omniture

iFly Res IBS Menerima Pengesahan Status Tahap 3 bagi Piawaian NDC oleh IATA

IBS Software
2016-06-10 06:03 345

GENEVA, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ --

IBS Software, salah satu pembekal penyelesaian IT yang terkemuka untuk industri pengangkutan udara dunia, diberikan status Tahap 3 bagi 'Piawaian NDC', satu pengesahan tertinggi oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk Sistem Perkhidmatan Penumpang iFly Res (PSS). iFly Res ialah salah satu PSS pertama yang memperoleh pengiktirafan ini. Status ini memperakui bahawa IBS menyokong penugasan melalui maklumat pengurusan tawaran dan tempahan yang skemanya mematuhi skema piawaian maklumat NDC, versi PADIS Publication 15.2. IATA menyediakan satu-satunya program pengesahan industri secara rasmi bagi memenuhi piawaian NDC.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929 )

Keupayaan Pengedaran Baharu (NDC) merupakan satu program yang dilancarkan oleh IATA yang disokong oleh industri pelancongan bagi menangani masalah kekurangan pengagihan sedia ada yang berlaku dalam industri ini. Program ini fokus terhadap pembangunan dan penggunaan pasaran bagi piawaian pemindahan data berasaskan XML yang menyediakan paparan kandungan yang beraneka. Ini membolehkan syarikat-syarikat penerbangan membezakan produk mereka, menjual secara langsung serta melalui saluran tidak langsung seperti GDS atau sistem agensi pelancongan selain mentransformasikan kaedah jualan produk udara dan produk bukan udara kepada pengembara syarikat, pelancong percutian dan perniagaan.

iFly Res IBS dapat mengendalikan semua fungsi utama secara menyeluruh bagi sistem perkhidmatan penumpang syarikat penerbangan, termasuk tempahan oleh penumpang, jadual & kawalan penerbangan, kawalan inventori, tambang & tiket, pengurusan & pengedaran perkhidmatan sampingan yang kompleks serta kawalan berlepas. Menerusi keupayaan yang boleh dikonfigurasikan dan data operasi masa sebenar, penyelesaian ini fokus untuk meningkatkan pengalaman penumpang, kecekapan operasi serta pertumbuhan hasil. iFly Res yang patuh NDC bukan sahaja akan memudahkan syarikat penerbangan mengurus dan mengagihkan tempat duduk dengan mudah, bahkan semua produk sampingan lain dengan hanya menggunakan PSS. Dibangunkan menerusi enjin peraturan yang berkuasa, sistem ini memudahkan dan melancarkan segala urusan syarikat penerbangan dan ini memberi kawalan terhadap matlamat yang ingin mereka capai. Penambahan skema NDC memberi peluang untuk mengurus proses pengagihan secara menyeluruh oleh syarikat penerbangan dan bagi menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

"IBS mengiktiraf potensi NDC yang membolehkan syarikat penerbangan menjalin hubungan yang lebih erat dengan penumpang yang kini mengharapkan interaksi digital yang lebih bermakna. Kami telah membuat pelaburan penting dalam NDC, iaitu dalam kumpulan kerja IATA dan juga pelaburan produk. Kami berbangga kerana menjadi salah satu daripada PSS pertama yang menerima pengesahan Tahap 3 NDC dan akan terus meningkatkan portfolio kami bagi mencapai piawaian NDC dalam usaha perkembangannya," kata Paul Lynch, Ketua Bahagian Perkhidmatan Penumpang, IBS Software.

"Memandangkan semakin banyak syarikat penerbangan kini memilih untuk melaksanakan piawaian NDC, syarikat-syarikat ini akan bergantung sepenuhnya kepada keupayaan rakan IT mereka dalam memberi sokongan terhadap peralihan ini. Menerusi pencapaian status Tahap 3 Piawaian NDC ini, IBS Software memperlihatkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam membantu syarikat penerbangan menyediakan lebih nilai kepada penumpang pengangkutan udara melalui Piawaian NDC," kata Yanik Hoyles, Pengarah IATA, Program NDC.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Sebarang pertanyaan berkaitan media, sila hubungi
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation