omniture

Hisense Mengumumkan Penajaan UEFA Euro 2016

Hisense
2016-06-13 18:38 713

PARIS, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama TV No.1 di China, mengumumkan penajaan rasmi bagi UEFA Euro 2016. Iklan pertama Hisense ditayangkan kepada para peminat bola sepak di seluruh dunia di Paris Saint Denis pada 10 Jun 2016. Ini merupakan kali pertama UEFA menerima tajaan daripada China sepanjang sejarah 56 tahunnya ini. Iklan-iklan daripada Hisense akan dipaparkan dalam kesemua 51 pusingan UEFA Euro 2016.

Kerjasama antara Hisense dan UEFA Euro adalah amat penting. Memandangkan UEFA Euro merupakan salah satu perlawanan bola sepak terpenting, UEFA Euro mempunyai ramai peminat di China. Jenama-jenama Cina mencari platform yang hebat seperti UEFA Euro bagi menjalinkan kerjasama memandangkan China kini merupakan ekonomi kedua terbesar. UEFA Euro 2016 akan disiarkan di lebih 230 buah negara dan rantau. Dianggarkan lebih 150 juta penonton akan menonton perlawanan secara langsung dan jumlah penonton terkumpul melebihi 7 bilion, termasuk lebih 1.1 bilion warga Cina.

Hisense turut serta bersama Adidas, Coca Cola, McDonald's serta sembilan jenama antarabangsa lain sempena UEFA Euro 2016. Logo Hisense akan dipaparkan pada tiket serta paparan latar belakang rasmi. Selain itu, TV 4K dan telefon pintar 4G daripada Hisense akan turut digunakan. Bagi setiap 10 bandar yang menjadi tuan rumah FANZONE, Hisense akan membuka reruai pameran yang eksklusif bagi mempamerkan kesemua rangkaian produknya. Seramai 8 model bola sepak kami akan turut membuat kemunculan sempena UEFA Euro 2016!

Ganjaran penajaan UEFA Euro akan berlangsung hingga tahun 2018. Reputasi serta pengaruh jenama Hisense akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Hubungi:

Jiang Shan
+86-532-8087-8024
jiangshan5@hisense.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160611/378191 

 

 

 

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Contracts