omniture

10 Broker Tawar Perdagangan menerusi DGCX menggunakan MetaTrader 5

MetaQuotes Software Corp.
2016-06-13 10:45 458

DUBAI, UAE, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada Julai 2015, Menacorp menjadi anggota DGCX pertama yang menawarkan platform MetaTrader 5. Dalam tempoh kurang daripada setahun, jumlah broker berkaitan bertambah kepada 10 broker. Antara broker utama di rantau Timur Tengah terdiri daripada Arab Global Commodities, AxiTrader ME, LT International dan juga Krishi Gold.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160610/377848 )

Kini, semakin ramai peniaga berpeluang untuk mendagangkan instrumen kewangan yang disediakan di Pertukaran Komoditi Emas Dubai, yang memanfaatkan segala kelebihan yang ditawarkan oleh platform MetaTrader 5. Para peniaga boleh memuat turun dan menggunakan mana-mana daripada beribu-ribu robot dagangan yang tersedia, menyalin isyarat perdagangan peniaga yang berjaya, mahupun menyewa pengehosan maya terus daripada platform tersebut. Oleh itu, broker yang menawarkan MetaTrader 5 mampu memberikan pelanggan mereka dengan instrumen perdagangan dan analisis yang canggih, serta semua ciri terbina dalam yang diperlukan bagi menjamin perdagangan yang berkesan.

"MetaTrader 5 mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan syarikat broker, memandangkan ia merupakan penyelesaian paling hebat untuk menjalankan perdagangan dalam pasaran kewangan!" - kata Manoj Choudhary, Ketua pejabat perwakilan MetaQuotes Software Corp. di Dubai (MetaFintech LLC). "Hasil daripada keunggulan teknologinya, platform tersebut dapat memenuhi keperluan para pedagang yang paling mendesak untuk terus mengembangkan peluang mereka dengan signifikan."

Latar Belakang MetaQuotes Software Corp.
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan menerusi tanda dagang MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa selaku peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh beratus-ratus syarikat broker dan bank di serata dunia.
http://www.metaquotes.net

Latar Belakang MetaTrader 5 
Platform MetaTrader 5 memberikan prestasi yang tinggi dan kebolehskalaan dalam mengendalikan urus niaga kewangan menerusi pelbagai pasaran (Forex, saham dan niaga hadapan untuk broker institusi serta perniagaan). Platform ini disediakan melalui aplikasi perdagangan untuk peranti Windows, iOS dan Android. Ia turut menawarkan penyelesaian integrasi dan API agar dapat terhubung dengan bursa global serta pembekal kecairan. http://www.metatrader5.com

Sumber: MetaQuotes Software Corp.

 

 

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Licensing/marketing agreements New products/services