omniture

Asia Plantation Capital Mengalu-alukan Pelatih Daripada Universiti Tempatan ke Kilang Penyulingan Johor

Asia Plantation Capital
2016-06-10 08:55 798

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital akan menyediakan latihan industri buat mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mulai Jun 2016.

kilang pemprosesan gaharu Asia Plantation Capital di Johor Bahru, Malaysia, bakal menyediakan latihan industri untuk mahasiswa
kilang pemprosesan gaharu Asia Plantation Capital di Johor Bahru, Malaysia, bakal menyediakan latihan industri untuk mahasiswa

Pusat penyulingan dan penyelidikan gaharu Asia Plantation Capital yang dibina khas itu telah mula beroperasi sepenuhnya sejak tahun lalu, dan kini bersedia untuk menerima para pelatih daripada universiti-universiti tempatan. Baru-baru ini, Asia Plantation Capital Berhad mengesahkan kolaborasinya bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) bagi menjadi sebahagian daripada program latihan amali atau latihan industri bagi universiti-universiti ini.

Bagi memulakan kolaborasi ini, setiap universiti akan menghantar seorang pelajar ke kilang Asia Plantation Capital di Johor selama tiga bulan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan latihan industri pelajar tersebut. Penempatan pada bulan Jun tahun ini.

UPM dan Asia Plantation Capital akan bersama-sama berganding bahu dengan Fakulti Perhutanan Universiti tersebut bagi menyediakan latihan industri untuk mahasiswa bagi program Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu. Pelatih pertama daripada fakulti ini akan ditempatkan di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Asia Plantation Capital di pusat penyulingan dan penyelidikan Johor. Di jabatan ini, pelatih bakal membantu segala proses pengeluaran dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikan pembangunan yang dijalankan untuk menambah resin yang menghasilkan minyak daripada gaharu.

Kerjasama Asia Plantation Capital dengan IIUM adalah khusus bersama Kulliyyah (Fakulti) Kejuruteraan. Menerusi kolaborasi ini, Asia Plantation Capital akan membolehkan kilang Johor ini untuk menyediakan latihan industri kepada mahasiswa bagi program Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi, yang perlu terlibat dalam program Latihan Industri Kejuruteraan (EIT) bagi menyempurnakan ijazah Sarjana Muda mereka. Pelatih pertama bagi program ini bakal membantu segala hal berkaitan inokulasi dan mengkaji DNA gaharu.

Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, berkata, "Objektif latihan industri ini bagi program ijazah sarjana muda di sesebuah universiti adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh pengalaman langsung mengenai suasana bekerja yang sebenar dalam sesebuah organisasi bagi industri. Objektif ini sukar dicapai di dalam kawasan premis universiti atau persekitaran akademik semata-mata. Pusat penyulingan dan penyelidikan kami di Johor adalah tempat terbaik untuk para pelajar ini, bukan sekadar dapat mengalami sendiri kehidupan bekerja dan mempelajari bagaimana, bila dan di mana kemahiran dan ilmu pengetahun mereka boleh diaplikasikan, bahkan dapat mendedahkan diri mereka kepada suasana dalam sebuah syarikat antarabangsa dalam kemudahan yang dibina khas. Kami berharap dan menjangkakan pelajar ini dapat belajar dan menjadi lebih matang ketika menjalani latihan industri selama tiga bulan bersama kami," simpul beliau, "dan kami menggalakkan lebih ramai pelajar daripada UPM dan IIUM untuk menyertai kami, melihat segala yang kami lakukan dan mendapat faedah daripada jalinan kerjasama dengan kami sepanjang tempoh latihan industri mereka."

Pusat penyulingan dan penyelidikan gaharu tercanggih milik Asia Plantation Capital terletak di Kawasan Perindustrian Masai, Johor, Malaysia dan telah beroperasi sepenuhnya sejak awal tahun lalu. Bagi menandakan ulang tahun pertama operasinya, Asia Plantation Capital akan mengadakan satu majlis pembukaan rasmi kemudahan itu, yang akan dilancarkan oleh YB Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2 Jun 2016.

Nota Kepada Editor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk pengeluaran gaharu dan lain-lain produk berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas membuka kilang pemprosesan dan penapisan gaharu terbesar Asia Tenggara di Johor Baru, Malaysia.

cAsia Plantation Capital Group merupakan pengendali dan syarikat pengurusan ladang mampan yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek di empat benua, dan tenaga kerja global melebihi 2,000 orang. Pemimpin pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang telah, secara bersama, membangunkan dan mempatenkan teknologi dan sistem yang memimpin industri.

Dengan fokus terhadap projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital berjaya membangunkan sebuah syarikat dengan tanggungjawab kewangan, alam dan sosial yang berjaya dan dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160530/8521603476

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Education Higher Education Paper/Forest Products/Containers New products/services