RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM Limited meraih anugerah Produk / Perkhidmatan Baharu Cemerlang sempena Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2016 di London, United Kingdom menerusi ekosistem pembayaran dan perlindungan mereka yang inovatif, G2A Pay yang disokong oleh G2A Shield . G2A.COM, iaitu pasaran permainan digital paling pantas berkembang di dunia dan sebuah syarikat antarabangsa yang pernah merangkul pelbagai anugerah, berjaya meraih 6 anugerah peringkat antarabangsa pada tahun 2016. http://www.gbeawards.com http://www.stevieawards.com
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160610/377942 )
Mengulas tentang G2A.COM, G2A Pay dan G2A Shield serta faktor yang membantu mereka meraih Anugerah Produk / Perkhidmatan Baharu Cemerlang itu, pengerusi barisan hakim berkata: "Pasaran permainan digital G2A.COM, yang memiliki 10 juta pelanggan di serata dunia, berjaya mencipta kejayaan dan kemajuan hebat menerusi fokus terhadap keselamatan dalam talian, khidmat pelanggan selain menghargai dan menggalakkan kakitangan untuk berdaya kreatif. G2A Shield merupakan hasil inovasi baharu yang cemerlang, bagi melindungi urus niaga para pelanggan dan memastikan kelulusan pemulangan balik wang hanya dalam masa lima minit. G2A Shield turut menawarkan perkhidmatan berbual dalam talian dan sokongan langsung, sepanjang masa. Tahap keselamatan yang disediakan ini mampu meyakinkan pelanggan terhadap keselamatan wang mereka, iaitu satu isu yang amat penting dalam pasaran permainan digital."
Bob Voermans, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Pembayaran Global di G2A.COM gembira atas pengiktirafan yang diterima oleh G2A Pay dan G2A Shield. "G2A Pay menyediakan pengalaman pembayaran untuk pelanggan yang terbaik menerusi G2A Pay. G2A mewujudkan ekosistem yang terbuka serta selamat, dan G2A Pay boleh digunakan oleh mana-mana syarikat digital yang terhubung dengan pasaran G2A.COM. Sekiranya syarikat tersebut perlu mendapat akses kepada lebih 100 kaedah bayaran di seluruh dunia, kita bersedia untuk berbincang mengenainya." https://pay.g2a.com
Ketika dimaklumkan tentang penerimaan Anugerah tersebut, Bartosz Skwarczek, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif G2A.COM berkata: "Ini merupakan satu penghormatan apabila dipilih sebagai pemenang. Kejayaan ini memotivasikan kami untuk terus menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik ke seluruh dunia."
Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global merupakan salah satu anugerah berprofil tertinggi di dunia dan kejayaan meraih anugerah ini benar-benar memperlihatkan kualiti produk yang inovatif daripada G2A. Memandangkan anugerah ini memiliki profil tinggi, ia menarik perhatian sejumlah besar penyertaan dari seluruh dunia, bermula dengan PLC antarabangsa bersaiz besar dan organisasi-organisasi dalam sektor awam, kepada SME yang dinamik serta inovatif. Kesemua pemenang mempunyai satu persamaan, iaitu mereka benar-benar memperlihatkan kecemerlangan menerusi usaha yang mereka lakukan dan G2A.COM Limited berjaya membuktikan hal ini dengan merangkul Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global.
Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global berbangga kerana memiliki sejumlah besar hakim yang bebas dan pakar bagi memilih para pemenang berdasarkan kriteria yang ketat bagi setiap kategori dan sektor; memberi tumpuan kepada keputusan kewangan, inovasi, pelanggan, kakitangan, pelabur serta faedah untuk masyarakat. http://www.g2a.com.
Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com