omniture

APC Group Diperluas ke Afrika

The APC Group
2016-06-10 08:51 844

GENEVA, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi segmen perladangan global, APC Group - kumpulan syarikat bersekutu yang turut melibatkan Asia Plantation Capital yang merangkul anugerah - kini telah meluaskan pengaruh korporat globalnya dengan menubuhkan Africa Plantation Capital di Kenya, melalui pengambilalihan tanah secara besar-besaran bagi membangunkan ladang buluh yang bernilai tinggi.

Usaha perluasan ini adalah untuk memudahkan pelaburan besar-besaran oleh syarikat ke dalam sektor perladangan perhutanan yang amat penting bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh industri kayu balak dan biojisim di seluruh dunia, selain menggiatkan usaha membangunkan penyelesaian pembuatan yang mampan.

Buluh, tumbuhan paling cepat tumbuh di dunia ini, dan dikenali sebagai ‘tumbuhan ajaib’.
Buluh, tumbuhan paling cepat tumbuh di dunia ini, dan dikenali sebagai ‘tumbuhan ajaib’.

Buluh telah dikenal pasti sebagai salah satu spesies tumbuhan paling mampan di dunia pada masa kini, dan mempunyai pelbagai peluang komersial yang dapat menjana keuntungan. Syarikat tersebut telah membangunkan ladang buluh untuk tujuan komersial di Thailand selama beberapa tahun dan mengurus ladang tersebut bagi pihak pelanggan persendirian, selain menguruskan inventorinya sendiri.

Pada awalnya ditubuhkan untuk menghasilkan pucuk rebung bagi industri makanan di Asia, syarikat tersebut banyak melabur dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, seraya menemui beberapa kegunaan akhir yang baharu (dalam beberapa keadaan, merupakan penemuan baharu) untuk isi buluh dan serat.

Menerusi kerjasama dengan pakar-pakar industri, berserta Lembaga Penasihat Saintifik yang memenangi anugerah dan terdiri daripada antara ilmuan terkemuka di Asia dari universiti dan badan saintifik, Asia Plantation Capital kini percaya ia telah membangunkan program pemeliharaan yang tiada tandingan untuk ladang buluh komersial termasuk produk akhir yang pelbagai dengan penyepaduan vertikal sepenuhnya. Ini bertepatan dengan nilai-nilai teras dan mematuhi etos Asia Plantation Capital serta syarikat-syarikat bersekutu, selain membawakan kisah "Dari Tanah, Menjadi Minyak, Untukmu" ke dalam sektor baharu.

Salah satu daripada pelbagai produk akhir buluh, 'Boo Bike' daripada Plantation Capital Group.
Salah satu daripada pelbagai produk akhir buluh, 'Boo Bike' daripada Plantation Capital Group.

Buluh dikenali sebagai 'tanaman ajaib' dan APC Group berhasrat untuk meneruskan kejayaannya memenangi anugerah yang dicapai dalam sektor perladangan lain - seperti gaharu - dengan membangunkan prospek komersial dan memaksimumkan potensi industri buluh di peringkat global. Secara umumnya buluh dianggap sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk pelbagai masalah alam sekitar, dan sehingga kini, buluh dikomersialkan hanya secara kecil-kecilan.

Bagasi buluh tidak lama lagi bakal dilihat pada tali sawat penyampai di lapangan terbang seluruh dunia.
Bagasi buluh tidak lama lagi bakal dilihat pada tali sawat penyampai di lapangan terbang seluruh dunia.

"Buluh ialah tumbuhan yang menarik perhatian kami di APC sejak bertahun-tahun lamanya," kata Gary Crates, Ketua Pegawai Eksekutif, APC Group, Geneva. "Bukan sahaja kerana senarai kegunaan komersialnya yang semakin bertambah, bahkan kerana fungsi yang boleh dibawanya dalam isu alam sekitar. Buluh merupakan tumbuhan yang tumbuh paling cepat di planet ini, mampu mencapai daya maju yang komersial sebagai sumber makanan dalam tempoh kurang daripada setahun. Buluh juga merupakan satu alternatif yang hebat bagi kayu balak dan biojisim yang biasanya mengambil masa selama 20 hingga 50 tahun untuk membesar dan mencapai tempoh matang. Buluh juga membebaskan lebih banyak gas oksigen ke udara berbanding mana-mana spesies tumbuhan lain, berdasarkan skala masa masing-masing."

Crates meneruskan, "Pada pandangan saya, gelaran sebagai 'tumbuhan ajaib' adalah amat sesuai. Kita masih perlu menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk mengkaji dan menguji spesies ini, bagi membuktikan tumbuhan ini dapat berfungsi dari aspek komersial dan juga pada skala komersial. Langkah seterusnya yang sesuai ialah untuk membangunkan ladang lestari yang amat luas yang dapat membantu menghasilkan pelbagai produk akhir yang menakjubkan."

"Kami telah mengusahakan perkara yang sama untuk spesies lain, dan kami percaya kami berjaya membangunkan model perniagaan terbaik bagi buluh yang memenuhi kriteria yang kami cari untuk melabur dengan banyak dalam suatu sektor. Seperkara yang melambatkan usaha kami," simpul Crates, "ialah pelbagai kegunaan buluh. Makanan, biojisim, arang, papan pembinaan yang direkayasa, bio arang,karbon diaktifkan, kertas, fabrik mewah, kertas tisu, lantai, perkakas dapur dan kediaman, basikal, mahupun bagasi; ini adalah antara yang mampu saya fikirkan. Tiga tahun lalu yang dihabiskan untuk menilai potensi buluh dan memanfaatkan tumbuhan luar biasa ini menjadi produk sebenar dengan tujuan komersial adalah tempoh yang menarik dan bermanfaat buat saya."

Salah satu cabaran untuk pasukan APC Group dalam usahanya untuk mendapatkan buluh yang berdaya maju dan dapat dikomersial pada masa depan, ialah untuk menentukan kawasan terbaik dan paling selamat bagi tujuan membangunkan dan mengendalikan ladang yang luas. Akses mudah kepada pasaran penting menjadi kunci utama, manakala keadaan tanah dan iklim juga turut memainkan peranan penting.

Kenya, dengan iklimnya yang hampir sempurna, tanah yang kaya dengan hasil pertanian dan memiliki industri pertanian yang kukuh, apatah lagi dengan infrastruktur logistik yang hebat merupakan pilihan yang sempurna.

Ladang buluh milik Africa Plantation Capital terletak di kawasan penanaman utama, berhampiran pelabuhan strategik di Mombasa, Kenya.
Ladang buluh milik Africa Plantation Capital terletak di kawasan penanaman utama, berhampiran pelabuhan strategik di Mombasa, Kenya.

Syarikat tersebut kini telah menubuhkan Africa Plantation Capital dan berjaya membeli tanah sebagai usaha pembangunan peringkat awal di Kenya.

"Kami terlibat dalam pelbagai projek pertanian di Afrika selama beberapa tahun," kata Crates, "namun, ini sebenarnya merupakan kali pertama kami melabur dalam tanah kami sendiri. Kami amat teruja untuk membangunkan industri buluh yang mampan di Afrika, memulakan operasi kami di Kenya menerusi Africa Plantation Capital dan kami melihat peluang yang amat besar untuk negara dan benua ini. Usaha sama ini merupakan pelaburan peringkat awal di Kenya yang berjumlah kira-kira US$30 juta bagi 1,000 ekar tanah yang pertama dan infrastruktur yang berkaitan."

Sebagai sebahagian lagi komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian yang mampan dan komersial serta teknologi baharu, syarikat ini turut menyokong Boo‐Tex Industries, syarikat yang selain menghasilkan pelbagai fabrik buluh mewah yang baharu untuk industri fesyen dan pakaian sukan, turut menyokong sebuah projek bagi mencipta kereta super pertama yang bersifat lestari sepenuhnya. Diberi nama kod 'ECOO7', kereta tersebut dibangunkan menggunakan teknologi generasi seterusnya termasuk casis monokok yang diperbuat daripada serat buluh yang direkayasa, manakala seluruh badan dan rangka kereta diperbuat daripada komposit serat buluh yang sama. Buluh memiliki kekuatan tegangan yang tiga kali lebih kuat berbanding keluli; tidak berkarat dan lebih ringan berbanding gentian karbon. Ini menjadikannya sebagai penyelesaian paling ideal untuk industri kereta global dan tidak mustahil untuk menyaksikan James Bond memandu kereta seperti ini dalam siri francais filem yang mendapat pengiktirafan dunia itu.

ECOO7 dibangunkan menerusi teknologi generasi seterusnya termasuk casis monokok yang diperbuat daripada serat buluh yang direkayasa
ECOO7 dibangunkan menerusi teknologi generasi seterusnya termasuk casis monokok yang diperbuat daripada serat buluh yang direkayasa

Dengan usaha perladangan global yang kini diperluas ke Asia, Afrika dan Amerika Syarikat, jelas sekali APC Group serta syarikat-syarikat tempatannya (Asia Plantation Capital, Africa Plantation Capital dan America Plantation Capital) meraih kedudukan yang kukuh selaku penggiat utama dalam industri ini. Syarikat ini kini bersedia untuk mendominasi seluruh industri buluh, dan muncul sebagai penanam, pengeluar dan pengedar produk akhir bagi buluh dengan penyepaduan vertikal.

Nota untuk Editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Medigue
Pengawai Pemasaran & Pentadbiran
E-mel:charlotte.medigue@apcgroup.ch
Telefon Bimbit: +41 227 077 330

Latar Belakang APC Group  

Walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002, Plantation Capital ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 di UK, sebelum diperbadankan di Sri Lanka pada tahun 2009 sebagai Asia Plantation Capital, diikuti dengan Thailand, Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Syarikat ini berkembang pada tahun 2015, dengan penambahan Africa Plantation Capital di Kenya, dan America Plantation Capital di Florida, AS.

Asia Plantation Capital Group kini memiliki projek-projek korporat, perladangan dan pertanian di empat buah benua, yang beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara, Afrika dan Eropah, menjadikannya salah sebuah syarikat dengan penyepaduan vertikal paling besar iaitu sebagai penanam, pengeluar, dan pengedar bagi pelbagai produk akhir seperti minyak Oud, gaharu dan juga buluh. Falsafah syarikat ini dibuktikan dengan pembukaan terkini kilang pemprosesan gaharu terbesar di Asia Tenggara, serta ladang-ladang yang baru diperoleh di Afrika serta Amerika Syarikat.

Latar Belakang Boo-Tex

Boo-Tex Industries ialah sebahagian daripada kumpulan syarikat Boo-Tex Group yang ditubuhkan di UK bagi membangunkan, mengkaji dan mengkomersialkan sepenuhnya potensi buluh sebagai penyelesaian yang sesuai untuk pelbagai industri. Dengan etos untuk menjalin kerjasama dengan pihak universiti, syarikat korporat dan kerajaan bagi tujuan memanfaatkan kegunaan buluh serta bahan dan teknologi mampan yang lain, Boo-Tex Group amat pakar dalam menggunakan sepenuhnya salah satu sumber paling mesra alam dan mampan di dunia pada masa kini.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160520/8521603229-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160520/8521603229-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160520/8521603229-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160520/8521603229-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160520/8521603229-e

Source: The APC Group
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Paper/Forest Products/Containers Corporate Expansion