omniture

Dedah Segalanya: Cabaran Diberikan kepada Sektor Makanan Global untuk Meningkatkan Ketelusan

Global Salmon Initiative
2016-06-13 14:45 596

STOCKHOLM, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Bersama-sama Forum Makanan EAT Stockholm, Global Salmon Initiative (GSI) hari ini mengumumkan satu cabaran buat anggota-anggota lain daripada sektor makanan global untuk menyertai mereka meningkatkan ketelusan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggiatkan peningkatan kelestarian industri serta keselamatan makanan pada masa depan.

Sebagai usaha untuk menggiatkan gerakan oleh sektor makanan untuk meningkatkan kelestarian pada masa depan dalam tempoh jangka panjang, Global Salmon Initiative (GSI), dengan sokongan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan juga Inisiatif Perdagangan Mampan (IDH), hari ini mengumumkan satu cabaran untuk sektor makanan lain bagi menyertai mereka untuk mendedahkan segala maklumat berkaitan aspek kelestarian utama dan data alam sekitar.

"Kebenaran merupakan elemen utama ke arah perubahan yang baik. Ketelusan bukan sekadar dapat mempercepatkan proses perubahan, malah ia turut mendorong proses ini dengan cara yang produktif," kata Avrim Lazar, Ketua Perunding, Global Salmon Initiative. "Kita semua sedia maklum bahawa kita perlu mempercepatkan kadar perubahan jika kita berhasrat untuk menyediakan bekalan makanan yang berterusan untuk 9 bilion manusia. Di GSI, kami menjadikan ketelusan pada peringkat global, rantau dan syarikat sebagai salah satu tunggak utama kami dalam usaha kami untuk meningkatkan kelestarian dengan signifikan. Pengalaman yang kami lalui menunjukkan, dengan meningkatkan ketelusan, peluang untuk terus berkembang pantas menjadi lebih luas."

Global Salmon Initiative merupakan sebuah kumpulan kepimpinan yang terdiri daripada 12 buah syarikat ternakan ikan salmon global yang komited untuk meningkatkan kelestarian operasi serta penyediaan produk yang lebih baik dan lestari. Baru-baru ini, kumpulan GSI menerbitkan Laporan Kelestarian tahunan kedua yang menyediakan data daripada 14 penunjuk utama kelestarian dan alam sekitar, bagi kesemua 12 anggota syarikat sejak 3 tahun lalu. Laporan berkenaan tersedia melalui laman sesawang GSI.

"Global Salmon Initiative (GSI) terus menjadi contoh yang unggul hasil Laporan Kelestarian terkini yang diterbitkan setiap tahun, yang menunjukkan jumlah ternakan salmon yang diperakui di seluruh dunia oleh skim Majlis Pengawasan Akuakultur (ASC) meningkat daripada 5 menjadi 70 pada tahun 2015," kata Richard Holland, Pengarah Transformasi Pasaran di WWF (Tabung Alam Sedunia). "Paling utama, laporan GSI itu membolehkan kesemua pihak berkepentingan mengikuti perkembangan terhadap prinsip ASC yang menunjukkan kaedah yang jelas dari segi proses pengeluaran yang lebih baik dan menetapkan standard yang tinggi terhadap tahap ketelusan yang menggalakkan sektor-sektor industri lain serta platform seperti Forum Barangan Pengguna (CGF) mengambilkan langkah yang sama," tambah Holland.

"Ketelusan bukan semata-mata cara untuk bersifat terbuka dan bertanggungjawab terhadap pengguna, malah ia merupakan komponen penting dalam membina dan mengekalkan kepercayaan pelanggan anda, khususnya berkaitan kebimbangan terhadap keselamatan makanan atau isu-isu berkaitan kelestarian," kata Ted van der Put, ahli Lembaga Pengarah IDH.

Lazar, mengulangi cabarannya terhadap sektor makanan lain, menambah, "kita semua perlu bangkit demi meningkatkan tahap ketelusan. Kebenaran yang jelas seringkali mengecewakan, namun ia boleh membantu kita mencapai matlamat yang diinginkan."

Cabaran "dedahkan segalanya" diketengahkan sempena Forum EAT yang diadakan hari ini, menghimpunkan pihak berkepentingan dari seluruh dunia dalam bidang kesihatan, sains, makanan dan kelestarian bagi membincangkan kaedah untuk mengubah sistem makanan kita demi menyediakan makanan berkhasiat dan lestari yang tidak mengganggu gugat keharmonian dunia kita. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.eatforum.org.

Sebarang maklumat lanjut tentang GSI, atau untuk melihat laporan berkenaan Kelestarian, sila kunjungi http://www.globalsalmoninitiative.org/SustainabilityReport.

LATAR BELAKANG GSI 

Global Salmon Initiative (GSI) ialah satu inisiatif global yang dimulakan pada tahun 2013 oleh pengeluar ternakan salmon global yang fokus untuk membawa kemajuan signifikan terhadap kelestarian industri ini. Hari ini, GSI terdiri daripada 12 buah syarikat, mewakili kira-kira 50% daripada industri pengeluaran salmon global, yang amat komited untuk merealisasikan matlamat bersama bagi menyediakan sumber makanan sihat yang amat lestari demi memenuhi keperluan populasi global yang meningkat, di samping mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, dan terus meningkatkan sumbangan sosial kami.

Syarikat-syarikat anggota GSI terdiri daripada Bakkafrost; Blumar; Cermaq; Compañía Pesquera Camanchaca; Empresas AquaChile; Grieg Seafood ASA; Huon Aquaculture;
Los Fiordos; Marine Harvest; Multiexport Foods SA; New Zealand King Salmon dan juga Ventisqueros. Syarikat-syarikat GSI turut berada di Australia, Kanada, Chile, Kepulauan Faroe, Ireland, New Zealand, Norway, dan UK, serta memberikan sumbangan penting kepada ekonomi negara-negara tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang GSI, sila layari atau hubungi kami melalui:

Source: Global Salmon Initiative
Keywords: Food/Beverages New products/services