omniture

Bayi Bergerak Balas Terhadap Suara Ibu Apabila Ia Dipancarkan Melalui Vagina Bermula Dari Minggu ke-16 Kandungan

Sebuah peralatan baharu membolehkan ibu berkomunikasi dengan bayi sebelum mereka dilahirkan
Data dibentangkan di Kongres Perubatan Perinatal Eropah ke-25
Institut Marques
2016-06-15 19:22 838

MAASTRICHT, Belanda, 15 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Fetus menggerakkan mulutnya dengan ligat apabila mendengar suara. Hal itu berlaku dari minggu ke-16 kandungan (semasa fetus berukuran 11cm) dan hanya berlaku apabila suara disalurkan melalui alat intravaginal yang dibangunkan khas untuk tujuan tersebut. Itu adalah salah satu kesimpulan yang dibentangkan oleh Dr. Álex García-Faura, Pengarah Saintifik Institut Marquès, di Kongres Perubatan Perinatal Eropah ke-25 yang berlangsung di Maastrucht (Belanda).

Untuk melihat Penerbitan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7859951-institut-marques-babies-react-mother-voice/

Kajian mendapati bahawa bayi tidak mendengar sebarang bunyi dari luar dan hanya bergerak balas terhadap bunyi yang sampai kepada mereka melalui vagina. Ia mengesahkan bahawa bunyi tidak sampai kepada fetus melalui abdomen si ibu. Reaksi fetus dikaji menggunakan Babypod®, peralatan kecil yang dimasukkan ke dalam vagina seperti tampon dan dihubungkan kepada telefon pintar untuk membolehkan suara ibu atau orang lain sampai pada fetus.

"Fetus bergerak balas secara pergerakkan vokal apabila kami menghantar mesej suara menerusi vagina ibunya. Gerak balas itu berbeza apabila kami memancarkan muzik dan kami menguji pelbagai jenis muzik dan suara untuk mengaktifkan bahagian yang berbeza pada otaknya: muzik mengaktifkan litar neuronal yang mencetuskan emosi," kata Dr. García-Faura, yang telah membandingkan gerak balas yang diterima menggunakan ultrabunyi transabdominal. Hasilnya, 70% daripada fetus menggerakkan mulut apabila mendengar pecakapan; mereka membuat pergerakkan kompleks apabila mendengar muzik termasuklah pergerakkan pada lidah.

Kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan rintis Institut Marquès yang mengkaji faedah bunyi terhadap permulaan hidup. Dapatan kajian itu membangkit beberapa cabaran baharu: "Fetus bergerak balas secara setara terhadap semua suara. Hal ini menimbulkan persoalan baharu iaitu untuk mengkaji ratusan bayi yang telah dikaji semasa dalam kandungan mampu mengenal pasti suara ibu bapanya jika mereka telah mendengar suara mereka sejak di dalam kandungan serta menyelidik sama ada hal tersebut mencetuskan pembangunan bahasa dan komunikasi," kata pakar.

Selain daripada berkomunikasi dengan fetus, Babypod® adalah selamat dan memiliki potensi yang tinggi dalam dunia perubatan: ia membolehkan diagnosis pekak dijalankan ke atas fetus. Selain itu, proses imbasan ultrabunyi bayi dipermudah kerana bayi boleh diujakan untuk bergerak bagi menambah baik hasil imbasan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman: http://institutomarques.com/area-cientifica/musica-y-estimulacion-fetal/

Maklumat lanjut:

Web:
http://www.institutomarques.com
http://www.babypod.net

Facebook:
http://www.facebok.com/musicinbaby/
http://www.facebook.com/institutomarques/

Twitter: @_Babypod

Institut Marquès
Mireia Folguera
mireia.folguera@institutomarques.com
+34-93-285-82-16 / 649-901-494

Weber Shandwick
Rocío Bueno
rbueno@webershandwick.com
+34-91-745-86-64 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160613/378315

Source: Institut Marques
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news