dijangka dapat membantu usaha perluasan Merck yang signifikan di benua Afrika, melaporkan jualan bersih global sebanyak €215 juta bagi suku pertama tahun 2016. Ini memperlihatkan pertumbuhan organik 6.1% berbanding pertumbuhan tahun sebelumnya, tidak termasuk kesan urusan tunggal. Empat daripada enam jenama strategik globalnya mengungguli prestasi tahun sebelumnya menerusi Neurobion, Dolo-Neurobion®, Nasivin® dan Femibion yang menjadi penyumbang utama. Lokasi-lokasi utama yang memperlihatkan momentum pertumbuhan yang kukuh terdiri daripada Chile, Peru dan Brazil bagi Amerika Latin, selain Indonesia, India dan juga Thailand bagi Asia Pasifik.

Kesemua Siaran Media Merck diedarkan melalui emel, selain turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila layari http://www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

 Latar Belakang Segmen Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck

Jenama-jenama dalam segmen perniagaan Kesihatan Pengguna, seperti Neurobion®, Bion®, Nasivin®, Seven Seas®, Dolo-Neurobion®, dan Femibion® merupakan peneraju inovatif dalam pasaran utama, disokong oleh sains dan dipercayai oleh pengguna seluruh dunia. Segmen perniagaan Kesihatan Pengguna bergiat aktif bersama lebih 3,700 kakitangan di seluruh dunia menerusi lebih 40 pasaran. Portfolionya terdiri daripada jenama-jenama dengan hasil jualan tahunan mencecah kira-kira $ 1 bilion. Segmen Kesihatan Pengguna merupakan usaha perniagaan dalam sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck Group dengan ibu pejabat globalnya terletak di Darmstadt, Jerman.

Sebarang maklumat lanjut sila layari http://www.merck-consumer-health.com atau https://twitter.com/merck_ch.

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah €12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Pegawai Hubungan Anda
Lars Atorf: +49-6151-856-3114

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Expansion