omniture

Mahkamah China Kekalkan Paten Kad SIM Nipis Taisys, Menyediakan Asas Kukuh untuk Globalisasi

Taisys Technologies
2016-06-15 19:17 547

TAIPEI, Taiwan, 15 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Taisys Technologies yang berpangkalan di Taiwan, memenangi kes litigasi bagi paten kad SIM nipis di Mahkamah Tinggi Rakyat Perbandaran Beijing, China.

Taisys Technologies ialah pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan kewangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan bernilai tambah melalui teknologi kad SIM nipisnya ke seluruh dunia. Di China, sebanyak 15 juta pelanggan perbankan mudah alih menggunakan kad SIM nipis daripada Taisys

Paten Taisys telah dicabar oleh dua buah syarikat, termasuk Watchdata, salah satu pembekal kad SIM legasi Cina terbesar, pada tahun 2011.

Setelah dua tahun tempoh litigasi, pada Oktober 2013, Mahkamah Tinggi Rakyat Perbandaran Beijing memutuskan bahawa paten Taisys adalah sah di China.

Pada Januari 2014, satu lagi rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Agung Rakyat China untuk membicarakan semula kes tersebut.

Akhirnya, pada Mei 2016, Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing mengekalkan keputusan yang mengakui kesahan paten Taisys.

Paten tersebut telah dimohon pada Disember 2005 dan diluluskan oleh Lembaga Pemeriksaan Semula Paten bagi SIPO pada April 2009. Pencapaian ini berserta paten yang diperoleh di 47 buah negara lain akan membantu Taisys untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Jason Ho, Pengerusi Taisys Technologies menekankan, "Paten ini merupakan asas inovasi oleh Taisys, dari segi teknologi kad pintar dan eSIM. Perkhidmatan yang disediakan termasuk slimduet, penyelesaian prabayar yang menjimatkan kos untuk pelancong antarabangsa, SIMoME dan SIMoME pay, platform perbankan mudah alih serta platform WuKong untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Bagi memperluaskan pasaran ke peringkat global, Taisys melebarkan sayapnya ke Benua Kecil India dan juga Afrika."

Di Kenya, dengan kerjasama Equitel, Taisys merupakan satu-satunya pembekal penyelesaian perbankan mudah alih berasaskan kad SIM yang diluluskan oleh Kerajaan Kenya.

Equitel, anak syarikat Equity Bank, baru-baru ini memperoleh dana berjumlah Sh1 bilion daripada Yayasan MasterCard hasil inovasinya berasaskan teknologi Taisys, bagi membantu usaha pembangunan perkhidmatan rangkuman kewangan di kawasan luar bandar di Kenya.

Di India, Taisys menjalin kerjasama dengan Yes Bank, iaitu bank 'Greenfield' terbesar di India, bagi memperkenalkan penyelesaian pembayaran didayakan oleh SIM nipis untuk rangkuman kewangan. Wafer YES PAYMENTS dihubungkan dengan Dompet Prabayar yang boleh ditambah nilai oleh pengguna bagi menjalankan pelbagai jenis urus niaga. Urus niaga tersebut dibuat menerusi teknologi SMS berpaten yang dienkripsi untuk berkomunikasi dengan pelayan Bank.

National Payment Corporation of India turut menjalin kerjasama dengan Taisys bagi membangunkan platform yang sama bagi tujuan menyediakan perkhidmatan perbankan mudah alih untuk semua bank lain.

Maklumat lanjut tentang Taisys ( http://www.taisys.com/index )

Korbin Lan
+886 226270927  

Source: Taisys Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Equipment Patent Law