JACKSONVILLE, Florida, 14 Jun 2016 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global bagi penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan pelantikan Sean Hughes selaku pengarah jualan serantau. Berpangkalan di luar Australia, Hughes akan menumpukan terhadap pembangunan projek-projek penjanaan kuasa pantas untuk sektor utiliti dan industri bagi pasaran Asia Pasifik.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO
"Sean mempunyai pengalaman dalam bidang jualan selama lebih satu setengah dekad untuk dimanfaatkan oleh pasukan komersial global kami yang bertambah," kata Silvio Cavaceppi, naib presiden, bahagian pembangunan perniagaan dan pemasaran. "Sean amat disegani dalam sektor kuasa dan industri di rantau ini, khususnya di Australia. Menerusi jalinan hubungan yang kukuh dan latar belakang beliau yang mantap dalam bidang pembangunan perniagaan, Sean akan memainkan peranan penting ketika kami berusaha mengukuhkan kehadiran di rantau Asia Pasifik."
Sebelum menyertai APR Energy, Hughes menyandang jawatan sebagai pengurus pembangunan perniagaan Australia untuk kumpulan alam sekitar, infrastruktur dan jentera global Mitsubishi Corporation, melaksanakan projek-projek bernilai tinggi untuk sektor penjanaan kuasa, perlombongan dan pengangkutan kereta api. Terdahulu, Hughes pernah menjawat jawatan pengurus pembangunan perniagaan di IBL Australia dan perunding pengambilan pekerja industri kewangan di Tokyo.
Latar Belakang APR Energy
APR Energy ialah penyedia terulung dunia bagi kuasa turbin mudah alih pantas. Penyelesaian kuasa yang pantas, fleksibel dan lengkap daripada kami memberikan pelanggan kami dengan akses pantas kepada tenaga elektrik yang andal pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, selagi mereka memerlukannya. Hasil gabungan teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang terhebat dalam industri, loji pasang siap yang boleh diskala daripada kami membantu mengurus bandar, negara, dan industri di seluruh dunia bagi kedua-dua pasaran maju serta pasaran membangun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.