omniture

Hisense melancarkan video Quest for Glory UEFA Euro 2016(TM)

Hisense
2016-06-11 03:58 589

PARIS dan QINGDAO, China, 11 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Selaku penaja utama UEFA Euro 2016, Hisense, syarikat teknologi pengguna, hari ini melancarkan video 'Quest For Glory' yang menampilkan maskot rasmi, Harley dan Beta.

Video Quest for Glory Harley dan Beta
Video Quest for Glory Harley dan Beta
Harley dan Beta
Harley dan Beta

Video - http://youtu.be/z7uyIEjXlSs

Kisah Quest for Glory selama tiga minit itu mengetengahkan Harley yang berusia 10 tahun yang tanpa sengaja bertemu dengan teman sampingannya, Beta si Robot ketika sedang mempraktikkan kemahiran bola sepaknya sempena perlawanan Euro menggunakan kotak. Memandangkan perlawanan tersebut akan berlangsung hanya beberapa minggu sahaja lagi, Beta dengan sukarela membantu Harley berlatih dengan memberikannya TV, peti sejuk dan mesin basuh Hisense untuk bersiap sedia menghadapi perlawanan tersebut.

Setelah berminggu-minggu berlatih, Harley akhirnya dapat menyempurnakan kemahirannya menjelang perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun, pada sebelah malam sebelum bertolak dan bagi memastikan keselamatan perjalanannya untuk ke Perancis, Beta mengambil patung permainan dinosaur kegemaran Harley, Woody dan mengubahnya secara ajaib menjadi baju sejuk berhud sebagai pelindung. Para penonton dapat melihat akhirnya impian Harley menjadi kenyataan apabila Harley dapat memasuki peringkat akhir perlawanan dengan memakai baju sejuk baharunya dan bertemu maskot rasmi UEFA, Super Victor.

Video tersebut adalah bahagian pertama daripada dua bahagian kandungan penuh yang dihasilkan oleh Hisense bagi menyokong penajaan kejohanan tersebut serta kempen #FeelEverything mereka. Kandungan kedua pula bertujuan untuk lebih fokus terhadap peminat di jalanan dan kaitan erat mereka dengan perlawanan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada kempen Quest for Glory ini, Hisense menawarkan peluang kepada peminat untuk memenangi tiket bagi menyaksikan perlawanan UEFA Euro 2016 di Perancis menerusi pertandingan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna.

Pertandingan tersebut yang akan diadakan melalui saluran media sosial Bola Sepak Hisense (Twitter dan Facebook) serta melalui laman mikro istimewa Quest for Glory akan memberi peluang kepada peminat untuk memenangi tiket bagi menyaksikan perlawanan mengikut kumpulan yang penting, peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir selain produk Hisense yang terkenal.

Bagi mengambil peluang untuk memenangi tiket dan produk Hisense, para peminat perlu menunjukkan sejauh mana persediaan mereka bagi menyaksikan UEFA Euro 2016 seperti mana Harley and Beta, dengan menghantar gambar, video atau video berformat gif menerusi #HisenseQuest pada saluran Twitter atau Facebook sepanjang perlawanan tersebut.

Laman mikro Quest for Glory akan menyediakan kesemua maklumat tentang perlawanan tersebut dan akan menyiarkan penyertaan terbaik oleh pengguna melalui 'tweet' terbina dalam, catatan Instagram dan Facebook.

Andre Iannuzzi, ketua projek UEFA Euro di Hisense berkata: "Melalui usaha kami yang berterusan untuk mempromosikan jenama Hisense di Eropah dan serata dunia, kami komited untuk menjalin hubungan dengan pelanggan dalam talian kami dan berharap dapat memanfaatkan peluang menerusi platform sukan yang hebat ini bagi membezakan produk kami daripada produk pesaing. Menerusi Quest for Glory, kami berhasrat untuk memanfaatkan hubungan peminat yang amat erat terhadap bola sepak dan meningkatkan kesedaran jenama dengan cara yang istimewa."

Hadiah-hadiah yang disediakan termasuk tiket dan semua keperluan perjalanan, termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Terma dan syarat penyertaan boleh didapati di sini http://quest-4-glory.com/terms

#HisenseQuest   #FeelEverything

Bola Sepak Hisense:  Twitter, Facebook dan Instagram: @HisenseFootball
Harley and Beta: Instagram: @HarleyandBeta

Latar Belakang Hisense Company, Ltd.
Hisense Company, Ltd ditubuhkan pada tahun 1969 dan beribu pejabat di Qingdao, China.
Hisense Company Ltd. ialah pengeluar teknologi pengguna multinasional dan salah satu jenama televisyen terbesar di dunia, menduduki tangga #3 bagi segmen TV di dunia * dan kedudukan #1 bagi segmen TV di China selama 12 tahun berturut-turut. Syarikat tersebut komited untuk memajukan industri teknologi pengguna di seluruh Amerika Utara dan mengkhususkan pusat-pusat R&D di Atlanta, Georgia; San Jose, California; dan Toronto, Kanada untuk menggalakkan usaha pembangunan dan inovasi produk secara setempat.
Produk Hisense boleh didapati di seluruh dunia menerusi lebih 130 buah negara dan kawasan, dengan kemudahan pengeluarannya yang berada di China, Afrika Selatan, Algeria, Mesir dan Mexico, selain pejabat-pejabat jualan di Amerika Utara, Eropah, Australia, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Bagi mengiktiraf tawaran produknya yang hebat, strategi pengembangan yang bersungguh-sungguh, kumpulan pelanggan di seluruh dunia selain pelaburan berterusan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, Frost and Sullivan menyampaikan Anugerah Kepimpinan Strategi dan Inovasi Kompetitif Global 2015 kepada Hisense bagi kategori TV Pintar.

*Latar Belakang Produk Hero Hisense:

  • Telefon Bimbit = No. Model C20 (tidak dijual di UK
    • Paparan IPS 5in
    • Kamera belakang 13mb / kamera depan 5mb
    • Kalis air & kalis habuk, Kalis Kejut
    • Pemproses Teras Octa
    • Android 5.1
  • Peti Sejuk = No. Model BCD-535WY
    • Peti Sejuk Pintu Bersebelahan 535L
    • Kemasan Keluli Tahan Karat Inox Mendatar yang Mewah
    • Pendispens Air & ais Bahagian Dalam (pilihan ais dihancurkan atau kiub ais)
    • Paparan LED display dengan Kawalan Sentuhan
    • Penapis NanoFresh
  • Televisyen = No. Model M9700
    • TV ULED 4K 70in
    • Pensijilan TV Premium Ultra HD (pengesahan komunikasi) 
    • ULED Hisense =
      • TV Berdefinisi Ultra Tinggi (4K)
      • Gamut Warna Ultra Luas 
      • Pemalapan Setempat Ultra
      • Kadar Gerakan Ultra Lancar
    • HDR (Julat Dinamik Tinggi)
    • ULED 3.0

Latar Belakang UEFA EURO 2016
UEFA Euro 2016 ialah satu-satunya perlawanan antara pasukan Eropah yang diadakan sekali dalam tempoh empat tahun. Tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah perlawanan yang mula diperkenalkan pada tahun 1960, Kejohanan Eropah ini akan menyaksikan sejumlah 24 pasukan beraksi, iaitu penambahan sebanyak 8 pasukan berbanding Euro 2012.

Perlawanan pada tahun 2016 ini merupakan kali ketiga pusingan akhir EURO diadakan di negara Perancis (1960, 1984).

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160609/0861605645-a   
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160609/0861605645-b

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Television Broadcast feed announcements