omniture

Firma Pembangunan Kepimpinan Global, YSC, Perluas Penyelesaian Bakat Menerusi Teknologi CorpU

YSC
2016-06-13 09:00 344

LONDON dan NEW YORK, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Keupayaan kejurulatihan, pembangunan dan perancangan penggantian kini dapat dimanfaatkan oleh beribu-ribu pemimpin global menerusi platform maya CorpU

Firma perunding kepimpinan, YSC mengumumkan yang firma ini akan menyediakan penyelesaian bakat kepimpinan menerusi platform kolaborasi generasi seterusnya, CorpU. YSC menggiatkan usaha pembangunan bakat kepimpinan melalui penilaian yang mengukur potensi kepimpinan dan pembangunan program yang dapat mengukuhkan kumpulan bakat kepimpinan.

Kajian Brandon Hall Group pada tahun 2015 berkaitan rancangan penggantian tampuk kepimpinan mendapati 84% organisasi melaporkan kekurangan pemimpin yang bersedia. Di sebalik kadar perubahan dalam bidang perniagaan yang kian pesat, hanya 44% daripada para eksekutif yakin pasukan kepimpinan mereka mampu memacu dan mengurus perubahan dengan berkesan, menurut "Workforce 2020", satu kajian penyelidikan oleh Oxford Economics.

Teknologi CorpU yang berasaskan awan menawarkan YSC dengan kapasiti baharu bagi tujuan meluaskan pengendalian bengkel secara bersemuka kepada penyediaan kursus maya berkaitan kejurulatihan, kepimpinan pasukan dan penilaian potensi untuk beribu-ribu pemimpin.

"Masanya telah tiba untuk membawakan kaedah pembangunan kepimpinan yang inovatif, dan keperluan inilah yang menggabungkan YSC bersama pakar pembelajaran maya di CorpU," kata Robert Sharrock, Ketua Pegawai Eksekutif YSC. "CorpU dan YSC bersama-sama memahami bahawa usaha menangani kekurangan bakat kepimpinan memerlukan usaha kolaborasi masa sebenar dan perkongsian gagasan."

Platform CorpU kini digunakan oleh syarikat-syarikat yang ingin membentuk pasukan kepimpinan yang mantap, termasuk WalMart, Dow Chemical, Aetna dan MasterCard bagi tujuan memacu transformasi perniagaan.

"Kami berasa teruja untuk menjalin kerjasama dengan YSC bagi mengukuhkan pasukan kepimpinan korporat di seluruh dunia," kata Alan Todd, Ketua Pegawai Eksekutif CorpU. "Hasil gabungan kebolehan CorpU yang mampu membantu para pemimpin melaksanakan inisiatif strategik dengan lebih pantas menerusi program-program YSC yang bertujuan membangunkan keupayaan kepimpinan baharu, pelanggan kami dapat berusaha dengan lebih pantas dan sedia maklum bahawa mereka sedang membentuk barisan kepimpinan yang mantap."

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.corpu.com, atau http://corpu.com/news/press/ysc/

Latar Belakang YSC 

YSC telah membantu syarikat-syarikat memanfaatkan kepimpinan sebagai aset strategik yang paling utama sejak tahun 1990. YSC menyediakan profil lebih 50,000 pemimpin daripada syarikat-syarikat global yang tersenarai dalam FTSE 100 dan Fortune 500. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang wawasan kepimpinan atau penyelesaian YSC, sila layari http://www.ysc.com/.

Latar Belakang CorpU  

CorpU memperhebat kolaborasi generasi seterusnya bagi kebanyakan syarikat terhubung di dunia. Rakan korporat kami mewakili lebih lima juta kakitangan yang menggunakan platform kami untuk mengatasi cabaran yang paling mendesak menerusi jalinan kerjasama dengan rakan sejawat dan amalan terbaik daripada pakar-pakar terkemuka. Kami percaya teknologi yang hebat dapat mencungkil idea yang genius secara kolektif daripada sesebuah pasukan bagi menangani cabaran yang rumit dalam perniagaan, untuk bekerja dengan lebih pintar dan berkembang maju dengan lebih pantas.

Source: YSC
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Contracts