omniture

ProPak Asia 2016 - Menghubungkan Dunia dengan AEC di Thailand

Bangkok Exhibition Services Ltd.
2016-06-12 14:54 459

BANGKOK, 12 Jun 2016 /PRNewswire/ -- ProPak Asia 2016, kembali meneruskan edisi ke-24 dengan jayanya, bermula pada 15 hingga 18 Jun 2015 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok, (BITEC), Bangkok, Thailand.

ProPak Asia ialah sebuah acara bagi makanan, minuman, pemprosesan farmaseutikal dan teknologi pembungkusan yang terbesar dan paling penting di Asia. Acara ini diadakan pada Jun setiap tahun dan menghubungkan pembekal serta pembeli yang terkemuka di dunia dari seluruh Asia.

ProPak Asia diiktiraf sebagai acara No. 1 bagi industri di Asia yang konsisten dalam menghimpunkan pelbagai pempamer, teknologi dan penyelesaian terbaik serta terbesar ke lokasi yang penting di Asia setiap tahun. Para pembekal dari seluruh dunia turut terlibat dalam ProPak Asia bagi bertemu dengan para pembeli dari Asia ketika Asia terus menjadi Tumpuan Utama berbanding negara-negara lain di dunia dari segi peluang perniagaan sebenar dan terus berkembang dalam industri makanan, minuman dan pengeluaran farmaseutikal, serta industri berkaitan.

ProPak Asia 2016 sekali lagi akan mengadakan acara Terbesar Seumpamanya yang pernah diadakan. Acara ini akan melibatkan lebih 1,900 pempamer daripada 47 buah negara, lebih 4,500 jentera dari serata dunia dan meramalkan kunjungan daripada lebih 40,000 pengunjung profesional sepanjang 4 hari acara tersebut berlangsung.

"ProPak Asia ialah acara pertemuan industri pada setiap tahun bersama para pembeli dan penjual yang hadir dari serata dunia bagi mendapatkan sumber teknologi terkini serta penyelesaian bagi tujuan mengembangkan dan juga memajukan perniagaan mereka. Thailand ialah salah satu pasaran pertanian perniagaan yang paling penting di dunia yang memiliki standard pengeluaran tertinggi. Thailand dan ProPak Asia merupakan kombinasi sempurna bagi menjamin kejayaan industri pengeluaran di Thailand serta sebagai batu loncatan bagi menembusi pasaran di rantau Asia," kata En. Justin Pau, Pengurus Besar, Bangkok Exhibition Services Ltd.

ProPak Asia 2016 menerima sokongan padu dan juga penglibatan daripada persatuan pemprosesan dan perdagangan pembungkusan antarabangsa bersama 16 astaka antarabangsa daripada Australia, tanah besar China, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Singapura, Sepanyol, Taiwan, UK dan juga AS.

ProPak Asia 2016, sekali lagi menyediakan pelbagai acara yang menyokong industri ini termasuk Persidangan Inovasi Makanan Asia 2016, Pertandingan Inovasi Makanan 2016, Persidangan Minuman Asia 2016, Seminar PharmaTech 2016, Pusat Pembungkusan Thailand dan Persidangan TISTR 2016, Seminar Promosi Jabatan Perindustrian 2016, FoSTAT-Nestle Quiz Bowl, Seminar Makanan Minuman Asia Thailand, Seminar Tumpuan Makanan Thailand dan juga Anugerah Pembungkusan Bintang Thailand dan Bintang Asia 2015.

ProPak Asia 2016 akan diadakan bermula pada 15 hingga 18 Jun 2016 di Dewan 101-107, BITEC, Bangkok, Thailand. Waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.propakasia.com
Emel: wantita@besallworld.com
Tel: +662-615-1255

Source: Bangkok Exhibition Services Ltd.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Paper/Forest Products/Containers Pharmaceuticals Trade show news