omniture

G2A.COM Hiburkan Pemain Seluruh Dunia dengan Tayangan Perdana Filem Warcraft: The Beginning

G2A.com
2016-06-13 07:56 378

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ --

G2A.COM, pasaran permainan digital paling pantas berkembang di dunia yang memiliki lebih 10 juta pelanggan dari serata dunia, menghiburkan para penonton di 24 buah pawagam di seluruh dunia sempena tayangan perdana filem World of Warcraft 2016. Baru-baru ini, G2A berjaya merangkul 6 anugerah antarabangsa dan terus menghidangkan para pemain dengan pengalaman yang hebat dan asli. https://www.g2a.com/wow

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160610/377968 )

Filem Warcraft: The Beginning ditayangkan pada Jun 2016 di seluruh pawagam di dunia. G2A mempromosikan filem fantasi epik dari Amerika yang berasal daripada siri permainan video Warcraft dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment ini dengan memberikan kad hadiah G2A (yang berjumlah kira-kira €3 juta) buat para peminat permainan video ini di setiap pawagam yang menempatkan kakitangan G2A. Filem tersebut mengisahkan pertemuan awal antara manusia dan raksasa (orc) berkulit hijau dari Draenor dan berlaku di beberapa lokasi yang dipaparkan seperti mana dalam siri permainan video asal.

"G2A ialah sebuah syarikat berorientasikan dunia yang bermatlamat untuk menjadi syarikat nombor satu di dunia dengan mengurus setiap rantau. Atas sebab inilah, kami memutuskan bahawa, daripada 9 buah negara di seluruh dunia (Perancis, Finland, Jerman, India, Austria, Itali, Turli, Sweden dan Norway), G2A bersama-sama peminat 'cosplay' akan menghiburkan para penonton ketika mereka menantikan tayangan perdana filem yang amat paling ditunggu-tunggu pada tahun 2016," kata Dawid Rożek, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran G2A.COM.

Pasaran G2A memiliki lebih 30 ribu produk permainan video yang berbeza dan menerima lebih 250,000 pelanggan baharu setiap bulan. G2A banyak melabur dalam teknologi baharu seperti projek realiti maya yang meraih anugerah, G2A Land. Selain itu, cetakan watak-watak permainan video dalam bentuk 3D membawakan dimensi serta pilihan baharu buat para pemain dan pembangun. http://3dplus.g2a.com/

Warcraft, yang diterbitkan pada tahun 2006, menjadi siri permainan video yang amat popular dan filem yang ditayangkan memaparkan keseluruhan siri ini hanya dalam tempoh dua jam sahaja. Ini merupakan satu usaha yang besar ketika filem tersebut pertama kali diumumkan pada tahun 2006 sebagai perkongsian projek antara Legendary Pictures dan pembangun permainan video itu, Blizzard Entertainment, yang kini ditayangkan hampir 10 tahun kemudian oleh Universal Pictures pada Jun 2016.

Pengarang:  Jacqueline Purcell -  jpurcell@G2A.com

Sumber: G2A.com

Jacqueline Purcell, jpurcell@g2a.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology