omniture

Timbalan Menteri MOSTI Merasmikan Pembukaan Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu Terbesar di Johor

Asia Plantation Capital meraikan ulang tahun pertama kemudahan pemprosesan dan penyelidikan gaharu tercanggih di Taman Industri Masai, Johor.
Asia Plantation Capital
2016-06-10 16:35 858

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Lebih setahun telah berlalu sejak Asia Plantation Capital (APC) mengumumkan pembukaan Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu yang baharu dan dibina khas, terletak di Taman Perindustrian Masai, Johor, Malaysia.  Kini beroperasi sepenuhnya dan menepati piawaian kecekapan yang ditetapkan, Asia Plantation Capital meraikan pencapaian kemudahan ini dengan majlis perasmian pembukaannya.  Perasmian yang diadakan semalam itu dilaksanakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk siaran multimedia penuh, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/apc_201606.shtml  

 

 

Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu Asia Plantation Capital di Johor Bahru.
Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu Asia Plantation Capital di Johor Bahru.

 

Serpai gaharu dikering udara untuk mengekalkan kualiti wangian terbaik.
Serpai gaharu dikering udara untuk mengekalkan kualiti wangian terbaik.

 

Dr Kodi Kandasamy, Penasihat Khas Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital, Tetamu Kehormat - Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Asia Plantation Capital, and Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Asia Plantation Capital di majlis perasmian Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu di Johor Bahru, Malaysia.
Dr Kodi Kandasamy, Penasihat Khas Lembaga Penasihat Saintifik Asia Plantation Capital, Tetamu Kehormat - Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Asia Plantation Capital, and Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Asia Plantation Capital di majlis perasmian Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu di Johor Bahru, Malaysia.

 

Para tetamu di majlis perasmian kemudahan canggih Asia Plantation Capital.
Para tetamu di majlis perasmian kemudahan canggih Asia Plantation Capital.

Menyepadukan kilang penyulingan minyak Oud, pusat pemprosesan kayu serpai, kilang batang wangian dan pusat penyelidikan, kemudahan canggih ini menggunakan ruang berkeluasan 44,000 kaki persegi di Taman Perindustrian Masai. Kompleks itu juga menempatkan pusat lawatan, serta kedai jualan borong dari kilang yang menjual produk gaharu keluaran Asia Plantation Capital  yang semakin bervariasi.  Kemudahan ini juga menempatkan makmal wangian dan minyak pati, pengeluaran sistem inokulasi Asia Plantation Capital, dan sistem analisis MSDS.

Dilengkapi dengan unit penyulingan wap pertukaran kepanasan terkini dengan menggunakan air tulen  -- serta sistem tenaga suria bersih bagi memastikan kecekapan ekonomi – kilang ini menggunakan sistem tenaga yang lestari dan mesra alam secara menyeluruh. Pelaburan bernilai berjuta-juta US dolar ini amat penting bagi strategi peluasan syarikat untuk ladang dan kapasiti pengeluarannya di Malaysia.

Dengan kilang gaharu dibina khas yang terbesar di rantau ini, dan pemerolehan ladang-ladang baharu di Malaysia, serta perpindahan ibu pejabat rantaunya ke Kuala Lumpur, peluasan syarikat ini dilihat sebagai satu peluang untuk mengukuhkan kehadiran Asia Plantation Capital di Asia Tenggara.

"Telah setahun kilang pemprosesan gaharu kami beroperasi sepenuhnya," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik, "dan kami sudah pun menerima ramai pelawat dan/atau pelanggan ke kemudahan kami -- sebilangan daripada mereka adalah pengurus pelaburan dan dana paling berpengaruh di dunia."

Beliau menambah, "Bagi tahun-tahun akan datang, sejajar dengan program peluasan kami, kami menjangkakan Asia Plantation Capital bakal menjadi pengeksport yang besar di Malaysia, dan menjadi sebuah kejayaan besar negara ini. Selama tujuh tahun, kami sentiasa menyelidik dan mempertingkatkan sistem kami, dan telah mengenal pasti dan menyempurnakan proses pengeluaran proprietari "dari tanah menjadi minyak" yang kini dalam permohonan 22 paten harta intelek yang berasingan.  Sistem-sistem ini bukan sahaja digunakan syarikat ini untuk meluaskan bahagian pasarannya, tetapi ia turut ditawarkan kepada penanam dan peladang kecil-kecilan di seluruh Asia, bagi membantu mereka dalam penanaman dan proses akhir gaharu untuk menjana pendapatan.  Ini akan membantu meningkatkan ekonomi luar bandar tempatan dan juga mengukuhkan keperluan bekalan masa hadapan syarikat.  Selain memberikan sistem dan pengetahuan," Watt menyimpulkan, "kami menawarkan 'belian semula' yang tetap kepada produk yang dibuat secara eksklusif menggunakan sistem kami.  Proses ini sudah pun mula dilaksanakan di India, Thailand dan Malaysia."

Kilang Penyulingan dan Pusat Penyelidikan Gaharu Asia Plantation Capital dirasmikan oleh Timbalan Menteri MOSTI, Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah.   Beliau berkata, "Saya memuji dan mengucapkan tahniah kepada Asia Plantation Capital sempena pembukaan kemudahan ini.  Kami sangat berbesar hati kerana syarikat yang berpandangan jauh seperti Asia Plantation Capital memilih Malaysia sebagai destinasi peluasan dengan kilang penyulingan dan pusat penyelidikannya.  Ini mengesahkan potensi Malaysia sebagai satu lokasi yang sangat baik untuk menjalankan perniagaan -- bukan sahaja dari segi kos pengendalian yang rendah, malah dapat menyediakan syarikat-syarikat dengan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.  Kilang-kilang seperti ini," Beliau menyimpulkan, "Bukan sahaja meningkatkan pelaburan ke dalam negara dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, tetapi turut menggalakkan dan merangsang kemajuan sains, teknologi, penyelidikan dan pembangunan."

Zaahira Muhammad
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan zaahira.muhammad@asiaplantationcapital.com  
+6012-203-5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
samantha.tham@asiaplantationcapital.com  
+65-9144-0933

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201606/apc/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160603/8521603612-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160603/8521603612-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160603/8521603612-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160603/8521603612-d

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Corporate Expansion